Tuesday, January 7, 2014

DUNiA MAHUnya APA?

Hari ini aku pulang lewat lagi. Hampir maghrib aku tiba di rumah. Aku merasa hampa kerana gagal lagi membayar bil air pada hari ini. Aku ingatkan, aku boleh bayar melalui maybank2u saja, tetapi tiada sistem bayaran di bawah JKR di maybank2u. Maka, aku mencuba nasib untuk membayar bil itu pada esok hari meskipun tempoh membayar bil itu tamat pada hari ini. Sedihnya hatiku.

Dalam perjalanan pulang dan sewaktu bermesyuarat tadi, aku sempat berfikir dan membayangkan nasib guru yang sudah berkeluarga. Ada suami, isteri dan ada anak-anak. Sungguh aku yang bujang ini, mengeluh dek bebanan kerja. Apa lagi kakak-kakak dan encik-encik cikgu yang sudah berumur dan berkeluarga. Aku datang ke rumah dan merasa penat yang amat. Bagaimana agaknya aku bisa jadi isteri dan emak yang baik terhadap suami dan anakku kelak. Mungkin juga, merekalah sumber dan inspirasi yang membuatkan aku lebih kuat mungkin?? Belum merasa dan berpengalaman. Hanya bisa menebak. :D

Harapannya, aku bisa menjadi pelengkap yang baik buat sang suami merangkum imam dan pembimbing dunia akhiratku. Aku juga berhasrat untuk menjadikan anakku manusia yang bisa menyebarluaskan agama ke serata dunia dengan ketinggian ilmu dan kemuliaan akhlaknya. In sha Allah...

Tidak salah rasanya kalau berangan terlalu AWAL? :D

Jikalaulah bisa... membuat kerja hanya di sekolah...
Lebihlah indah... berehat di rumah...
Namun, mustahilnya... bersenang lenang di rumah...
Gegaran otak masih memikirkan anak dan kerja sekolah =,="
 Tangan masih menari menaip kerja sekolah, kerja sekolah dan kerja sekolah. Sekian. Nikmatilah sesedap rasa ;)







MENYINDIR AKUKAH??? HAHAHA. 
YA, AKU JUJUR. AKU TIDAK MAMPU UNTUK BERBOHONG. HEHEHEHEEEE.

No comments:

Post a Comment

common!