Tuesday, December 31, 2013

Hari Terakhir 2013

Hari Lahir Bapak~

Selamat Hari Lahir bapak tercinta, tersayang, terbaik!!!
31.12.2013. Maka, umur bapak sudah mencecah 61 tahun! Kami adik beradik masing-masing mengirim pesanan sms untuk berbincang dan menyiapkan persiapan untuk menyambut hari lahir bapak. Kami masing-masing membeli makanan, sementara hadiah belum lagi dibeli. hehehe. Aku membeli kek, abg mzah membeli pizza, kak Ijah membeli satay manakala emak memasak laksa Kedah dan nasi ayam. Pulang sahaja dari mesyuarat sekolah yang berlangsung setengah hari (Kurikulum, Kokurikulum, Panitia, Hem, Pentadbiran) semalam, aku terus bergegas mencari kek untuk bapak. Akhirnya... (gambar kemudian...) 











Otakku ligat berfikir, pusing dan risau dengan tanggungjawab baharu yang bakal aku galas pada tahun 2014. Aku akan mengajar tingkatan 2 dan 3. Aku menjadi guru penyelaras tingkatan 2, Guru Tingkatan 2 Gama, SBC 2 Gama, Mags tingkatan 2, Admin Frog VLE, Guru Briged Bestari, Bendahari Koperasi, Guru Kelab Kompang, Guru Petanque, Guru Rumah Diamond. Tugas lain mungkin belum disenarai hitamkan. Ya Allah, moga aku kuat, mampu, sabar dan moga aku bisa galas tanggungjawab, amanah di muka bumi-Mu ini dengan sebaiknya ya Allah. Jadikan aku sang Murabbi ya Robb, mengajar ilmu dunia, juga akhirat. In sha Allah.



No comments:

Post a Comment

common!