Monday, December 30, 2013

Perjalanan yang sangat BEST! Tidak terungkap dengan kata ;)

Salam... hehehe.. Bertemu kembali diariku. Diariku ini bukan untuk ditatap umum, sebab itu, aku tidak akan berkongsikan kisah dalam blogku ini di laman sosial yang lain. Cuma untuk mengingatkan aku, peristiwa2 penting dalam hidupku. Aku ingin ceritakan kisah aku bersama sahabat baikku, Dantini Juring semasa menjelajah Sri Aman dan Saratok. Perjalanan yang agak jauh dan pertama kali juga aku dan Dant mengembara secara berdua keluar dari daerah Kuching. Pukul 730 pagi pada 28 Disember 2013 aku bergerak mengambil Dant di rumahnya dan dalam pukul 9 pagi kami bergerak menuju ke Serian dan seterusnya ke Sri Aman. Dalam pukul 11 lebih pagi kami sampai di Sri Aman dan berhenti di tempat persinggahan bas. Kami keluar sambil menahan pinggang kami yang sakit dek duduk di dalam kereta selama berjam lamanya. Kami berhenti untuk membuang air kecil minum dan menunggu mama mengambil kami untuk singgah sebentar di rumahnya. Kami singgah di rumah abah dan mama, yakni menumpang abah dan mama kepada tunang aku, Muhammad Fauzan Iz'aan bin Muhamad Pu'ad. Aku singgah makan mi laksa Sarawak yang mama buat... sedapppp.. hehehhe. Usai makan, aku dan Dant menonton pula cerita Ular dan Papadom 2. Sewaktu menonton Papadom, ada bahagian sedih yang membuatkan aku dan Dant menangisss.. hahahha. Aris gelak melihat telatah kami. HAHAHA. Tidak ada tapis2, dan malu... Nangis dan luahkan saja kesedihan. Meskipun kami sangat penat dan mengantuk, tapi kami dapat juga menghayati cerita papadom dengan baik. Dalam pukul 3 petang, kami meminta diri untuk meneruskan perjalanan ke Saratok. Aku sangat penat! Namun, aku perlu lawan penat itu kerana majlis perkahwinan Nicole akan berlangsung pada pukul 7 malam. Aku yang tidak tahu selok belok jalan, memandu dengan penuh yakin. Rupanya, Sri Aman ke Saratok juga memakan masa yang lama. Dekat pukul 6 petang, kami tiba di Saratok. Kami menemui Hotel yang dikatakan oleh Nicole. Namun, hotel tersebut sudah penuh. Maka, aku dan Dant pun mencari hotel yang lain untuk diinap. Kami menjumpai hotel yang lebih baik dan selesa untuk tidur dan berehat iaitu Hotel Popular Inn. Di Saratok, banyak hotel yang mudah dicari dan dipilih. Harganya pun berpatutan. Kami tidak punya banyak masa untuk berehat. Sebelum berehat di hotel, kami pergi mengisi perut di Kedai makan CCK. Sedap! hahaha. Kami rehat dan bersiap2 di hotel dan meneruskan perjalanan ke rumah panjang yang letaknya dalam... tidak berlampu dan jalannya tidak bertar... berbatu2... ya Allah... hanya Tuhan yang tahu perasaan aku dan Dant. Aku hanya bertawakal. Niatku, hanya ingin melihat Nicole bahagia dengan kedatangan aku dan Dant kerana hanya kami lah kawan dia yang datang! Aku dan Dant disambut persis VVIP. Orang melihat aku dengan riak wajah yang terkejut, ternganga dek aku seorang yang berhijab di rumah panjang itu, namun mereka melayan aku dan menyambut kedatangan aku dengan baik. Aku tidak akan melupakan kenangan dan pengalaman sepanjang aku berada di sini. Aku menyaksiakan adat orang Iban berkahwin. Meriah! Seronok! dan yang paling penting wajah Nicole sangat terharu melihat aku dan Dant sanggup datang ke kampung yang letaknya di pedalaman itu. hehehehhee. Aku makan makanan yang ditempah khas oleh Nicole, masakan Melayu di Saratok. Terima kasih semua yang berada di rumah panjang. Aku sayau ka nuannnn! Dalam pukul 11 malam, aku dan Dant pulang dan menempuh semula jalan berbatu2 dan gelap... seram dan menakutkan, tapi itu semua demi kawan kami. Aku sempat singgah bergambar kenang2an di sekolah Agama Saratok, tempat cinta hatiku bersekolah dahulu.

Tiba sahaja di hotel, aku dan Dant menghempas diri di atas katil yang empuk dan menikmati kesejukan pendingin hawa serta menonton astro. hehehhe. Dant tidur awal sementara aku menjamakkan solat dan usai itu aku pun lena dengan selena2nya. Pada waktu subuh pula, berat sungguh untuk aku bangun kerana badanku lenguh2 dan kepalaku berat. Aku gagahi juga menunaikan solat. usai berdoa, aku pun menyambung tidurku dek kepalaku yang berat sungguh! hehehe. Pada asalnya, aku dan Dant mahu bertolak pulang awal kerana Dant ada majlis di Church pada petangnya. Namun Dant kasihan melihat aku yang kepeningan membatalkan hasratnya untuk menghadiri majlis tersebut. Aku sayang Dant. Dia kawan yang baik, begitu juga dengan Nicole. Mereka ada waktu susah senangku. Maka, aku dan Dant meneruskan tidur sehingga pukul 9. Aku bangun dengan rasa lebih nyaman kerana kepalaku tidak merasa berat lagi. Kami bersiap2 untuk ke Sri Aman dan sempat bergambar2 dahulu dan sarapan mi kolok dan bihun sup di sebuah kedai.

Mama, awal-awal pagi sudah mengirim pesanan ringkas kepadaku bertanya aku di mana. Dalam 2 jam perjalanan, aku dan Dant pun tiba di Sri Aman. Kami singgah dahulu di Shell untuk mengisi minyak dan kami juga singgah di Petronas untuk mengepam tayarku. Kami kemudian terus menuju ke rumah mama dan abah. Mama sudah menyiap masakan di dapur. Kesian mama, susah2 melayan tetamu. hehehhe. Aku semakin sayang kepada insan yang bernama mama dan abah ini. Aku merasakan aku mempunyai mak dan bapak yang lebih muda :D hahahhaa. Mereka sangat baik dan mungkin itu sayang sangat rapat dan memuja mereka. Aku dan mama sempat berbual-bual sebelum aku pamit untuk bergerak pulang ke Kuching.

Aku peluk dan cium mama sebelum berangkat pulang. Aku dan Dant menempuh hujan lebat semasa perjalanan pulang, sama seperti perjalanan kami pergi ke Sri Aman pada hari bertolak. Aku dan Dant berbual-bual dan Dant tidak pernah lelap sepanjang aku memandu.. katanya, "susah dan senang sama2". Dia menemaniku memandu sepanjang perjalananku di mana2. Kami pun sampai di Serian dekat pukul 5 petang. Aku baru melihat pesanan sms daripada tunangku, dan mama setiba aku di Serian. Aku di rumah mama hanya membawa diri dan tidak membawa dan melihat telefonku. Aku dan Dant membeli sayur, keropok, buah rambutan dan cempedak untuk di bawa pulang. Kami meneruskan perjalanan pulang dan hujan juga turun dengan lebatnya. Aku tiba di kawasan rumah dant dekat pukul 6 petang. Aku meneruskan perjalanku ke rumah seorang diri. Sebelum maghrib, aku tiba di rumah dan menceritakan segala kisah, perjalananku kepada warga rumah. hehehehhe. Aku berterima kasih banyak2 kepada Allah, kerana masih memanjangkan usiaku sehingga hari ini dan melindungi aku dan kawanku semasa perjalanan dan memberi aku pengalaman yang menyeronokkan. ALHAMDULILLAH.

Merindui Encik Tunang yang berada nun jauh di sana. Masing-masing senyap.. diam.. tanpa bicara. Aku juga lari sekejap dari dunia FB untuk merasa lebih aman. Mungkin ini yang terbaik. Cari ketenangan. hehehe. Meskipun dalam diam, marah, kecewa, sakit, suka, geram... Aku tetap cinta. Cuma dia. Ya Rob, jagakan dia untukku. Lepas ini, harus fokus kerja dan mahu yang terbaik untuk hubungan aku dan dia. I LOVE U SAYANG.





















No comments:

Post a Comment

common!