Alhamdulillah. Sebelum pulang dari sekolah tadi, aku mengemaskini fail persediaan mengajar agar minggu hadapan aku tidak kelam kabut dan harapannya fail itu lengkap serta tidak menimbulkan ketidakpuasan hati nazir yang bakal memeriksanya. Aamin. Fail transit PBS dan fail individu murid juga aku kemaskini semampu mungkin kerana terlalu banyak. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. PPGB oh PPGB. Aku kini sedang mengumpul segala surat-menyurat berkenaan aktiviti dan kursus yang pernah aku jalani sepanjang tahun 2013 dahulu. Surat perakuan dan persetujuan FROG VLE juga perlu aku buat untuk diberi kepada guru dan ibu bapa. LDP untuk guru dan ibu bapa perlu aku atur juga. BERATNYA KEPALA memikirkan segala ini. Periodku lebih awal daripada biasa. Sedikit pening dan sakit pinggang. Cepat letih dan tidak bermaya pula aku rasakan hari ini.
Apabila berada dalam kereta, zikir Hafiz Hamidun akan menemaniku tidak kira di mana sahaja aku pergi. Jarang sudah aku mendengar siaran radio. Terima kasih insan yang memberiku cakera padat zikir tersebut. Zikir itu aku kira membantu aku untuk menenangkan hari-hariku. Alhamdulillah. Lama juga rasanya tidak ber'facebook'. Yelah tu... lama... belum punya hati untuk membukanya. Semacam tidak perlu. Namun, kak Ita selalu memberitahu tentang kerja sekolah di FB. Tidak mengapa, Nicole kan ada.
Di sekolah tadi, aku menerima 'sms' daripada kak Kate, iaitu saudara kepada tunangku. Dia ingin menyewa dulang hantaran yang tunang aku berikan dulu untuk kawannya. Aku sebenarnya malu untuk menyewa dulang itu, namun Kak Kate juga menyarankan agar aku menyewakan dulang beserta lapik tersebut. Maka, hasil sewa itu kelak, akan ku masukkan dalam tabung kahwin. HAHAHA =D Moga makin maju sewa beli ku kelak agar aku cepat kawin. HAHAHA =D Semakin cantik pula cincin yang kulihat kemas di jari manisku ini. Terima kasih Encik Tunang. Cincin ini menjadi penguat cinta, setia dan rinduku kepadanya apabila aku menatapnya penuh harap. In sha Allah... Meskipun kita masing-masing menyepi, aku selalu menitip doa kepada Ilahi agar dikau sentiasa dalam jaga-Nya di sana. Rindu pula aku dengan mak cik Harfah, Udak, mama dan abah. hehehe. Tetiba! Moga dengan doaku, mereka juga turut bisa merasa rinduku. I LOVE U!
No comments:
Post a Comment
common!