Monday, January 20, 2014

Isnin dan Selasaku

Alhamdulillah. Hari Isnin. Hal yang paling indah pada malam ini ialah berbuka puasa dengan kek keju buatan sendiri. Sedap!!! Hahahah. Nikmat berpuasa mungkin yang menjadi penyedap kek itu. Aku ubah resipinya menjadi resipiku sendiri dan hasilnya menakjubkan! Aqil dan Aqilah pun bertambah makan kek yang aku buat. Puji sendiri bukannya selalu. Serasa mahu membuat kek cheese sempena ulangtahun ke-4 MFiRA, 05.02.10 – 05.02.14. Jika aku kirim ke JB, masih sempurna dan kekal sedapkah kek itu? Masih memikir risikonya. Hahahha. Aku hanya mungkin mengirim sekali untuk hari lahirnya kelak, yakni sekaligus. Maka, aku tidak perlu menerbangkan barang itu untuk dua kali. Hmmm... aku juga bercadang untuk membuat agar-agar oreo lagi tetapi untuk anak muridku di tingkatan tiga pula.

 Usai maghrib dan mengaji surah Ar-Rahman mengingatkan aku semasa berada di zaman universiti. Kawan sekelasku, yakni kawan yang sama mengambil pendidikan Bahasa Melayu yang digelar ustaz, lazimnya menjadi imam di surau KHAR, kolej kediamanku. Ketika beliau menjadi imam, beliau sering memilih surah Ar-Rahman untuk dibaca dalam solat. Beliau membacanya beriring tangis. Subhanallah, beliau mengerti akan makna ayat dalam surah tersebut. Sedangkan aku, perlu menyelak helaian tafsir untuk membaca maknanya. Kini, aku mengerti hal yang membuatkan beliau bisa mengalirkan air mata. Aku dengar, beliau sudah memperisteri seorang wanita yang berpurdah, alhamdulillah. Moga sentiasa dalam redha Allah.

Baru-baru ini, lapan orang murid telah dibuang sekolah dek kes membeli minuman keras dan mabuk di asrama. Kata mereka, kononnya mahu meraikan perpindahan kawan ke sekolah lain, namun didapati terdapat murid beragama Islam juga terlibat sebagai pengedar dan peminum. Hal ini turut merisaukan aku sebagai salah seorang guru kerana dalam kalangan anak murid aku di tingkatan dua, terdapat anak yang kehidupannya miskin tegar, malah bapanya seorang pemabuk. Aku memasang niat untuk mendekati murid tersebut dan berharap dia akan menjadi anak yang bukan sahaja bahagia dunia, malah di akhirat. Tiba-tiba aku rasa kagum dengan seorang guru lelaki awal 30-an mungkin yang sangat jarang kelihatan di bilik guru kerana semua guru mempunyai bilik subjek masing-masing, al-maklum la sekolah aku itu mengamalkan system Subject Best Classroom. Guru tersebut merupakan warden yang menguruskan masalah disiplin di asrama dan kebanyakan murid sangat takut kepadanya. Bagus jugalah kerana dalam kelompok guru, perlu ada guru yang digeruni untuk mengawal murid yang sukar dibentuk tingkahnya. Beliau pada penglihatanku sangat menjaga jurang sosial antara rakan guru. Beliau bertegur dan berkawan dengan rakan sekerja perempuan, namun tidak rapat, tidak begitu mesra dengan perempuan dan bekerja secara profesional. Beliau turut mempunyai isteri yang sangat cantik pada penglihatanku dan anak lelaki yang sangat comel. Aku cuma mengagumi cara beliau bersosial dan menjaga status beliau sebagai seorang suami dan bapa. Bukan mudah melihat tingkah yang perlu dicontoh oleh orang lain. Namun, itu pada pandangan aku, di luar pandangan aku? Wallahualam. Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi aku yang maha hina ini. Tetapi daripada hal yang aku saksikan, dengar, rasa, aku banyak belajar tentang realiti kehidupan. Di samping itu, aku juga pernah dengar, dalam kalangan guru pun ada yang berskandal lagi-lagi yang sudah berkahwin. Hal ini sebenarnya berbalik kepada akar, yakni sesiapa yag mempunyai dan berusaha dalam mendapatkan kekebalan iman dan mengutama yang Utama, in sha Allah, hidupnya dipelihara dunia dan akhirat, aaminnn. Teringat aku cerita KCB yang penuh hikmah dengan pembawaan kisah cinta yang hebat mengikut hukum sebenar.

Hari Ahad kelak merupakan hari ramalan untuk kawanku Miju, melahirkan bayi keduanya. Aku berdoa moga proses mengeluarkan bayi berjalan dengan lancar dan selamat. Aku terus terfikir fasal umurku yang bakal menjangkau 26 tahun. Angka yang menggerunkan dan tidak aku gemar mendengarnya. Aku berdoa dan berharap pada umur ini, aku akan bertukar status dan mempunyai kekasih halal, dengan izin Allah, aaminnn.. hehehehe. Pada bulan 12, aku dapat menyimpan RM500, dan pada bulan Januari ini, aku berhasrat untuk menyimpan RM500 lagi. Alhamdulillah, hutang sudah dilangsaikan.hehehe. bil air sebanyak RM79 yang tertunggak juga sudah dilunaskan. Pada bulan ini, bil elektrik ku lihat sebanyak dekat RM100. Aku percaya, dengan membantu dan menyenangkan orang lain, kelak kita juga bakal disenangkan. In sha Allah, membantu tanpa mengharapkan balasan, itulah yang dinamanya ikhlas.

Salah satu hal yang membimbangkan aku berada di rumah sekarang ialah sikap bapa yang suka melanggar pantang. Segala makanan yang selama ini dikawal oleh emak dihentam dan dibedalnya pada minggu ini. Batuknya makin menjadi, perutnya mengembung dan dia tidak peduli itu semua, asalkan makanan yang dimakannya sedap. Malam ini, aku tertangkap bapak makan telur yang direbusnya sendiri dan makan ketika orang lain tidur, khususnya mem besanya tidur. Aku mengintip di dapur dan melihat bapak makan telur rebus yang boleh menyebabkannya gout. Tapi, sejak bujang lagi, telurlah makanan kegemaran bapak. Bapak sejak kebelakangan ini tidak mahu makan nasi. Kelak aku cuba beli beras mahal yang sedap dimakan, mungkin bapak kelak mahu makan nasi. Kalaulah emak tahu hal yang bapak perbuat malam ini, pasti mak bising. Dan bijak pula bapak menyembunyi evidens kulit telur kerana tidak dapat dikesan kewujudannya.. =,=” Ya Allah, jadikanlah makanan yang dimakan oleh bapak itu tidak mendatangkan mudarat dan sakit kepadanya. Aku tahu, jika bapak sakit, emaklah insan yang akan berjaga dan bersusah untuknya. Kekadang, aku tidak faham, manusia memang suka melawan dan membuat hal yang mereka sudah tahu tidak baik untuk mereka. Mungkin seperti itu juga halnya mak bapak apabila mendapat tahu aku mempunyai ‘gerek’ pasti mereka juga bimbang. Bapak pula sememangnya menginginkan aku untuk kahwin awal kerana aku merupakan anak perempuan yang beliau kira manis sekiranya dihalalkan dengan kadar segera. Dan mungkin begitulah bimbangnya aku ketika menghadapi mak bapak yang mempunyai penyakit dan bapa pula sukar dikawal perihal pemakanannya. Emak baru-baru ini diserang darah tinggi, tapi mak pandai mengawal makannya. Hmmm.. baru aku ingat, malam tadi, aku makan buah mangga yang sangat besar dibeli oleh mak di pasar minggu. Wah! Rasanya seakan mempelam. Masam-masam manis! Sedapnya! Memang sedap! Dulu, aku tidaklah suka sangat akan buah-buah masam, mungkin berjangkit dengan makanan kesukaan tunangku. Pasti pada musim perayaan tahun baru Cina ini, encik tunang gigih membeli berkotak-kotak buah mandarin untuk dibedal! HAHAHAHAHA. Hantu buah oh hantu buah. Oh ya! Aku baru teringat juga cerita mak petang tadi semasa emak dan aku sama-sama mengangkat kain jemuran. Mak berkata bahawa kera-kera di belakang rumah sudah berani merayau di kawasan belakang rumah dan mendekati pokok buah. Mak beritahu lagi, “bunyi kera itu seperti memanggil-manggil dirinya sendiri, rak rak rak rak rak”,.. cerita mak kepadaku. HAHAHAHHAA. Terasa aku dengan panggilan itu. Lama juga sudah tidak mendengarnya. Bagus juga. Hari ini baru ku dengar lagi. Arghhh... abaikan! HAHAHAH.

Sewaktu perhimpunan tengah hari Isnin tadi, murid tingkatan satu mempersembahkan lagu tema dan hari tersebut merupakan hari penutup mereka berorientasi. Bagiku, muridku di tingkatan dua lebih ramai yang comel daripada mereka yang kelihatannya matang-matang belaka, persis murid menengah atas. Hahaha. Aku teringat akan janjiku kepada anak-anak tingkatan dua bahawa jika kumpulan mereka dapat mempersembahkan lakonan yang baik, pembentangan yang baik dan hasil kerja yang baik (peta minda dalm kertas mahjung dan skrip lakonan berdasarkan cerpen tingkatan dua), aku akan memilih satu kumpulan untuk dibawa keluar makan. Hahahaha. Sekurang-kurangnya anak muridku bersemangat dan menghasilkan kerja yang berkualiti walaupun kurang ikhlas (ikhlas itu sepertinya semut hitam berjalan di atas batu bewarna hitam). Hahahaha. Bersangka baiklah aku :p Aku juga mahu menjadi guru yang sedikit tegas pada tahun ini, kerana aku bercita-cita untuk melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja dalam subjek Bahasa Melayunya bahkan dalam bidang agama, In sha Allah. Aku akan memohon resit saman dan dimerit daripada cikgu Maselin selaku guru disiplin sekolah. Aku juga berharap dapat menjadi contoh yang baik untuk muridku yang aku kasihi meskipun mereka kekadang membuat aku mabuk dan pening dalam kelas. Mungkin orang fikir, murid yang terpilih di sekolah aku ini pandai-pandai dan baik-baik belaka. Mengajar mereka mempunyai cabaran tersendiri, lagi-lagi sekolahku padat dengan aktiviti dan majlis serta mesyuarat yang tidak henti-henti. MashaAllah, ku kira panjang sudah ceritaku malam ini. Moga ada masa terluang lagi. Andai dunia bisa ku lupa buat seketika. Masa untuk FROG VLE. Ongggdeygeyydekkk! Erghhhh...


Hari Selasa! Wowww! Hari ini pun aku nampak lebih tinggi daripada yang lain dek kasut wedges ku ini! Aku sempat membawa kek cheese untuk rakan-rakan kerja. Pagi tadi aku sempat merempit babyozku dengan memakai topi tunangku. hahaha. kak Zarina ketawa dengan olahku dalam kereta kerana dia ingat ada lelaki yang menghantar aku ke sekolah. hahaha. Pergh... aku risau akan urusan mesyuarat pada hari ini bersama consultant Frog Asia. Moga Allah beri kesabaran dan kemudahan. Hari ini aku rasa, aku dapat mengajar lebih baik daripada semalam. Alhamdulillah, tuhan... berikan aku kekuatan dan aku tahu Kau mengetahui segala doaku. Aamin... Lop u Allah ;)

Tiba-tiba, aku terkenang zaman kejahilanku di UPSI. hehehe. Slow it down, make it stop, or else my heart is going to pop!


No comments:

Post a Comment

common!