Awal pagi esok, aku bakal menolong dan menyertai kak Awin dan keluarganya menghantar rombongan dan hantaran meminang bagi pihak adik lelakinya. Pada mulanya aku rasa tidak perlu pergi, namun ahli keluarga kak Awin kebanyakannya terdiri daripada lelaki, maka kehadiran aku perlu untuk membawa salah satu daripada 7 dulang. Meskipun abang dan adik kak Win lelaki, mereka ku lihat pandai menjaga pergaulan. Nak duduk dekat dengan perempuan pun tidak, apatah lagi mahu bergambar. Maka, aku tidak risau sangat akan itu. Jenis lelaki yang mudah sangat mesra, melayan, bersayang2, tidak merasa malu duduk dekat dengan perempuan, tidak malu bergambar berdua memang senang dicari. Sebaliknya pula, sukar ditemui. Namun aku sendiri sedar, aku dahulu pun begitu punya gambar berdua bersama kawan lelaki, tetapi sekarang, in sha Allah biarlah aku menjauh daripada lelaki dan perempuan yang sukar untuk dipercayai dan tidak memahami perasaan orang lain jika keadaan dan hal itu di pihak mereka. Semakin aku dewasa, semakin itu juga aku perlu memahami rasa orang lain. Aku sudah mempunyai kawan baik dan kawan yang sangat aku percayai (miju, fey, epa, nicole, dant, chris). Rombongan esok bertemakan 'PINK'. Pengalaman baharu untuk hari esok menjadi ahli rombongan meminang sedangkan sebelum ini, aku yang dipinang. hehehehe. Rasanya masih baru sahaja menjadi tunangan orang. In sha Allah, akan aku jaga pergaulanku di mana sahaja aku berada tidak kira aspek pandangan, hati dan tingkah. Moga Allah juga memelihara tunangku yang berada di sana. Mungkin 'senyap' dan 'sepi' sebegini lebih baik. Bangun awal esok! Betulkan niat... Moga Allah mempermudahkan urusan mereka pada esok hari.
Selepas pulang dari Saratok dan Sri Aman, aku bercita-cita pula untuk memandu dan melancong lebih jauh. hehehe. Moga akan tiba masanya kelak. Esok Sebuyau. Maludam, Sarikei dan Sibu, mu tunggu aku akan datang. Kapit, Bintulu dan Miri aku dah pergi. Maka, abaikan! hehehe.
Selepas pulang dari Saratok dan Sri Aman, aku bercita-cita pula untuk memandu dan melancong lebih jauh. hehehe. Moga akan tiba masanya kelak. Esok Sebuyau. Maludam, Sarikei dan Sibu, mu tunggu aku akan datang. Kapit, Bintulu dan Miri aku dah pergi. Maka, abaikan! hehehe.
Inspirasi shukachinta ;)
Dia satu-satunya yang aku cinta. Dua-dua COMEL kan???
I HATE U! BUT...
I LOVE U SAYANG
I MISS YOU
.jpg)

No comments:
Post a Comment
common!