Tuesday, January 14, 2014

Hidup dan Mati selalu bermain di minda...

Semalam aku menonton cerita di TV al-hijrah, AKU ADA WALI. Banyak hal yang menyedarkan aku tentang cinta manusia yang sementara dan cinta kepada Tuhan sahaja yang selamanya.

Lelaki pada perempuan itu ujian
Perempuan pada lelaki itu juga ujian
Mengikut gejolak nafsu
Mudah melulu
Ramai yang tertipu…


































Aku juga menonton drama di TV Oasis Astro tentang amalan manusia yang akan nampak apabila dia mati. Sehingga sebelum Subuh hari ini, aku tersedar dari lena kerana bermimpikan jenazah orang yang kakinya buruk. Wajahnya masih elok. Aku bermimpi aku menghadiri majlis menguruskan jenazah yang sebenar. Dalam mimpi aku juga, tunangku turut serta namun, dia tiada dalam majlis. Dia cuma nampak hadir dan keluar dari kereta dan cuaca pada malam itu hujan. Ya Allah, jika mimpi ini hadir untuk menginsafkan aku, terima kasih ya Allah… Ya Allah, kau luruskan jalanku dalam menuju cinta-Mu...

Teringat akan pesan PU HAFIZ dalam rancangan pencetus ummah... Dengan melayari FB, kita terjerumus ke kancah sifat menunjuk-nunjuk, riak dan takbur. Menunjuk makanan, menunjuk kekacakkan dan kemewahan diri, menunjuk segala hal dan gambar-gambar yang dapat ditunjukkan dan membawa kepada sifat menunjuk, riak dan takbur. Aku sedar akan hal itu. Bukan mudah untuk kita elak daripada terbuat sebegitu.

Antara kesilapan menggunakan FB, jika juga disertakan niat menunjuk.
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..
Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
. "Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"
.

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..




No comments:

Post a Comment

common!