Tuesday, January 14, 2014

Otakku sedikit berat memikir dunia...

Hari ini macam-macam pujian tentang barang-barang yang aku pakai. Beg biru, kasut belang biru dan aku nampak sangat tinggi. Hanya satu kasut wedges yang aku beli tinggi daripada wedges lain. Namun, kali ini aku memakai wedges yang lebih tinggi pemberian tunangku. perghhh... agak takut juga memakai, tapi perlu keyakinan tinggi. hehehe. Beg pemberian tunang itu pun mendapat pujian biarpun aku tidak pernah memakai beg yang bewarna itu dan besar sebegitu. hehehehe. Aku menghargai setiap pemberian dengan memakai dan menjaga dengan sebaik mungkin.




Aku juga dipuji dalam latihan ini. Hahahaha. Nak dapat markah lettuw.. eh, bersangka baiklah ;)




  • Lelaki yang sweet terhadap insan yang dicintai.
    Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak mahu berazan lagi setelah wafat Rasulullah kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” kerana ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mahu berazan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca azan kerana tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat azan itu, seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah saw.


  • "Teknik gemuk dan kurus"
    Ini yang saya belajar. Ada yang saya amalkan. Ada yang tak.
    1. Teknik penuhkan wang simpanan. Terbalik kan proses yang kita amal. Sebelum ini, bila dapat gaji kita belanja, belanja, belanja dan simpan. Tapi dengan teknik jadikan wang simpanan kita gemuk adalah simpan, simpan, simpan baru belanja. Tak kiralah 10%, 30% atau 50% dari gaji kita. Janji simpan dulu baru belanja. Ini teknik gemuk!
    2. Ini teknik kurus. Orang biasa selalu semasa waktu makan, letak nasi 3/4 pinggan. Lepas baru letak 2-3 jenis lauk. Jadi nasi dah banyak. Sana juga. Terbalik kan proses. Waktu makan letak lauk dulu 3/4 pinggan akhir sekali baru letak nasi. Jadi dalam pinggan hanya ada 1/4 nasi je. Kalau amal memang kurus...
    Kredit Saudara Razif Yusof.


No comments:

Post a Comment

common!