Jumaat yang meletihkan. Aku pulang lambat dan
setibanya di rumah aku berkemas untuk bermalam di rumah kak Jah. Maka, aku
tidur seketika sebelum memandu bertolak ke Batu Kawa. Aku, bapa, aqil dan
adikku singgah dulu ke pasar tani. Melihat sahaja cendawan goring terus
teringatkan pasar malam di TM. Waa.. membuak-buak rasa ingin membeli namun
tiada rezeki untukku kerana makanan itu telah habis. Hahaha. Kami pun tiba di
rumah kak Jah di mana usai Isya’ pada malam itu kak jah dan bg Ed membawa bapa
untuk berubat dengan ustaz. Aku da adik
tinggal untuk menjaga anak-anak buah dan kami menonton cerita hantu. Oh
nikmatnya waktu berehat meskipun pada keesokan harinya aku perlu ke sekolah
lagi dan lagi.
Hari Sabtu aku menggantikan
ustaz Sofi bertugas menjadi warden melihat anak-anak. Aku sempat bersua dengan
seorang ibu bersama adiknya melawat anak murid kelasku. Dia meluahkan masalah
dan menceritakan kisah dan kesusahan hidupnya. Aku terkesan. Bersyukurnya aku.
Aku dengan rela hati menghantar makcik dan adiknya itu ke pasar dan sebelum
menghantar mereka pulang, aku membelanjakan mereka KFC. Makcik itu sempat
mengirimkan KFC untuk anaknya memandangkan aku bakal ke sekolah lagi. Sewaktu
di Opoh tempat kami makan KFC aku didatangi penjual barangan dapur dan terpaksa
melayan dua orang lelaki dari sabah. Tenatng cincin aku pun dipersoalkan juga.
Katanya menjual, sebuk saja nak tau pasal status. Sukati akulah dah kahwin ke
belum ke.. betunang ke.. bangang abadi. Sebelum itu, aku sempat membawa mereka
melihat aktiviti yang dilakukan anak,iaitu Aroon yang bermain trompet dalam
band wind orchestra. Mesti maknya bangga melihat anaknya boleh bermain alat
muzik. Pada hari ini juga aku gembira kerana berpeluang melihat dan belajar
daripada jurulatih luar tentang muzik. Waaa… serasa ingin mengajak anak-anak
berbakat ini memelodikan lagu hasil ciptaanku dalam band. Tunggulah ada masa
kelak memandangkan ada yang berminat untuk menyertai aku. Hehehe. Kadang-kadang
aku rasa ingin membawa mereka menjadi pemuzik jalanan di water front. Aku pulang
dengan hati yang gembira pada hari Sabtu dan petangnya kami sekeluarga
menyambut hari lahir Kyra. Banyaknya makanan. Hahaha. Selepas meraikan hari
lahir Kyra, kami masing-masing pulang ke rumah.
Penat tidak terkata.
Keesokan harinya, Hari ahad pun aku bersekolah
dek menjaga dan melihat aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar dan
pensyarah-pensyarah muda dari Unimas. Wahhh.. anak-anak Unimas berkolaborasi
dengan anak-anak SainsKu. Anak-anak Unimas memerhatiku mungkin kerana aku
kecil. Hehehe. Seronok juga melihat mereka berinteraksi dan membantu
menceriakan kawasan sekolah. Alhamdulillah. Walaupun aku penat, aku tetap cuba
untuk hadir member sokongan.
Esok hari Isnin, maka anak-anak bahasku akan
berentap dengan anak-anak bahas Sakura sebelum berentap di Perak pada hari
khamis kelak. Aku pula sudah siap-siap mengemas barang untuk dibawa terbang.
Moga segala urusan di sana baik-baik sahaja. Amin… waa.. tidak sabar rasanya
untuk terbang lagi. Boleh jalan-jalan. Kelak aku nak berjalan pula ke kampong
Faizul kawanku itu. Ada juga Dant dan anak muridku yang ingin membawa aku ke
rumah panjang Bidayuh. Teringin juga aku. Masa bujang inilah aku boleh berjalan
bebas.
Pasal tunang. Sms macam chipsmore. Lantaklah.
Malas dah nak peduli. Biar masa berjalan dan terus berjalan tanpa rasa apa-apa.
Aku harap apabila aku tidak membalas sms nya selepas ini, dia tidak pula terasa
hati seperti mana dia buat padaku. Aku teringin juga untuk membuka FB lamaku,
namun terbantut rasanya bila mengenangkan sikap dia yang suka mengetag
perempuan di status, video, gambar.Memuatnaik gambar yang ..... KalauLAH
ditakdirkan berjodoh, dan dekat nak kahwin baru aku buka lah FB lama ku itu
kalauLAH masih wujud. Malas nak fikir benda yang tahu menyakitkan hati dibuat
lagi dan lagi. Mungkin orang fikir, rasa cemburu itu wujud tanpa sebab. Sebab
yang dibuat sendiri, tapi yang disalahkan ialah cemburu. Kalau kita tidak
membuat hal yang tidak mendatangkan sifat itu, cemburu itu tidak akan ada. Tahu
namun tidak faham. Kotikompun. Aku pun kotikumpun. Maka, nikmatilah hidup
dengan rasa sendiri, lebih baik. Pudarkanlah segala rasa supaya tidak merasa
apa-apa. Betul juga kata dia, kalau tidak mengenangkan orang sekeliling, dah
lama dia blahhhh... tapi sebelum dia blahhh... aku dulu yang blahhhhh.... Kalau ikutkan hati,
dah lama aku hilang tanpa jejak. Tukar no.telefon sekali. Aku tidak pasti
dengan cinta... Dia pun dah kata semacam terpaksa meneruskan hubungan bodoh
ini. Tuhan.... hentikanlah cinta kami sekiranya hubungan ini cuma hubungan yang
sia-sia dan tiada persefahaman baik antara kami. Teruskanlah jika itu sudah
tertulis di Luh Mahfuz. Oh kursus kawen, macam malassss jakkk. Rasa hilang entah ke mana. Kalau aku mati pun, mati dalam diam... Biar pusara sahaja menjadi evidens. Senyum J bosannya... bosannya...Tak sabar nak masuk bulan April nak pergi Pulau
Pinang. Boleh roger kawan lama, jumpa... banyak kerja! Ayuh semangat! Bekerja
perlu semangat. Jadi, berdoa, solat banyak-banyak agar semangat Tuhan sentiasa
bersama kita. In sha Allah, moga lancar segala urusan.
No comments:
Post a Comment
common!