Tuesday, January 28, 2014

Semalam dan Rabu

Penatnya semalam. Tiba sahaja di rumah, aku sempat makan sedikit dan menonton TV. Masuk ke bilik, aku baring lalu tak tertahankan terus tertidur nyenyak sekali tanpa sedar akan apa-apa lagi. Aku terjaga setelah mendengar bunyi ‘sms’ masuk. Sms daripada tunang membuatkan aku bangun dengan senyuman, lagi-lagi melihat panggilan ‘sayang’. Hahaha. Itu mesej pada waktu malam dan sebelum Subuh, sygku itu menghantar satu lagi sms mengucapakan ‘salam Subuh’. Aku baru teringat aku belum Isya lagi. Maka, aku bangun dan menunaikan Isya’. Mujurlah encik tunang menghantar mesej awal. Kesian dirinya yang tidak tidur semalaman dek membuat kerja. Haishhh... Moga dia baik-baik sahaja dan bisa menjaga diri dan kesihatannya sendiri. Moga dia sentiasa diberi kesihatan dan kebahgiaan serta kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian hidup. Aamin...

Bercerita tentang semalam. Usai diberi taklimat tentang i-THINK, kami diberi kesempatan untuk prakikal dengan membuat sendiri map-map mengikut sistem i-THINK. Macam-macam! Namun, ada juga manfaatnya. Usai sahaja taklimat dalam pukul 430 petang, aku singgah di rumah kak Diana untuk solat Asar sebelum mengambil Uzma di asrama. Sampai di sekolah Uzma, aku menelefon Dant dan berjumpa dengannya di sana. Aku, Dant dan Uzma mengangkat barang untuk dibawa pulang. Kemudian, aku membawa Uzma menziarahi Miju dan bayi comelnya. Memang comel! Arghhhhh... gerammm! Kasihan juga aku melihat Miju kerana masih menahan kesakitan di bahagian bayi keluar kerana menurutnya ada koyakan besar di bahagian itu. Seram! Takut juga aku mendengarnya.
Pulang sahaja dari rumah Miju, aku dan Uzma menuju ke bangunan Baitulmal dan singgah Maghrib di situ. Selepas itu, kami menikmati makanan Jepun, Takoyaki dan sushiii.. ermmm.. dapnyerrrr! Hahahaha. Alhamdulillah. Setelah kekenyangan, kami pun pulang dan sebelum itu, kami singgah ke pasar raya membeli sesuatu untuk dibawa pulang...

Pagi ini, aku memakai baju hijau pemberian tunang. Cantik! Kasut merah. Hahaha. Aku juga mendapat tahu, kes pelajar yang dirasuk ada kaitannya dengan pelajar lelaki yang bermain ‘spirit’. Astaghfirullahal’azhimmmm... macam-macam perbuatan pelajar tahun ini. Sebelum ini, aman sahaja sekolah. Tiba-tiba minggu ini sekolah jadi berantakkan! Hehe. Aku juga membantu cikgu-cikgu berbangsa Cina mengedarkan buah mandarin dan air kotan di atas meja semua guru. Wahhh.. limau inilah kegilaan tunang aku. Hahahaha :D tidak sabar rasanya mahu cuti. Aku berharap agar barang yang aku kirim pada hari Isnin kepada sayang akan sampai pada hari ini. Alhamdulillah, hari ini juga aku telah menghantar nama pelajar dan cikgu yang tiada dalam sistem FROG VLE.

Terasa TER-rindu pula dengan encik tunang :D buekkkk buekkkk!












No comments:

Post a Comment

common!