Ya Allah, kau hadirkan dan kurniakan lelaki yakni imam yang bisa membimbingku untuk menjadi Rabiaatul Adawiyah binti Morni yang lebih baik, aamin... Awal maal hijrah, aku telah berniat untuk berhijrah menjadi lebih baik, inshaAllah. Niat itu sudah ada. Namun, tindakannya berubah sedikit demi sedikit. Badanku yang naik menyebabkan baju-bajuku sudah ketat untuk dipakai. Hari ini, aku memakai kebaya labuh berwarna merah jambu pun aku sudah merasakan tidak selesa meskipun baju tersebut agak besar dahulu. Sekarang, aku harus membeli baju baru yang longgar dan kainnya tidak melekat pada badan. Lagi-lagi kalau dipakai di badan aku yang melekuk besar di bahagian yang seharusnya ditutup. Rasa malu itu besar jika menjadi tatapan orang lagi-lagi kaum lelaki. Bukan setakat berdosa pada diri, bapa aku juga menanggung dosaku. Apatah lagi jika aku bersuami kelak. Moga aku mendapat suami yang selalu memberi nasihat dan teguran untuk menjadikan aku lebih baik. Aaamin.. Aku perlu mencuba dan istiqamah memakai stoking kaki dan mencari tudung dan shawl yang panjang, besar dan labuh untuk dipakai. in sha Allah.
10 TIPS Untuk Bertudung LABUH
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6) Apabila hati sudah semakin kuat, semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7 ) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8 ) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.
9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqamah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata
Dalam keadaan yang sangat penat, lazimnya aku akan sukar melelapkan mata atau terus mudah terlelap. Kekadang, jika aku sukar untuk lena, aku akan berzikir dan terus terlelap sendiri. Moga Allah selalu pelihara segala perilakuku. Tidak larat rasanya untuk membuat kerja pada malam ini. Moga esok masih ada... zzzzzzzzzzzzzzzzzz

No comments:
Post a Comment
common!