Hehe. Terharu rasanya
anak-anak menyanyikan lagu hari lahir dan memelukku di dalam kelas hari ini. Malu!
Lazimnya, mereka menyanyi untuk hari lahir rakan mereka. Alhamdulillah. Banyak lagi
kerja yang perlu dilangsaikan. Ya Allah… bantulah aku. Frog oh Frog, SBC, ISIS.
Kerja yang baharu ialah menjadi guru pembimbing nasyid. Grrr… pertandingannya
akan diadakan di tempat aku mula gah dalam arena nasyid. Hahaha. SMK LUMBA
KUDA! Wah. Teruja aku! Moga anak-anakku mampu menjadi pendakwah yang baik bukan
semata-mata menyanyi tanpa sebab. Aamin… 7 April. Moga ada tuah untuk kami. Aamin…
Aku perlu cari melodi sendiri dan melodi itu perlu sesuai dengan nada lelaki
dan perlu ada faktor X dan WOW. Tuhan, berikan ilham. Masih berfikir tentang
MH370. Moga mereka selamat. Amin..
Hari Rabu, bahan dikirim Fawiz dah datang. Pertandingan bahas dah habis dan baru bahan bahas itu datang. hahaha. Petang semalam pula, barang kiriman tunang datang. roti dan kain katanya, belum kubuka. Aku amat menghargai kiriman itu.
SBC.. orang
putih asyik bising suruh kacakkan kelas.. grrr.. masa masa masa… komitmen…
waaa.. mahu shopping beli barang untuk di bawa ke JB. Moga dipermudahkan
perjalanan kelak. Mak seakan takut untuk menyuruh aku terbang. Hmmm… esok umur
aku akan mencecah 26 tahun. Berapa lamakah lagi Tuhan member peluang untukku
hidup di bumi-Nya… semoga hidup matiku
tidak sia-sia…
SELAMAT HARI
LAHIR SHUKACHINTA! J I LOVE
MYSELF. ME, MYSELF AND I. HAHA. ANAK MORNI BIN TAI DAN ZAMA’AH BINTI HJ
IBRAHIM. Aku menyayangi anak-anak muridku dan kawan-kawan baikku, Miju, Fey, Efa, Kris, B dan mak bapak serta adik beradikku. Dalam hidup, orang yang dekat dengan kita ialah orang yang boleh bersama kita selalu dalam susah senang, memahami, menerima kita apa adanya dan menjadi pendengar yang baik. Aku sayang kalian... Tanpa kalian, siapalah aku kerana aku bukan siapa-siapa, dan aku tiada apa-apa.
WAJAH SEMAKIN TUA :D


No comments:
Post a Comment
common!