Usai Subuh dan
mengaji, aku pun menyambung tidurku :D teruk betul! Nanti rezeki dipatuk ayam,
bak dalam cerita ‘Ketika Cinta Bertasbih’. Al-maklumlah, hari-hari biasa, bangun awal dan pulang lewat. Maka, aku
mengambil kesempatan pada hari Sabtu untuk menambah sedikit waktu tidur dan
rehat meskipun dalam masa yang sama memikir hanya hari rehat itulah aku bisa
menolong emak membuat kerja di rumah. Hehehe. Sejak kebelakangan ini, badanku
merasa sakit-sakit, lagi-lagi di bahagian pinggang. Mungkin kesan daripada
perjalanan jauh pada minggu-minggu yang berturut.
Aku sempat ke
luar pada petangnya untuk memfotostat beberapa dokumen penting untuk dihantar
ke LHDN kelak dan salinan itu akan dimasukkan dalam fail PPGB. Teringat kata-kata
tunang yang menyaran agar aku membeli mesin pencetak yang baharu. Hahahaha.
Luculah. Ada benarnya juga. Sampai bila aku nak tunggu mesin lamaku itu
dibaiki. Hantarnya tidak juga. RPH ku untuk minggu hadapan hampir siap. Kerja
Frog masih tak siap-siap. Kerja menyemak juga tidak siap dan akan kubuat di
bilik guru, in sha Allah. Sabtu yang indah. Aku tidur dengan nyenyak.
Ahadku lebih
segar daripada hari sebelumnya. Aku bangun Subuh dan usai mengaji, aku membasuh
pakaian dan menyapu lantai di belakang rumah. Aku mengelap bahagian dalam
babyoz yang berdebu. Topi tunangku juga berada di bahagian depan pemandu
sebagai penawar rindu. Hahaha. Bulan Februari nanti akan kuterbangkan
barang-barang tinggalannya itu ke Johor Bahru. Hari ini juga aku masak sup dan
bertukar barang masakan dengan cik, mak yak dan ngah ku yang tinggal
berhampiran dengan rumahku. Aku pun berangan mempunyai rumah sendiri dan
mempunyai jiran yang suka bertukar-tukar makanan ;) syoknya. Verangan jer! Pada
petangnya, usai Asar, aku terus memecut laju ke Matang kerana diundang oleh Kak
Siti (kerani sekolah) untuk Majlis Tahlil arwah ayahandanya. Sebelum ke
rumahnya, aku mengambil Kak Diyana dan Raihan. Terkenang pula dulu pernah juga
mengadakan majlis tahlil untuk arwah ayahanda sang tunang. Moga allahyarham
tenang di sana. Aamin... Aku tidak pernah berjumpa dengannya. Namun, aku pernah
bermimpikannya bersama ayahandaku. Apakah maksud mimpi itu. Aku pun tidak tahu.
Wallahua’alam. Aku pulang usai menumpang
Maghrib di kuarters kak Awin, bekas kediaman aku dulu. Kini, aku ulang alik ke
sekolah hampir sejam perjalanan. Capek deh! Kuat! Lawan!
Rindu pula
dengan encik tunang. Semenjak dua menjak sudah menjadi tunangan orang ni, aku
rasa mahu cepat sahaja untuk berkahwin. Haish. Bukan gelojoh atau kegatalan,
tapi tidak tahulah! Hahaha. Semoga tunangku berjaya memohon berpindah ke
Kuching, khususnya, aaminn. Aku ada dengar, ada pemohon yang menyertakan sekali
kad kahwin dan sebab memohonnya adalah ingin mengikut bakal suami/isteri. Hehe.
Alhamdulillah, dia berjaya. Rezeki masing-masing. Pada minggu ini juga, aku menghitung
jumlah duit tabung simpananku yang berjumlah seratus lebih. Hahaha. Aku ingin
mencapai target dua ratus untuk disimpan dalam bank kelak. Wang simpanan bank,
inshaAllah, moga mampu kusimpan banyak sebagai perbelanjaan kahwin, untuk
membantu bakal suami. HAHAHA.
Ketika khusyuk
memandu, aku suka memikirkan hal-hal yang lalu. Teringat juga pula aku dilabel ‘cemburu buta’. Hahaha. Aku tidak kisah akan
gelaran itu. Namun, aku terfikir-fikir juga, pasangan yang ber’MMS setiap
kali keluar untuk memastikan orang yang bersama dengan pasangannya itu siapa
dan mengetahui keberadaan pasangannya itu dilabel sebagai apakah? Setiap kali
ingin membuat sesuatu, perlu memberi laporan kepada pasangan itu bagaimanakah?
Memang, aku juga ada silapnya sehingga dilabel sedemikian rupa. Aku cepat
menyayangi orang dan cepat juga menjauhi orang yang aku rasa tidak selesa
bersamanya. Kesalahan aku bersama mereka dahulu mungkin menyayangi mereka kerana
mereka kawan rapat tunangku. Aku terlalu gelojoh bermesra dengan orang yang aku
belum tahu cara dan gayanya. Sayangku bukan kerna Allah tapi kerana tunang
kesayanganku itu. Setelah mengetahui mereka rapat, berkereta bersama, pergi
mandi berenang, bergambar, tunangku sanggup pergi jauh ke KL dari JB meskipun
tidak berduit membuatku rasa tidak selesa. Aku juga terkilan saat aku ingin
sekali bertemu meskipun aku tidak meminta, dan bukan salah tunangku juga kerana
situasi aku di Muar itu berbeza dan dia juga telah menerangkan keadaannya
ketika itu. Tunangku tidak mampu berbuat apa. Kalau difikir-fikir, sedih juga. Besar hikmah-Nya. Namun, itulah hakikatnya
yang perlu aku terima. Kadang-kadang, ada kemungkinan yang kita tidak tahu dan kita tidak rasa, orang
berkeputusan mengikut keutamaannya. Kadang-kadang terfikir juga aku,
sekiranya aku di tempatnya, adakah dia tidak seperti aku. Merelakan segala yang
aku perbuat, rapat bersama orang lain yang berlawanan jantina dan sanggup pergi
jauh untuk bersua dengan insan yang pernah menabur budi. Sukar juga memahamkan
orang seperti aku yang tidak pernah belajar untuk memahami orang, bukan? Itulah
aku. Pentingkan diri sendiri. Sukar menerima perbuatan dan pandangan orang
lain. Namun, tidaklah sehingga aku merasakan hanya aku yang betul. heHehe. Maka,
aku perlu mendidik hati aku agar belajar untuk redha. Oleh sebab itu, aku
memilih untuk menjauh. Menjauh daripada segala hal yang membuatkan aku berfikir
yang bukan-bukan. Menjauh daripada orang yang aku tidak faham dan tidak memahami aku.
Hehe. Aku tidak membenci apalagi berdendam. Berdoa dari jauh itu sudah memadai.
Maka, aku akan hidup tanpa gangguan emosi. Aku kini masih hidup dengan gangguan
emosi di sekolah sahaja. HAHAHA. Frog oh frog. Go go go go go!
Banyak hal
yang berlaku dalam masa hampir empat tahun aku bersamanya. Betah juga dia bersamaku
kendatipun aku ini banyak juga songeh dan karenahku juga selalu menyakitkan
hati. Aku tahu itu. Apa-apa pun yang telah terjadi dan terlalui, dialah racun dan dialah juga
penawar. Dia tiada pengganti dan melekat di hati. Mengapakah dia? Aku tiada jawapannya...
Pernah juga
aku berangan dengan memikirkan jika aku punya suami, akan kupotong kukunya,
biar apabila aku mati lebih awal, suamiku itu akan mengingat saat aku memotong
kukunya, menyediakan pakai minumnya dan segala hal romantik yang aku lakukan terhadapnya.
HAHAHAHA. Teruknya angan-angan! Ya, aku mahu jadi yang paling TEROMANTIK untuk
SUAMIku! Aku ulang! TEROMANTIK! Yang lain.... SHUHHHHH! Ya Tuhan... Kendatipun
anganku ini Cuma khalayan dan bukan benaran, semoga aku diberi kesempatan untuk
menjadi isteri terbaik buat suamiku dan aku juga tahu, perkahwinan itu bukan
semata-mata bahagia. Maka, berikanlah aku kekuatan, kesabaran dalam menempuhnya
kelak dengan izin-Mu. Aamin...
zzzZZZzzz...
Tidur dengan memakai T-shirt tunang :D rinduuuuuu..... Tuhan,
sampaikan salam rinduku buatnya yang nun jauh di sana. Dengan ucapan, cinta
kamu, sayang kamu, rindu kamu. Hahahaha :D Menyimpan hajat untuk berjalan jauh
lagi. Sri Aman dan Maludam, mu tunggu aku datang lagi!
Maulidur Rasul
datang!!! Selepas ini, mahu berkongsikan rasa cinta dan sayang kepada suruhan
Allah itu pula. Lop Lop Lop! Petang ini memasak bubur asyura di surau sekolah manakala
esok menjadi juri pertandingan nasyid. Fuyyoh. Encik tunang, saya selalu
merindu kamu liou! Terima kasih atas kiriman sms rindu itu. Moga Tuhan selalu
menghubungkan doa dan rindu yang kukirimkan khas untukmu. Tutttt :p
Biarlah rahsia
;)
No comments:
Post a Comment
common!