Friday, March 14, 2014

Aku pulang lewat hari ini dek kerja melambak di sekolah lagipun aku berjumpa dengan ahli kelab Frob bagi membantu aku mengurus dan menybarluaskan frog ni kepada semua warga sekolah. Fuhhh! Hari ini juga aku mendapat surat untuk membimbing kumpulan nasyid. In sha Allah, dengan senang hati ku korbankan masa dengan nawaitu yang baik. Maka, minggu hadapan, aku akan menemani kak Ar yang minta untuk ditemankan kerana tinggal sendirian di kuarters di samping mengajarnya membuat kek cheese bakar. Banyak-banyak kek cheese yang aku buat, aku rasa yang baru-baru ini aku buat yang paling sedap kerana mengikut gaya dan sukatanku sendiri. Hahaha. Perasan. Orang yang merasanya pun suka. Ehehe.  Dalam masa yang sama, bolehlah tiap-tiap malam seperti aku melatih pasukan bahas dahulu, aku melatih pula pasukan nasyid. Lagu apa yang aku bakal pertaruhkan.. lagu sendiri…???

Hari ini, aku lalui hidup seperti biasa. Selepas keluar daripada perkarangan sekolah dalam pukul 2, aku merayau sendirian pergi ke bank untuk cek deposit. Pertama sekali aku mengurus cek deposit dan aku tidak pandai sama sekali. Nasib baiklah ada abang yang baik sudi mengajar aku menguruskan cek itu. Hehehe. Terima kasih abang manis. Hahahaha. Segan rasanya ditolong orang. Selepas itu, aku ke pasar mencari barang. Lawak benar hari ini. Aku seorang yang ‘blurrr’ apabila memilih barang. Jadi orang yang turut membeli barang menjadi mangsa pertanyaanku sama ada pilihanku bagus atau tidak. Hahahaha. Kasihan orang-orang sekelilingku. Semasa aku melalui lorong, aku rasa tidak selamat kerana ada remaja lelaki yang duduk di motosikal seakan seorang peragut. Hahaha. Kadang-kadang kita perlu bersangka tidak baik. Hehe. Aku sudah mula ligat memikirkan langkah silat apa yang akan keluar jika diserang. Hahahaha. Lalu pula di lorong yang berlainan, ada sekumpulan lelaki pula yang berjalan bertentangan dan sempat mengucapkan ‘assalamualaikum’ di depan aku. Haishhh… cuak aku berjumpa dengan insan-insan sebegini. Ku hayun langkah selaju-lajunya dan aku pun blahhh.sebelum blahhh ke rumah, aku sempat membeli ketagihan bapak setiap minggu iaitu surat khabar Harakah dan Keadilan. Ada pak cik kamceng yang membeli benda yang sama turut bercakap tentang perjuangan kepadaku. Hehehe. Ramah pak cik itu. Dahh dahh…


15 Mac 2014, umurku genap 26 tahun apabila masuknya jam 10.32 pagi. Apa yang aku harap tidak banyak dan tidak melampau. Aku cuma inginkan ketenangan dan jauh daripada masalah dunia dan emosi. Aku mahu membahagiakan kedua ibu bapa dan keluarga serta rakan yang bersama aku sejak sekolah sehingga kini. Aku ingin belajar daripada pengalaman dan dapat menjadi murabbi yang baik dan menjadi contoh kepada anak-anakku. Aku juga ingin berjaya dalam kerjaya dan segala bidang yang aku cuba.  Aku mahu lalui hidup apa adanya dan merantau ke seluruh tempat yang jauh-jauh untuk melihat tempat orang lain. Semoga Allah memberiku hidup berlandaskan agama, kuat dan sabar menempuh segala ujian. Aamin.









 VARIASI HIDUP. DULU, KINI...

RABIAATUL ADAWIYAH BINTI MORNI
15031988

No comments:

Post a Comment

common!