Wednesday, January 22, 2014

Duniaku, Akhiratku










Aku merasa sangat malas untuk menulis pada hari ini. Tidak tahu mengapa. arghhh.. Alhamdulillah, dua kelas sudah selesai, tinggal satu kelas sahaja lagi. Hasil kerja murid tingkatan sangat baik manakala di tingkatan tiga ada yang baik dan tidak kurang juga yang sederhana sahaja. Namun ada hal yang membuatkanku sedikir senang hati melihat perubahan sikap Hamsani, Zulfadhli dan Auztine. Semoga anak-anak itu terus mampu ku bawa untuk berjuang dengan jaya. Aku juga telah berjanji kepada anak-anak tingkatan dua yang terpilih untuk kubelanja makan dan bawa keluar dari sekolah kelak.

Di kelas tingkatan 3 pula, aku belum mampu kawal dengan baik lagi-lagi dengan Farizuan, Haziq dan Shahrul Khan. Semoga Allah membuka hati mereka dan melembutkan hati mereka agar bisa menerima pengajaran dan teguranku. Bercakap tentang teguran, aku baru sahaja menegur menerusi tulisanku di papan putih tentang kebiadaban pelajar tingkatan lima yang hanya pandai menggunakan kelasku semasa prep malam, namun kelasku semacam tempat pelupusan sampah dibuat mereka. Aku dengan nada sakit hati menulis....

“Pesanan sayang buat pelajar yang menggunakan kelas ini pada waktu malam. Sila jaga kebersihan kelas. Susun semula meja setelah dialih. Terima kasih kerana selalu menyakitkan hati orang lain. Semoga jiwa suci kalian dapat menjawab SPM dengan aman dan tenang kelak. Hanya Allah yang mampu membalas jiwa suci kalian. Terima kasih.

Alhamdulillah, kelasku pada hari ini sedikit bersih meskipun ku tahu ada sirna sakit hati mereka kepadaku kerana di atas kerusi guru ada sampah kecil yang seolah-olah sengaja diletakkan di situ. Tidak mengapa, tuhan kan ada. J 

Semalam, tunang aku memberitahu bahawa emaknya masuk di wad kecemasan. Allah…terkejut aku. Semoga mak cik Harfah baik-baik sahaja dan diberi nikmat sihat dan bahagia yang berpanjangan. Semoga tunangku diberi kekuatan dan sabar yang tinggi dalam mengharungi kancah kehidupan dan ujian daripada-Nya. Tuhan, permudahkanlah dia dan keluarganya dan lingdungilah keluarga kami daripada segala hal yang tidak baik. Aku berharap tunangku dapat berpindah ke Kuching kelak. Aamin…

Banyak lagi hal yang aku perlu pelajari untuk meningkatkan ilmu diri dan untuk disebarluaskan kepada anak-anak kesayanganku. Semoga aku terus kuat, sabar dan istiqamah. Tuhan, bimbinglah hamba-Mu ini. Dalam merasa ingin cepat berkahwin, aku juga muhasabah diri bakal menjadi jenazah...





No comments:

Post a Comment

common!