Tuesday, January 21, 2014

Selasa dan Rabu nan gundah nan Indah :D

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Setiap hari aku bergelumang dengan zikir terapi indah yang membuat jiwaku yang resah jadi berserah. Alhamdulillah, acara semalam berjalan dengan lancar meskipun konsultan dari Frog Asia dihentam teruk oleh Ummi yang menyayangi rakan-rakan kerja bawahannya. Konsultan itu pun bekerja, maka aku faham dia pun menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin, namun keadaan kami sebagai guru di SainsKu tidak dia ketahui dan selami sendiri. Jika dia bekerja di sini, dia akan tahu rasanya. Teringin pula aku memintanya untuk menjadi aku buat seminggu. hehehehe. Setelah mesyuarat Frog semalam, membuatkan aku semakin sayang akan Ummi. Akan ku cuba buat yang terbaik untuk sekolah dan anak-anak yang aku kasihi. Aku pulang lewat lagi.

Pada waktu petang dan malam merupakan waktu rehatku dan waktu untuk aku menonton dan membaca buku. Aku masih membaca buku komsas tingkatan dua dan buku srikandi Aminah. Seronoknya membaca. Membaca menjadikan aku hidup dalam duniaku sendiri. pada hari ini, alhamdulillah, aku tiba selamat di sekolah dan baru aku teringat bahawa aku perlu menghantar beberapa dokumen PBS BM Tingkatan 1 untuk tunangku dalam email. Aku usai sahaja mengajar Miss Rabiah untuk menggunakan widget dalam frog. Ada perkara baharu yang aku belajar semalam iaitu cara untuk memuat naik slaid.

Malam semalam, aku menerima mesej daripada tunangku. hehehehe. Malamku tersenyum suka sehingga ke pagi. Aku membiasakan perutku tidak berisi di sekolah supaya aku boleh menyimpan duit untuk kahwin. Namun, hari ini aku membawa minuman oat 3 in 1 untuk mengalas perutku. Aku harus berjimat cermat mulai bulan ini sehingga hujung bulan kelak. Serasanya mahu berkahwin ala-ala "Diana Amir". Moga-moga aku boleh berkahwin pada hujung tahun ini. hahahahha :D Bukannya gelojoh, tapi.......

Aku verangan dulu :D






No comments:

Post a Comment

common!