Tiap-tiap hari kumerindu...
Peristiwa
semalam masih hanyut di lamunan. Dalam perjalanan ke SAKURA, di selekoh empat,
aku hampir melanggar seorang pemuda bermotosikal. Memang nyaris sekali. Jantungku
berombak berdegup kencang. Alhamdulillah, anak-anak selamat, aku baik sahaja
dan penunggang motosikal pun tidak marah dengan kalalaianku, malah dia tersenyum
pula melihat gelagat aku yang hampir pengsan. Hahaha. Aku sempat mengangkat
tangan dan pemuda itu membalas dengan senyuman. Alhamdulillah, dia baik-baik
dan tidak marah. Anak-anak pula sempat menyakat aku dek senyuman manis yang dilayangkan pemuda itu. hahahaha. Cikgu kena bahan...
Esok aku
akan terbang. Pasti aku semakin merindui bapa dan emak kerana sudah dua minggu lebih
aku banyak menghabiskan masa di sekolah. Moga Tuhan selalu menjaga emak dan
bapa serta keluargaku, aminnnn… moga penerbangan esok bersama anak-anak
baik-baik sahaja… kerja masih banyak. Maka, siapkanlah sebelum terbang… Selamat
tinggal Sarawak J Nikmati hidup dengan berjalan mencari pengalaman...

No comments:
Post a Comment
common!