Monday, December 30, 2013

Majlis 1 Langkah ke Hadapan Aku dan Dia ;)

Assalamualaikum. Aku ingin catatkan memori indah bulan Disember 2013. Tidak dapat rasanya ku ceritakan segala hal yang sangat indah, seronok, sedih, suka, pengalaman dan ahhhh... tidak terkata. Awal bulan Disember, aku menikmati hari2 terakhir aku menjadi pengawas SPM di SMK Matang Jaya. Pengalaman yang berharga bagiku. Kemudian, beberapa hari kemudian, aku secara sah dari segi adatnya menjadi tunangan orang, yakni tunangan kepada satu2nya insan yang aku cintai hampir 4 tahun. Aku juga gembira dapat berkenalan dengan keluarganya.. mengenali antara satu sama lain. Bertukar barang hantaran juga satu hal yang menyeronokkan sewaktu majlis pertunangan berlangsung. Ahli keluarga semua berkumpul dan beramah mesra. 12.12.13 merupakan hari bahagia melangkah satu tapak ke hadapan. Terima kasih Tuhan. Terima kasih keluarga aku, keluarga dia, dan terima kasih sahabat. Terima kasih sayang...















No comments:

Post a Comment

common!