Thursday, January 2, 2014

02.01.2014

Salam. Alhamdulillah. Aku masih diberi kesempatan untuk bernafas percuma di bumi azzawajjalla... Awal pagi, aku dikejutkan dengan satu SMS daripada seorang junior UPSi, tempatku belajar dahulu. Ya Allah, sms'nya membuatku sangat terkejut. Hanya Allah sahaja tahu betapa dasyatnya isi kandungan SMS tersebut meskipun sms itu tersalah hantar kepadaku. Aibnya... Aku terkejut dan tidak menyangka. Ya Allah... mungkin perkara itu normal bagi lelaki. Namun, agak geli juga aku membaca isi sms tersebut. Si pengirim meminta maaf kerana salah hantar, namun aku pula malu untuk membalas semula. grrrrr... Abaikan.

Suasana kerja hari ini sangat serabut. Aku berkenal-kenalan dengan anak-anak baharu dan mengajar tingkatan dua dan tiga pada tahun ini. Moga aku bisa mengajar dengan sebaik mungkin. Hari ini aku rasakan masih kosong dan otakku agak berkarat. hehehe. Esok pula, nazir akan datang ke sekolah dan melihat guru-guru SainsKu mengajar dan memeriksa buku RPH para guru. GULP~ Baru dua hari bermulanya sesi persekolahan. Ya Allah, berikan aku ketabahan. Kompang oww kompang. Aku perlu survey kompang untuk dibeli. Frog oww frog. Urusanmu masih banyak dan tertangguh.

Petang ini, aku bukan setakat mencuba memandu Alza, malah aku juga memandu Triton persis lori bunyinya. hehehe. Seronok. Namun, lagi sedap memandu Babyoz sendiri. Alhamdulillah, urusan mengambil rombongan ahli keluarga kak Awin yang berjumlah 7 orang, alhamdulillah, selamat. Urusan hari Sabtu pula bakal menjelma. Moga dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment

common!