Sunday, March 2, 2014

TERUSKAN HIDUP!

Wanita sangat suka lelaki matang kerana lelaki matang memahami hal-hal kecil dan cuba melindungi, melayan dan memberi perhatian hal-hal kecil yang nampak serius pada mata wanita.



Pilihlah lelaki yang hatinya, akhlaknya, tingkah lakunya, kata-katanya, fikirannya, pemakaiannya, pendiriannya dan jiwanya paling engkau senangi seperti Baginda SAW yang ke mana hadir Baginda pasti disenangi. Moga kelak anak yang lahir peribadinya sepertimu yang suka memilih kebaikkan dan perlakuannya menyenangkan seperti lelaki yang engkau pilih sebagi suami dan ayah kepada anak-anakmu.



Life is too short to wake up in the morning with regrets.
So, love the people who treat you right and forget about the ones that don't.
And believe that everything happens for a reason.
If you get the chance - take it.
If it changes your life - let it.
Nobody said that it would be easy, they just promised it would be worth it.

"Alhamdulillah.." 

Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...

Ramai yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...










No comments:

Post a Comment

common!