Dalam suka mahupun duka dengan beban dunia... ALHAMDULiLLAH. Meskipun otakku sarat, beban digalas semakin hebat, moga Tuhan sentiasa bersama sehingga ke akhirnya. Ya Allah. Bantulah aku. Pagi hari ini, aku terjaga daripada mimpi. Mimpi insan lama. Pelik sungguh mimpi-mimpi sejak kebelakangan ini. Insan-insan yang tidak kuduga selalu hadir dalam mimpiku. Mainan syaitan, barangkali. Makin difikir, makin menyesakkan minda. Baik aku abaikan. Seperti kelaziman, aku akan bergerak dari rumah pada pukul 6 pagi untuk ke sekolah dan tiba dalam pukul 645 pagi. Kadang-kadang hampir pukul 7 pagi baru aku sampai. Kelas yang aku ajar kebanyakannya bermula awal pada pukul 7 pagi kecuali hari esok, Selasa bermula pada pukul 8 pagi hingga kelas yang terakhir pukul 1415-1515 petang. Letihnya fizikal dan otakku hari ini.
Konsultan frogasia datang menyemak segala yang aku buat dan banyak lagi yang perlu ditambah dan kerjanya juga bertambah BANYAKKKKK. Ya Allah. Duniaaaaaaaaaaaaaaa. Seakan kejam sahaja kerja ini terhadapku. Namun, aku akan cuba yang termampu. Kuat dan bantulah aku ya Allah. Dari aku habis kelas pukul 11 sehingga pukul 1 aku berbincang dengan konsultan tersebut hingga menyebabkan aku lewat ke dewan untuk perhimpunan. Sewaktu perhimpunan, aku dimaklumkan bahawa aku akan membantu kawan baikku, Nicole semasa sesi pendaftaran murid tingkatan 1 pada hari Rabu. Untuk Nicole, tiada masalah bagiku. Usai perhimpunan, pukul 315 pula ada mesyuarat bidang dan panitia. Maka, sebelum itu, aku yang belum makan apa-apa, diajak oleh Pamela, Nicole, Kak Diyana dan Kak An untuk pergi makan ke luar memandangkan makanan di kantin sekolah telah habis. Akulah yang menjadi pemandu Alza, milik Nicole. Selepas makan masakan yang sangat sedap di kedai Abg Man bdekatan Emart, kami pun bergegas ke sekolah untuk mesyuarat sehinggalah pada pukul 510 petang. Aku perlu menaip minit mesyuarat dalam masa yang sama memikir tentang tugas guru kelas, admin frog, Apdm, PBS. Ya Allah, otakku tepu dan sudah tidak mampu untuk berfikir lagi kerana telah bekerja selama 12 jam. Sewaktu mesyuarat, pengerusi mengucapkan tahniah kepada Kak Awin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan ucapan tahniah juga diucapkan kepada aku kerana telah bertunang. Eh? Perlu? hehe. Sewaktu Pdp berlangsung, anak lelaki melihat tanganku bercincin. Dia pun bertanya, "cikgu dah kahwin?". Hahahah. Aku menjawab dalam nada terkejut, "eh takde lah". hehehe. Aku pun diam. Doakanlah cikgu ya anak-anak. Cikgu sayang awak semua.
Selama mengajar 3 hari dari hari Khamis, Jumaat dan hari Isnin, aku telah menjalankan ujian lisan untuk PBS (B1DL1E1) dan meminta muridku bercakap tentang diri, keluarga, rakan dan masyarakat. Aku dapati, kebanyakan anak-anakku terdiri daripada keluarga yang hidup susah. Majoriti ibu bapanya berkerja sebagai nelayan, petani dan buruh. Aku harap mereka kelak dapat membanggakan dan membahagiakan ibu bapa lantas mengubah kehidupan keluarga mereka. Aamin. Aku dapati ada juga yang miskin, namun sombongnya mengalahkan orang kaya. Tidak mengapa, semua itu perlu ambil masa untuk menyedarkannya. Ya Allah, kuat dan berikanlah aku kesabaran supaya dapat menjadi pendengar yang baik dan contoh yang baik buat anak-anakku.
Niatku untuk membayar bil air yang tertunggak beberapa bulan pada hari ini tertangguh lagi dek mesyuarat yang begitu panjang. Aku cuma sempat membeli barang dapur dan membeli buku tulis yang dipesan oleh anakku dan tiba di rumah sewaktu azan Maghrib berkumandang. Letihnya. Alhamdulillah. Mungkin aku perlu berhenti mengeluh dan lakukan apa sahaja yang termampu. Rancangan dan bahan mengajar untuk esok belum lagi dibuat. Petang esok juga ada mensyuarat dan lusa pula sibuk mendaftar anak-anak baharu yang memasuki tingkatan 1. Pasti mereka comel-comel belaka. Geramnya! Aku tidak berkesempatan mengajar tingkatan 1 pada tahun ini. Namun, aku mengajar anak tingkatan 2 yang comel bernama Aroon! hahaha. Comel dan mulut becok! Rasa nak mencubit je aku dalam kelas.
Dalam kesibukan, sempat juga aku berkirim kabar dan bertukar cerita serta membalas 'sms' dari mama. Ingat juga mama kepadaku. Datang ke rumah, usai mandi, mak memasak tumpik lemantak menggunakan tepung lemantak yang aku beli di Maludam. Sedap! Alhamdulillah. Menulis diari ini merupakan tabiaku saat ini di samping mengingatkan aku, segala yang aku lalui dan perbuat. Moga Allah redha. Ya Allah, ikhlaskan aku dalam segala perbuatanku dan berkatilah hidup kami, hamba-Mu. Jadikanlah kami hamba yang bersyukur dan taat serta setia melaksanakan perintah-Mu. aamin ;')

No comments:
Post a Comment
common!