Wednesday, January 1, 2014

peRASAan

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perasaan hari ini resah, gundah, simpati, sedih, kosong, sunyi... Hari ini, aku berkesempatan berjumpa, berbicara dan menyelami hati mak bapak kepada anak yang kurang bernasib baik. Hidup mereka susah, wajah mereka juga menampakkannya. Emak kepada anak comel itu menitiskan air matanya di hadapanku. Bapa kepada anak perempuan itu pula bercerita perjalanannya yang sukar semasa ke sekolah. Aku cuba menjadi pendengar yang baik, dan in sha Allah, aku berusaha semampu aku untuk menjadi murabbi yang baik kepada anak2 itu di samping membantu apa yang patut. Aku diamanahkan oleh mereka untuk memegang duit dan buku bank anak yang ditinggalkan jauh itu. Ya Allah, permudahkan urusanku dan tabahkanlah hati kami dalam menempuh ujian. Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan redha.

Hari ini juga aku rasakan sepi, sunyi dan kosong sekali suasana di rumah. Semua anak-anak sudah pulang ke rumah masing-masing. Uzma pula sudah bersekolah asrama. Tinggal Qilah dan Aqil sahaja di rumah. Mak pula masih dengan batuk, selsema dan sakit tekaknya. Bapak masih juga dengan sakitnya yang kadang-kadang baik, dan dalam sekelip mata boleh jadi tidak baik. Moga Allah selalu menjaga mereka dan ahli keluargaku yang lain dengan baik, Aamin...

Esok bermulanya tugas mengajar dan berinteraksi dengan murid di hadapan kelas. Maka, aku belum sepenuhnya bersedia dengan segala bahan dan ilmu. HEHEHE. Perlu banyak belajar kerana pada tahun ini, aku mengajar tingkatan yang berlainan. Maka, isinya juga berlainan meskipun dasarnya sama. Esok juga aku bakal memandu ALZA Nicole untuk mengambil keluarga kak Win di lapangan terbang. Mereka akan bermalam dan menyiapkan barang hantaran di kuarters guru dan bakal bertolak ke Sebuyau pada hari Sabtu. Aku juga turut terlibat sebagai ahli rombongan meminang. Rindu dan terkenang pula kenangan rombongan meminang ke rumahku pada 12.12.13. Rindu Encik Tunang.

Sewaktu perjalanan dalam kereta, cap sayang yang berwarna ungu itulah selalu menemani dan berfungsi sebagai penawar rinduku kepadanya. Sungguh, aku rindu akan wajah itu, suaranya, manjanya, nakalnya, marahnya, cerewetnya, cerianya sehingga aku menangis melihat cap itu sendiri. Aku juga kerap bermimpi akannya sewaktu tidur. Ya Allah, kau jagalah dirinya baik2 bsama keluarganya. Aku mengagak pada bulan 1 ini, aku boleh menyimpan sebanyak RM1000, in sha Allah, dan untuk bulan seterusnya bagi jumlah yang sama. Ya Allah, Kau permudahkan urusan kami untuk mengahalalkan hubungan kami. Aaminnn.. Ya Allah, aku tahu, bahagia itu bukan untuk selamanya di dunia.. Perkahwinan itu juga bukan bermulanya kebahagiaan, namun bermulanya tanggungjawab kami sebagai hamba-Mu... Aku tidak meminta banyak untuk perkahwinanku kelak ya Allah, jika Kau restu aku berjodoh dengannya. Aku cuma mohon berkat dan kami bisa melengkapi antara satu sama lain. Susah dan senang bersama-sama. Aku mahu menjaganya sebaiknya ya Allah. Izinkan aku.

Ya Allah, masih ramai lagi yang hidupnya susah, sakit, kurang bernasib baik dengan diriku. Ya Allah, Kau kuatkanlah kami dalam menempuh ujian-Mu. Ya Allah, Kau jadikanlah kami insan yang bersyukur dan tetapkanlah iman kami ya Allah. Ya Allah, tiada lain tempatku meminta, hanyalah kepada-Mu.... Aamin :"(

No comments:

Post a Comment

common!