Pagi ini aku rasa lebih indah. Nasihat bapak sebelum aku
ke tempat kerja pun lain daripada sebelum ini. Bapa menyuruh aku banyak
berselawat dan berhati-hati di jalan raya kerana sebelum ini bapak, mak dan
adik pernah menghantar aku ke sekolah dan melihat keadaan sebenar jalan raya
pada awal pagi. Semalam jalan raya sesak dek kemalangan di selekoh tajam yang
tiap-tiap hari aku gunakan. Mudahan aku dijauhkan daripada kemalangan melainkan
kun faya kun. Moga mati dalam iman. Untuk mengajar, aku memerlukan ketenangan
hati, jiwa dan perasaan. Maka, aku perlu menjauhkan diri aku daripada
bermasalah dengan hal-hal sekeliling. Pagi-pagi aku sudah tertekan di jalan
raya. Aku tidak mahu tertekan gara-gara hal lain. Abaikan. Aku mahu kerja
dengan amanah dan gaji yang aku dapat berkat.
Hari ini juga aku mengajar dengan bersahaja. Masalah sekarang
ialah aku belum dapat rentak yang baik untuk mengajar tingkatan 3. Aku tidak
dapat mengawal anak-anak yang bermasalah dengan baik. Mudahan Tuhan memberi
jalan dan memberiku kekuatan dan kesabaran. Semalam juga encik tunang
menghantar sms mengatakan dia mengirim barang. Aku amat menghargai segala
pemberian orang. Segala pemberian sesiapa sahaja akan aku simpan selama mana
aku bisa simpan dan pakai meskipun orang yang memberi itu sudah pergi daripada
hidup atau sudah aku tinggalkan jauh-jauh. Aku seorang yang sangat menjaga
barang khusus barang yang diberi orang melainkan barang itu mendatangkan rasa
tidak baik, maka aku akan buang dan lupus.
MH370 masih hilang. Segala hal di dunia tiada yang abadi.
Suatu hari kelak, aku pun bakal hilang. Orang yang aku sayang juga bakal
hilang. Maka, aku perlu belajar supaya tidak terlalu mencinta segala yang ada
di bumi dan bersedia dengan segala kemungkinan. Namun, sebelum aku hilang dan
sebelum orang sekelilingku hilang, aku harapa, aku sudah memberikan yang
terbaik untuk mereka agar kewujudan dan ketiadaan aku diterima dengan tenang
dan senang.
Hari ini juga aku
meluahkan rasa hatiku kepada pelajar tingkatan 3 yang aku rasa punya masalah
antara aku dan mereka. Kami tidak sehati, maka aku sukar mengajar mereka. Mereka
mendengar luahanku dengan tenang dan sunyi. Aku kata, aku tidak mengharapkan
kasih sayangku dibalas, memadailah mereka mahu belajar dan membuat tugasan yang
aku minta. Mereka mengangguk dan kami bersurai dengan aman. Aku tahu, semua
orang mempunyai masalah keluarga dan masalah dengan diri sendiri. Maka, aku
berusaha untuk meletakkan diriku di posisi orang lain, in sha Allah. Aku mahu
jadi Murabbi yang baik.
Ada anak-anak pelajar yang meminta aku mengambil duit
mereka di bank. Jadi petang ini aku akan ke bank dahulu dan selepas itu aku
akan membeli sedekah untuk surau di kampung. Sekiranya aku ada anak kelak, aku
mahu anak aku sekolah harian. Aku berjumpa dengan seorang rakan yang sudah
berumur dan merupakan guru di Sakura dan berkawan baik dengannya. Katanya, dia
lebih suka mengajar di sekolah harian dan dia juga mahu anak-anaknya bersekolah
harian. Satu hal yang aku lihat pada anak-anak asrama ialah mereka mudah
terpengaruh terutamanya dalam percakapan yang tidak elok. Menyumpah itu satu
kebiasaan dan kenormalan dalam hidup mereka. Ramai orang beranggapan
anak-anakku di SainsKu merupakan anak-anak yang baik dan pandai namun anggapan
itu bersembunyi di sebalik nama sekolah sahaja. Bagiku, mereka sama sahaja
seperti anak-anak di sekolah lain. Mereka tetap melakukan kesalahan dan
mempunyai masalah disiplin. Cabarannya berbeza lagi-lagi mereka memang tinggal
di sekolah. Aku perlu kuat dan sabar dan ambil positif dengan apa yang orang
sangka dan kata.
Minggu hadapan aku akan ke JB. Aku jarang menginap di
rumah orang. Aku berharap kewujudan aku di rumah orang tidak akan menyusahkan
dan tidak menyenangkan orang lain. Kadang-kadang, kita membuat perkara baik pun
orang tidak suka. Kita berpandangan dan memberi pendapat untuk hasil yang lebih
baik pun orang tidak terima. Maka, teruskan sahaja perjuangan dan hanya masa
dan Tuhan yang menentukan segalanya. Semua orang inginkan bahagia. Bagi aku sekarang,
apa yang penting ialah ketenangan. Semua orang ingin bahagia dengan pasangan. Tapi
bahagia itu cuma terselit antara derita, masalah dan sebagainya. Berkahwin bukan
semata-mata untuk mencari dan merasa bahagia. Maka, aku tidak berharap untuk
mendapat bahagia. Aku Cuma inginkan ketenangan, sederhana dalam segala rasa. Aku
tidak mahu hari-hariku diganggu emosi yang tidak baik dan menyebabkan aku
hilang perasaan dan tidak mampu membuat sesuatu dengan baik.
Alhamdulillah... Terima kasih atas segalanya ya Allah.
apa tujuan aku hidup? Apa tujuan aku
kahwin? Apa tujuan dan matlamat hidup aku hari ini? Apa yang aku dapat pada
hari ini? Masih adakah esok hari? Adakah orang-orang di sekelilingku tahu yang
aku sayang mereka? Cukupkah amalkah untuk menghadap-Nya? Selamatkah aku pulang
ke rumah kelak? Apakah yang berlaku dalam hidupku kelak? Apa yang aku ingin
masak? Apa yang aku belajar daripada hidup-hidup yang lalu? Adakah kewujudanku
perlu untuk mereka? Perlukah aku ambil tahu tentang... Adakah Tuhan mengampuni
dosa-dosaku dahulu, kini dan selamanya? Selamatkah aku daripada azab kubur,
neraka? Bagaimanakah aku mengahadapi hari tuaku kelak? Apalah nasib aku setelah
punya keluarga? Mampukah aku bertahan dalam menghadapi ujian
hidup??????????????
Banyak sekali persoalan dalam hidup. Setiap hari, aku
mengahdapi soalah hidup...............
Teruskan perjuangan!!!
LAMA RASANYA TIDAK MENGAMBIL GAMBAR SENDIRI. BUANG TEBIAT! :D






No comments:
Post a Comment
common!