Monday, December 30, 2013

Akhir tahun 2013 yang sangat menyeronokkan!

Kisah aku dan anak-anak. Kalau aku bersiap-siap sahaja, pasti anak-anak ini berkepit dan bertanya kepada aku, "cik, kitak nak g siney?", heheehhehe.. aku pasti buat tak tahu dengan soalan-soalan mereka. Ada masanya aku kasihan juga kerana tidak dapat membawa mereka dalam jumlah yang ramai, kelak lain jadinya. Tak terjaga aku kelak. hahaha. Maka, aku bawa mereka secara adil... Meskipun aku tahu, aku bukanlah mak cik yang sangat baik, namun aku sayangggg mereka sangat! mmuahhh.. cik dah mula merindu telatah kalian! Kini, rumah kembali sunyi... Pada bulan ini juga, aku keluar 'ngabang' ke rumah Dantini. Mak nya masih seperti dahulu... cantik dan ramah ;) Aku menyayangi sahabat ku itu. Kelak, akan aku ceritakan kisah kami berdua menjelajah Sri Aman dan Saratok berdua semata-mata mahu menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik kami iaitu, Nicole anak Christi. ;)






























i love u olsss so much! Allah, tolong jaga mereka untukku!

No comments:

Post a Comment

common!