Kerja seperti kelazimannya, masih banyak dan tidak akan
pernah berhenti. Jiwaku kacau, otakku sasau! Haha. Alhamdulillah, bapak sudah
kembali ke rumah. Terima kasih Tuhan. Betapa nikmat yang namanya sihat. Aku trauma apabila harus berada di hospital dan peritiwa pada tahun 2013 membuatkan aku takut untuk berhadapan dengan ujian yang sama, Moga bapak berpada-pada untuk minum dan
makan serta menguatkan lagi menyedarkan diri betapa pentingnya menjaga makan. Begitu
juga aku. Risau kerana badan naik! Oh! Aku mahu nampak cantik, langsing di
hadapan suamiku kelak. Hahahaha. Aku sememangnya mendambakan tubuh yang
sederhana kurusnya. Namun, sekarang terasa berat. Aku mensasarkan berat badan
sebanyak 50kg sebagai berat badan yang ideal. Jika suami gemuk tidak mengapa, kalau perempuan? takut suami hilang selera kerana kelihatan cantik itu perlu lagi-lagi untuk suami kerana manusia, lagi-lagi lelaki sifatnya suka memandandang perempuan cantik kendatipun ada isteri di sisinya. kan! hahahaa. Hal yang menakutkan dan menyakitkan bila mempunyai insan yang kita cinta sebegitu rupa apatah lagi sudah berikatan. Redha dan terima seadanya....
Hari ini, aku disapa dan dibawa bercakap oleh pekerja
SHELL ketika aku mengisi minyak. Anak muda lelaki bertanya aku bekerja di mana
dan dia bercerita tentang cita-citanya untuk menjadi guru. Nampak baik sahaja
anak lepasan SPM itu yang katanya menunggu keputusan dari Maktab. Semoga dia
berjaya. Sewaktu menghantar bapa di hospital dulu, ada seorang lelaki berumur
persis bapak namun kelihatan agak sihat pun membawa aku bercakap panjanggggg
sekali. Kasihan juga melihat orang tua yang amhu berkongsi cerita dan aku pun
mendengar sahaja ceritanya dan bercakap bila perlu. Aduhh.. hari ketiga bapak
di hospital dibawa bercakap juga oleh seorang lelaki Semenanjung yang nampaknya
banyak bercakap. Aku letih dan malas mahu melayan panjang bualannya dan lebih
memilih untuk diam dan menonton TV di samping merasa hormat dengan isterinya
meskipun dia cuma ingin bertanya hal-hal biasa kepadaku sekadar berbasa-basi tanda
mesra kaum. Hahahaha. Penatla aku baru pulang dari sekolah lalu diajak berbual.
Semalam, selain melawat bapak di hospital, aku juga
sempat mengotakan janji kepada anak-anak muridku yang terpilih kerana
melaksanakan kerja yang aku minta dengan terbaik dan aku membawa mereka
berjalan dan makan. Alhamdulillah, melihat wajah-wajah anak miskin tegar itu
keluar dari gua sekolah kelihatan ceria dan gembira, aku turut suka. Sempat pula
VERANGAN berjalan-berjalan di pantai yang berirama ombak dan angin bersama
dengan suami kelak. Hahahhaa. Kemudian, beserta anak-anak. HAHAHAHA. Haish! Angan-angan
melangit. Siapa tidak suka pergi ke tempat yang menyamankan jiwa itu bersama insan
yang kita cinta… aisehhh!Teringat pula aku dengan bualanku bersama tunangku di
telefon 3hb Februari yang lalu. Aku berdoa dan berharap, agar rancangan kami
dipermudah dan dilancarkan oleh-Mu ya Rabb. Semoga dia tabah, kuat, tetap hati,
dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki. Moga aku juga mampu mengumpul duit
dengan secukupnya. Heee... Tuhan, bantulah aku.
Hari ini, aku berjumpa dengan ibu bapa murid yang meluah
dan mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Penat
berceloteh di hadapan ibu bapa sehingga aku merasakan hari inilah hari yang
paling banyak aku bercakap. Mereka juga tidak kurang banyak benar cakapnya. Namun,
inilah tanggungjawab, amanah, tugas yang aku perlu pikul, in sha Allah. Moga aku
kuat dan diberi petunjuk oleh-Mu untuk mendidik pelajar dengan baik dan
menjadikan mereka sebenar-benar manusia, Aamin.
Aku membawa pulang hasil kerja anak muridku untuk
disemak. Ya Allah, malasnya aku rasa hari ini. Cuma waktu Sabtu dan Ahad
sebeginilah waktu untuk berehat, bermalas-malas dan bersama keluarga. Namun,
kerja di sekolah harus difikir dan disiapkan juga di rumah dan pada waktu bukan
di sekolah. Risau juga mengenang anak-anak yang lemah dalam penulisan. Semoga aku
mampu mengubah kelemahan mereka.In sha Allah. Besar juga harapanku buat
anak-anak itu.
Kasihan tunangku yang demammm. Moga dia sentiasa dalam
jaga-Nya.Rindu itu nikmat. Hehehe. Tapi, aku terkejut juga dengan mainan
tunangku hari ini. Apakah? Aku sedaya upaya mengawal rasa cemburuku dengan hal
yang ditipunya.Geram juga aku mengenang ‘olah’ tunangku yang ‘mancal’ itu. Kalau
ikutkan hati bila ditanya oleh dia untuk membenarkannya keluar dengan rakan
sekerja yang sudah berstatus isteri orang, dan ditemani oleh Moja, aku tidaklah
juga aku menghalang. Pelik juga aku apabila isteri orang mengajak lelaki bujang
keluar. Belum pernah rasanya aku jumpa di sekolah aku begitu. Tidak gemar juga
aku apabila ada sesetengah perempuan yang jenis suka mengajak-ajak lelaki ni. Hahahha.
Sensitif.Ajak kahwin tak apa. hahaha. Kadang-kadang perempuan ni, ada yang tak sedar diri. Kalau dia keluar
dengan kawan lelaki bukan main bolehnya. Kalau teman lelaki dia keluar dengan
kawan perempuan, tahu marah, tapi tak sedar perangai sendiri pun sebegitu rupa.
Malah, lebih teruk kerana tidak malu mengajak-ajak lelaki. Sabo je laaa...
semenjak aku berstatus tunang orang ni... rasanya tidak pernah lagi aku keluar
dengan kawan lelaki. Aku perlu jaga ikatan ini baik-baik kerana aku telah
merasakan yang namanya pertunangan ini bukannya mainan. In sha Allah, jika jadi
isteri, lagilah aku perlu jaga nama dan maruah suami aku... tidak sabar pula rasanya
aku untuk menghabiskan sisa Februari dan pada hujung Februari meskipun 29hb
tiada, namun tarikh lahirnya yang istimewa itu tetap ada bagiku. MFIMP29288.
No comments:
Post a Comment
common!