Tuesday, February 4, 2014

05 Februari yang menyedihkan...

Cuti minggu lepas yang menyeronokkan. Pergi bersama keluarga main ke pantai dan mengambil udara segar. Dalam masa yang sama menyambut ulangtahun kelahiran Aqil Safaraz. Hee… Banyak hal yang indah namun telah kulupa… Hari ini, aku di sekolah sampai ke petang kerana terikat dengan perjumpaan kokurikulum. Pagi tadi aku bermimpi di bawa berjalan-jalan ke Tokyo oleh seorang kawan Cinaku. Hmmm…


Semalam, bapak telah ditahan di wad hospital jantung Samarahan dan ditempatkan di tingkat 5.  Usai sahaja urusan di sekolah, aku akan ke hospital. Moga bapak membaik. Fikiranku berkecamuk. Namun, siapa lagi yang ingin menguatkan dan memotivasi serta merangsang dan member semangat untuk diri melainkan diri sendiri??? Kuat dan sabar. Allah ada… senyum sahaja di hadapan pelajar tercinta J


Bapakku dipindahkan ke wad yang tidak dibenarkan penunggu dan tidak dibenarkan melawat. hanya menunggu di luar bilik. Sungguh tidak bermaya rasanya aku hari ini. Aku tidak tahu apa yang aku fikir. Kosong meskipun kerjaku berbondong-bondong. Ya Allah... kuatkan aku. Belum lagi aku ucap ulangtahun ke-4 kepada tunangku. Tunggulah malam kelak. Aku berdoa agar bapak dikurniakan kekuatan menahan nafsu makan supaya tidak makan makanan yang dipantang. Ya Allah, kuatkanlah kami sekeluarga dan jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang taat. Semoga tunangku dan keluarga juga selalu dalam payung lindungan-Nya. aamin...

Jangan pernah berhenti dalam berharap pada Allah, kerana setiap doamu pasti didengari. Sama ada diberi langsung, atau ditunda pada masa yang tepat, atau diberi yang lain lebih baik. Manakah nikmat Allah yang Engkau ragui?

Banyak sekali hal yang ingin kuungkapkan dalam tulisan ini. Namun, selera tulisku entah ke mana…

No comments:

Post a Comment

common!