Alhamdulillah. Semalam, aku berada di Maludam (semacam MIMPI). Hari ini bersama keluarga dan petang tadi menghantar Uzma di asrama. Sedih pula menatap wajahnya yang ditinggalkan di asrama. Sebelum pulang, aku dan adikku mengemas barang di dalam almarinya. Dia masih belum biasa berdikari dan mengatur serta menyusun kemas barangnya sendiri. Moga kelak dia semakin selesa dan pandai membawa diri.
Selepas pergi meninggalkan sekolah tersebut, aku, bapa, emak, abang dan adik berjalan ke CityOne. Aku membelikan adikku cardigan dan aku pula membeli 'mask' untuk membuang kotoran pada wajah. Aku membawa mereka makan di Sugarbun. Tiba-tiba adikku membisik dan mengatakan 'Sadam' ada di kaunter pesanan. Aku pun tertunduk-tunduk takut dia sedar kehadiranku di situ. Adik kata, dia sedar, namun dia tidak berani menegur aku. Aku kalau boleh, tidak mahu terserempak dan berjumpa dengan yang namanya 'kisah lama'. hehehe. Cukuplah kisah lama aku tinggalkan jauh dan tidak mahu diingat. Terus aku menatap cincin di jari manisku. Dalam hati, "aku sudah bertunang". In sha Allah, aku akan jaga ikatan itu dengan sebaiknya meskipun aku tidak berhubung dengannya. Ada baiknya kami tidak berhubung. Sebab itu dalam Islam, bercinta selepas nikah itu lebih baik. Moga ada kemanisan dalam perkahwinan setelah bercinta dalam diam dan berjauhan. Sekiranya aku diizinkan menjadi isteri orang dan menjadi emak, jadikanlah aku wanita, isteri dan emak yang sabar, tabah, taat, bertanggungjawab dan penyayang ya Allah. Moga aku mampu jadi yang baik untuk yang baik dan pengakhirannya juga baik, Aamin.
Sebaiknya, aku batalkan perancangan dan niat aku untuk ke Semenanjung. Aku rasa duit itu lebih baik aku simpan untuk kahwin. Tengoklah nanti. Sekolah pun mesti menghantar wakil murid untuk bertanding ke sana. Pada tahun ini, tidak tahu lagi perkembangan dan perancangannya bagaimana...Moga Allah sudah menentukan yang terbaik sepanjang hidup. Tetapkanlah imanku ya Allah. Janganlah Kau pesongkan hatiku setelah Engkau memberiku hidayah-Mu. Moga aku jadi kekasihmu yang setiaaa meskipun aku tahu aku tidak layak sama sekali... Izinkan aku mencintai-Mu sehingga akhir nafasku ya Robb.. Aamin.
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu









No comments:
Post a Comment
common!