Wednesday, January 15, 2014

Hari SAKIT! HPV INJECTION...

Semalam aku pulang dalam pukul 2 dan berlakunya kemalangan jalan raya di simpang biasa berlaku kemalangan menyebabkan aku terpaksa beratur panjang bersama pemandu yang lain. Maka, beratur panjanglah kenderaan dan aku merupakan salah seorang yang menanti penuh sabar. Aku juga merasa sangat takut apabila membawa kereta kerana di kepalaku tiada lain yang aku fikir, sama ada hidup atau mati. Bagi aku, memandu kenderaan itu ada risikonya seperti kita menjalani aktiviti lain kerana mati itu rahsia, bila-bila dan di mana sahaja. Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan aku mencintaimu. Hari ini... cerita tentang otak penat dan sakitnya disuntik HPV. Baru disuntik dos pertama. Ada dua lagi dos menanti. Syarat mengambil suntikan ini ialah, kita tidak boleh dalam keadaan mengandung. Petang ini pula ada mesyuarat PBS. Aku dah berjanji dengan anak-anak untuk mengemas, membersih dan menceriakan kelas.


Asal tiba di rumah, hal pertama yang aku fikir ialah rehat otak dan badan dan makan. Aku sering rasa mengantuk dan mudah tidur. Namun, aku tidak dapat lari daripada memikirkan kerja sekolah dan melayan rasa rindu yang menerjahku tika masanya tidak menentu. Hahahahaa. Aku sudah mula menyemak lembaran kerja PBS dan merekodnya dalam buku diari. Haish. Malam tadi aku sempat membaca buku diari cinta pemberian tunangku. Mahal juga rupanya buku itu. Namun, isi kandungannya syok juga dibaca. Jiwang! Grrrr… Banyak lagi buku-buku pemberian tunang belum habis kubaca.


Aku tidaklah meminati penyanyinya. Aku cuma suka alunan zikir yang dibawanya. Kalau ada yang cakap kacak, bagi aku, kacak lagi tunang aku. HAHAHAHA.

No comments:

Post a Comment

common!