Hari
ini, aku sibuk seperti kelaziman. Aku sempat pulang ke rumah mak dan bapak pada
pukul 140 petang untuk mengambil baju dan segala keperluan mandi dan hias di
rumah kerana berniat untuk bermalam di sekolah bagi menjayakan aktiviti
Maulidur Rasul dan datang semula ke sekolah untuk menghadiri mensyuarat Mags 2
jam 315 petang di mana aku menjadi penyelaras murid tingkatan 2. Pelbagai
perkara dan aktiviti yang dibincangkan khas untuk murid tingkatan 2.
Cikgu-cikgu juga diberi mandat untuk memilih ajk bagi Mags 2. Sudah ada nama
meniti di bibirku. Semestinya murid yang bernama Adelyn, Hazmir, Ad’lina,
Edmund layak untuk menjadi pemimpin. Moga anak-anak yang pernah aku ajar itu
tetap baik sehingga penghujung usia mereka bersama rakan mereka yang lain.
Aaminn...
Usai
asar, aku terus ke surau sekolah untuk membantu anak-anak memasak bubur asyura.
Seronok kerana memasak bersama-sama anak yang tidak pernah lekang dengan gelak
tawa dan mesra. Aku pun menunjukkan kemahiran memasak dan memberi sedikit
arahan untuk memasukkan bahan. Akhirnya, bubur asyura kami siap untuk dimakan
oleh lebih kurang 500 orang murid. Aku yang berpuasa pada ketika itu pamit
pulang untuk berbuka puasa di kuarters. Anak-anak itu sempat membekalkan aku
bubur asyura sebagai menu berbuka. Alhamdulillah ;) terima kasih atas hari yang
indah ini ya Allah. Pada malamnya, slot ceramah maulidur rasul diadakan di
surau. Aku juga dilayan baik oleh kak Win di kuarters. Dia menumis ‘ambal’ dan
menggoreng keropok lekor serta merebus kuih frozen
yang dibawa oleh emaknya ketika datang sempena majlis pertunangan adiknya
minggu lalu. Kerjaku makan sahaja pada malam tersebut sehingga kekenyangan yang
teramat. Terima kasih sekali lagi Tuhan atas kurnia manusia sekelilingku yang
amat baik belaka. Aku dan Raihan, adik ipar kak Awin yang tinggal bersamanya
menonton TV berdua pada malam itu. Luh Mahfuz tajuk ceritanya. Ada juga
pengajaran yang aku dapat melaluinya.
Aku sudah berniat untuk berkahwin pada tahun
ini. Hanya berserah dengan ketentuan Allah dan berdoa agar niat, hasrat,
harapan, doa dan usaha dipermudahkan oleh-Nya. Moga diberi kesabaran dan
ketabahan dalam menempuh segala ujian dan ketentuan. Aaminnnn... kahwin itu
satu ibadah dan aku selalu mengingatkan diriku bahawa perkahwinan itu bukan
tiket kebahagian selamanya. Moga dengan berkahwin juga, aku dapat
mempertingkatkan ibadah dan belajar erti tanggungjawab, taat dan sifat mahmudah
yang lain. Moga aku juga bisa memperbaiki diri untuk menjadi baik dan lebih
baik. Moga aku bersedia memikul tanggungjawab dengan memperoleh zuriat serta
mendidiknya menjadi lebih baik daripada emak dan bapanya. Verangan lagi aku!
zzzzZZZzzz...
aku bangun Subuh.. Sallallah ala Muhammad, Sallallah alaihi Wasallam... Selamat
ulangtahun Nabi Muhammad S.A.W! Selawat ke atas baginda... Alangkah indahnya,
hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu... Tuhan, jikaku mati, pertemukan aku
dengan-Mu...
Alhamdulillah,
perarakan sempena Maulidur Rasul berjalan lancar bermula pada pukul 8 pagi.
Namun, terdapat 3 orang murid lelaki yang tertangkap oleh ummi yang melawat
asrama kerana lewat berkumpul untuk perarakan. Mereka dihukum berdiri di padang
bola keranjang. Moga hal itu memberi pengajaran untuk mereka.
Setelah
masuk ke dewan, maka majlis diteruskan dengan pertandingan nasyid di mana aku
menjadi ketua hakim. Pelbagai persembahan yang menarik dan menghiburkan serta
menginsafkan. Anak-anak itu berlatih hanya beberapa malam tetapi dalam
mempersembahkan persembahan yang mantap, dan aku pula.. Perghhhh... seumur
dalam hidup aku diberi penghormatan menjadi hakim lantas menjadi ketua hakim
serta diberi peluang untuk berucap dan memberi taklimat tentang nasyid.
Hahahahha. Aku tidak bersedia dan tanpa diberitahu. Alhamdulillah, syukur
kepada Allah, aku dapat memberi ucapan dan taklimat dengan agak baik dan
panjang berjela di hadapan ummi (pengetua), Pk2, guru-guru dan anak-anak
kesayangan. Wah! Aku merasa menjadi pengetua pula pada hari ini. Heheheh.
Anak-anak yang mendengar turut diam mendengar ulasan aku tentang persembahan
mereka. Perghhhh... aku pun merasa bermimpi boleh bercakap panjang.
Al-maklumlah, nasyid itu dulu duniaku sejak kecil lagi. Maka, hari ini aku
sudah nampak insan-insan terpilih untuk menyertai pertandingan MTQ. Tinggal aku
mencipta lagu dan memilih lagu yang tepat untuk dipertandingkan. Pemuzik pula
aku dah tangkap tiga orang untuk conga, yengki dan tamborin. Tinggal 12 orang
laki ahli vokal beserta solo yang aku perlu pilih dengan bijak. Insha Allah,
moga Allah memberi jalan untukku pada tahun ini. Niat itu penting!
Aku
berniat juga untuk mempelajari semula asas bahasa Inggeris pada tahun ini. I
Love to speak in English but i have to improve my grammar. Kak Abby selaku guru
BI duduk di sebelah mejaku bolehla menjadi cikguku. Hehehe. Salah satu hal yang
menyeronokkan apabila kita tidak bermusuh dengan orang. Kita boleh belajar
banyak hal dengan macam-macam orang. Aku tahu, dalam bilik guru banyak kelompok
kawan. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk aku mesra dan baik dengan
sesiapun. Aku tidak mahu ambil kisah tentang orang lain. Aku tahu dan aku diam
serta bergaul dengan semua orang.
Haaaaaa!
Alhamdulillah, hari ini juga aku berjaya menghasilkan dua lagu untuk Komsas,
puisi moden tingkatan 2. Satu lagu cinta. Aku masih belum dapat menghasilkan
lagu nasyid mungkin kerana aku memerlukan tar yang kusimpan di stor belakang
rumah. Akan ku usahakan. Frog oh frog. Maafkan aku kerana tidak selalu dapat
bersamamu meskipun kau sangat memerlukanku. Ya Tuhan, aku ingin menubuhkan AJK
frog guru dan pelajar namun lebih elok kiranya aku menulis surat lantikan untuk
mereka sebagai tanda hormat dan rasmi. Hari ini seperti kelaziman juga, aku
merindu tunangku yang jauh di sana. Moga Tuhan selalu menjaganya, untukku.
Salam Maulidurrasul juga, kata tunangku. Hahahaha :D vha, masa untukku tidur.
Moga lena dalam iman... ajarnya...
sHukAcHintA
Salam Maulidur Rasul ;)
#MUHASABAHCINTAKU
No comments:
Post a Comment
common!