Dia menyoal aku. "Aku buat apa?". "Aku sedang menaip untuk blog", jawabku. "Bagus! Jangan dera diri", kata Miss Ting kepadaku. Maka, aku terus menulis untuk menghiburkan diriku sendiri yang hanya melayan duniaku sendiri. Biar sepi, asal berisi ;)
Selasa seperti hari-hari biasa. Gerak ke sekolah pada pukul 6 pagi dan mamandu dalam keadaan menguap kerana kemengantukan. hehe. Tiba sahaja di kawasan bulatan berdekatan Emart, aku akan mengucap dan berselawat banyak-banyak agar aku dapat keluar melalui bulatan itu meskipun terpaksa menunggu kenderaan banyak di simpang sebelah keluar laju dan aku menanti peluang untuk memecut keluar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku melalui kawasan itu. dup dap dup dap! Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk memijak bumi.
Selasa seperti hari-hari biasa. Gerak ke sekolah pada pukul 6 pagi dan mamandu dalam keadaan menguap kerana kemengantukan. hehe. Tiba sahaja di kawasan bulatan berdekatan Emart, aku akan mengucap dan berselawat banyak-banyak agar aku dapat keluar melalui bulatan itu meskipun terpaksa menunggu kenderaan banyak di simpang sebelah keluar laju dan aku menanti peluang untuk memecut keluar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku melalui kawasan itu. dup dap dup dap! Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk memijak bumi.
Hari ini kerja banyak! Harus aku ingatkan sendiri. Aku harus melengkapkan buku kehadiran, fotostat butiran diri pelajar, mengemas kini laman web frog, mengemas kini slaid untuk mensyuarat FROG VLE (21 Januari 2014), menaip minit mesyuarat, mencetak segala bahan PBS tingkatan 2 & 3, membeli 5 buah buku tulis yang dipesan oleh pelajar, membeli alat mengemas dan membersih bilik darjah. Ya Tuhan, semoga aku kuat menghadapi semuanya. Aku juga perlu menyiapkan RPH minggu ini dan minggu hadapan dan mula merancang bahan pdp yang digunakan untuk mengajar. Rasanya untuk PBS (mendengar), aku mahu anak-anak mendengar lagu muhasabah cinta dan memahami liriknya lantas menyatakan maksud kepada lirik lagu tersebut. Semoga dengan mendengar dan menghayati lagu tersebut, anak-anakku bukan setakat belajar memahami malah bisa menginsafi diri.
Dalam kesibukan dan tekanan begini, sempat pula aku menaip panjang untuk blog. Sekadar mengingatkan aku segala hal yang aku lalui dan hal penting yang perlu aku ingat dan rujuk untuk masa akan datang atau masa silam. Pagi ini seperti biasa juga aku mendengar zikir terapi dan aku ikut berzikir sama. Terasa rindu pula kepada encik tunang. Namun, kebisuannya yang tidak membalas 'sms' ku ketika aku ke Sri Aman membuatkan aku malu untuk menghantar sms lagi. Biarlah aku bisu dan menyepi untuk hari-hari yang seterusnya sehingga aku masih diizinkan bernyawa. Biarlah rinduku ku iring beserta doa untuknya dan barang-barang tinggalannya sebagai penawar rinduku padanya. Aku juga memakai shawl dan kasut biru pemberian hantaran tunang pada hari ini. Kasut itu membuatkan aku kelihatan tinggi. HAHAHA :D
Selama aku sudah mula mengajar, aku rasa aku belum lagi menjejakkan kaki ke kantin sekolah. Seleraku punah sama sekali. Habis sahaja periodku bulan ini dan berkemungkinan akan habis hari Khamis atau Jumaat ini, aku niat untuk puasa sunat sahaja. Seolah-olah selera ku mati di sekolah. Kalau di rumah, selera ku memuncak pula. hehehe. Baik aku siapkan semua kerja hari ini. Kelak di rumah kepenatan, aku tidak larat untuk menyambung kerja. Aku tidur awal dan bangun awal. Petang ini pula aku menghadiri mesyuarat Ko. Esoknya, aku menolong Nicole mendaftarkan anak-anak tingkatan 1. Moga dipermudahkan urusan kami esok.
Teringat pula aku kejadian anak perempuanku di kelas 2 Delta menangis ketika bercerita tentang keluarga dan apabila dia menyebut tentang ayahnya yang telah pergi meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya, dia menangis. Aku turut menangis dan aku mendakapnya erat di hadapan kawan-kawannya yang turut menangis. Aku sempat berpesan kepada anak-anakku, bersyukur dan berbuat baiklah kepada ibu bapa kita selagi mereka masih ada sekarang. Sedihnya aku. Semoga aku pun bisa jadi kuat menghadapi kehilangan yang menyakitkan dan semoga aku bersedia untuk menghadapi mati. Ya Allah, Kau ampunilah dosa hamba-hamba-Mu dan jauhi kami daripada azab-Mu yang dasyat ya Allah. Aamin.
Terselit madah cinta untuk manusia ciptaan-Nya ;)
AkuKau
Kau jauh
Aku rindu
Kau dekat
Aku malu
Kau marah
Aku bisu
Kau rindu?
Aku tak tahu
Aku cemburu
Kau tak tahu
Aku cinta
Kau satu
Ya, hanya kau
Kau yang satu
Satunya yang kucinta
Satunya yang kurindu
Moga dalam jaga-Nya selalu.
Love U, Miss U, sayangku.
Terselit madah cinta untuk manusia ciptaan-Nya ;)
AkuKau
Kau jauh
Aku rindu
Kau dekat
Aku malu
Kau marah
Aku bisu
Kau rindu?
Aku tak tahu
Aku cemburu
Kau tak tahu
Aku cinta
Kau satu
Ya, hanya kau
Kau yang satu
Satunya yang kucinta
Satunya yang kurindu
Moga dalam jaga-Nya selalu.
Love U, Miss U, sayangku.
Just for U sayang... Biarpun kau tidak tahu betapa hebatnya cintaku padamu... Lagu pertama ku cipta khas untukmu :") Sungguh, aku rindu kamu.
No comments:
Post a Comment
common!