Sunday, March 2, 2014

Perkongsian

Perkongsian daripada sahabat ‪#‎PakarDiariHati‬

Saya pernah terbaca satu kisah yang pasangan muda yang berkahwin, mereka sama-sama bergelar pelajar, tetapi si suami tidak lupa nafkahnya, dia memberi RM50 kepada isteri setiap bulan.

Walaupun nilai itu mungkin tidak banyak tetapi yang penting keikhlasan si suami dan kesedaran terhadap tanggungjawabnya. Jangan pula si isteri menarik muka, kerana berkahwin awal ini mungkin banyak kesabaran dan komitmen yang diperlukan. 

Bagi yang masih belajar, anda mungkin boleh membuat kertas kerja tentang kewangan masuk dan keluar anda dan mungkin anda terpaksa menghadkan perbelanjaan anda sedikit.

Apabila kewangan sudah tidak stabil,mungkin ibu bapa anda melarang untuk memikirkan pasal kahwin. Jangan cepat melatah, dan jangan cepat beremosi. Anda perlu bijak berbincang dengan keluarga dengan restu mereka, akan bertambahlah berkat dan rezeki kita. Sayangilah dan hargailah ibu bapa kita. Mereka tidak boleh diganti.

Dan sentiasalah memohon doa perlindungan daripada perkara yang tidak bermanfaat bagi agama dan diri kita. Pohonlah, luahkanlah kepada Allah segala yang terbuku dalam hati. Allah sentiasa mendengar luahan dan rintihan hambaNya.

Begitulah serba sedikit pendapat yang dapat saya berikan. Alhamdulillah, saya dan suami dapat mengharungi kehidupan suami isteri walaupun di usia muda. Ikhlas dari saya, bercinta selepas berkahwin sangat manis dan berkahwin muda sangat banyak manfaatnya selain mengajar kami suami isteri erti tanggungjawab.

Perkahwinan juga banyak mengajar kami cara memperbaiki diri kerana kami akan saling tegur menegur dan banyak aktiviti yang kami lakukan bersama.





No comments:

Post a Comment

common!