Tuesday, December 31, 2013

1 Januari 2014

Subuhku hari ini dikejutkan oleh bapak.. Usai subuh dan mengaji, aku rasa mahu menyambung lenaku lagi kerana tgahari kelak aku akan ke sekolah mengurus pendaftaran anak-anak asrama memandangkan aku sekarang diberi tanggungjawab menyelaras murid tingkatan 2. Lena dalam dua jam, aku dikejutkan sekali lagi oleh bapak kerana bapak mahu ke laut. Maka, tanpa mandi, aku pun membawa bapa menyaksikan laut. Setelah itu, bapak mengajak aku mencari surat khabar KEADILAN. Semalam, aku dah belikan bapak surat khabar HARAKAH dan pada masa itu S.K Keadilan sudah habis. Dalam keadaan tidak mandi aku membawa bapa ke pasar semata2 mahu mencari surat khabar keadilan. Namun, hari ini juga surat khabar itu tidak ada.



Aku bersiap-siap ke sekolah. Hari ini aku akan merasakan pengalaman pertama mengurus pendaftaran murid berasrama penuh. Moga segala urusan berjalan dengan lancar hendaknya. Kakak Win pula menelefon meminta aku membawa kipas untuk digunakan oleh ahli keluarganya yang akan bermalam di kuarters. Aku juga akan menjadi salah seorang ahli rombongan meminang orang Sebuyau. Aku dan Nicole bakal ke Sebuyau pula pada hari Sabtu ini. Moga majlis berjalan dengan lancar, in sha Allah ;)

No comments:

Post a Comment

common!