Maghrib hari ini, aku menerima pesanan ringkas daripada Cikgu Lawrence yang menghantar tentang isu jenayah zaman kini. Jangan semborono menolong anak kecil menangis yang mahu dirinya dihantar di sesuatu tempat. Jenayah kian menjadi-jadi. Terima kasih cikgu. Ketika dia menelefon aku sewaktu berada di Saratok dulu, dia bertanyakan elaun mengawas SPM sudah masuk atau tidak. Haahaa. Lucunya cikgu L. Pengalaman mengawas tahun lepas bersama cikgu Lawrence banyak mengajar aku etika mengawas...
.......................................................................
#Sekadar mengingatkan diri...
terlalu gemar bercengkerama di laman sosial dengan insan-insan terpilih bisa membuatkan...
Yang SINGLE jadi COUPLE,
Yang COUPLE jumpa SKANDAL,
Yang BERTUNANG jadi PUTUS,
yang BERKAHWIN cari MADU,
Yang dah lama DUDA jumpa JANDA BERKIAS,
Yang dah lama JANDA cari BUJANG,
Yang sedang BAHAGIA jadi GADUH,
Yang dah PUTUS jumpa EX LAMA,
Yang sedang TERLUKA jumpa PENAWAR,
Yang sedang cari JODOH jumpa JODOH,
Macam-macam kan ...
LUMRAH KEHIDUPAN skarang...
Zaman sudah maju.
KOLOT LAA jika tidak bergaul mengeratkan silaturrahim sesama kita ;)
heee.
Jangan salahkan apa... salahkan siapa... salah diri juga...
Melihat gambar dalam internet sedikit sebanyak menyedarkan aku daripada kehitaman hati, ketamakkan nafsu dan segala kekhilafan diri. Ya Tuhan, kekadang aku leka dengan keseronokan dunia dan melakukan sesuatu tanpa berfikir akibatnya. Ya Tuhan, hanya Engkau yang tahu betapa hina dan kerdilnya diri ini. Kau sembunyikan aibku. Kau tidak putus memberiku rezeki. Aku yang selalu meminta dan menagih simpati kepada-Mu tanpa rasa malu. Sedangkan cintaku tidak sehebat cinta-Mu kepadaku.
Tiba-tiba aku teringat akan tunangku. Tipula... Kalau tak cinta, sayang dan rindu dengan sang tunang. Kekadang aku merasakan apabila aku rindu, dia dapat merasakan hal yang sama. Memang lumrah seorang wanita ingin dimanja, diambil berat tak kira masa. Kekadang juga terlalu berharap tingkah yang terlalu mengambil berat turut dibalas sama oleh pasangannya. Jika dibalas tidak seperti yang diharapkan, pasti wanita tersebut merasa hampa. Wanita dicipta dengan kekuatan naluri dan ketebalan emosi. Lelaki pula dicipta dengan kentalnya hati, kekaburan emosi dan bijak akal dan bijak menghadapi situasi. Manusia selalunya mengharapkan bahagia dan kisah hidup mereka seperti yang dilakonkan di layar tv dan novel. Namun, itu sekadar lakonan dan bohong belaka walaupun ada terselit realitinya. Siapa tidak mahu bahagia. Tetapi, hidup bukan semata-mata untuk bahagia. Pahit perlu dirasa juga. Nimati rasa apa adanya. Selagi hidup, selagi itulah harus berhadapan dengan ujian dan berjuang untuk melawan sebijaknya dan hendaknya berjaya.
Semoga dia baik-baik sahaja di sana.
Ya Allah, jauhilah aku dan dia daripada tersasar dan terkhilaf jalan.
Jika dia benar2 untukku, Kau kuatkanlah rasa cinta, berilah ketetapan hati jua setia dan peliharalah cinta dan tingkah kami sehingga menemui restu-Mu. Kau permudahkanlah dan percepatkanlah urusan baik kami. Aamin.
..........................................................................................
Rindu akan si dia...
tanpa kau tahu besarnya rinduku
tanpa kau tahu besarnya cintaku
tanpa kau tahu besarnya anganku bersamamu
tanpa kau tahu besarnya setiaku menantimu...
Rindu bertandang lagi dari hari ke hari. Rindu tidak pernah henti.
12.12.2013. Terima kasih sang tunang ;)
Kenangan terindah pada penghujung tahun 2013. Senyum ;)


















No comments:
Post a Comment
common!