Segala puji bagi Allah. Allah masih memberiku kepercumaan untuk bernafas di muka bumi-Nya. Dia masih menghidupkan aku semasa, selepas perjalanan dari Kuching ke Sri Aman-Saratok-Sri Aman-Kuching. Kini, aku diberi peluang olehnya ke tempat asal tunangku, MALUDAM. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku menjejaki bumi itu. Aku memang tidak menyangka sama sekali hal ini terjadi pada minggu ini. Senyum ;)
Aku menyertai rombongan meminang yang aku fikir berlaku di pekan Sebayau, kata kak Awin. Aku pula tidak ambil kisah di manakah letaknya Sebuyau itu. Aku cuma bersetuju menolong dan menjadi salah seorang ahli rombongan yang membawa dulang hantaran.
Pagi ini, 04.01.2014, aku bangun kira-kira pada pukul 5 pagi dan bersiap-siap hampir lebih setengah jam dengan memakai baju bertemakan PINK. Aku memulakan perjalanan dalam pukul 5.47 dan memecut laju ke sekolah kerana Kak Awin meminta aku untuk datang pada pukul 6. Aku gerak agak lewat sedangkan perjalanan ke sekolah memakan masa hampir sejam. Maka, aku memecut lebih 100km/j untuk sampai ke sekolah. Alhamdulillah, aku sampai dalam pukul 610 minit lewat. hehehehe. Teruknya aku. Nasib baik, Kak Siti dan suaminya yang mengetuai rombongan pun datang lambat juga. Seterusnya, kami pun bergerak ke Samarahan dan sebelum itu mengisi minyak di stesen minyak Shell. Suami kak Siti memecut laju dan menyebabkan aku, kak Awin dan adik iparnya yang duduk di kerusi belakang terhentak kuat. Jalan juga berbukit-bukit dan tidak rata.
Kami menggunakan jalan belakang dengan tidak menaiki feri di Samarahan kerana takut air sungai surut. Agak jauh perjalanan untuk sampai ke feri menuju Sebuyau. Dalam perjalanan itulah, aku baru tahu bahawa orang yang ingin ditunang itu berasal dari Maludam. Makanya, aku rupa-rupanya dalam perjalanan untuk menuju Maludam. Ya Allah. Aku terkejut kerana tidak menyangka akan ke situ kerana aku hanya diberitahu pergi ke Pekan Sebuyau. Aku pun menghantar 'sms' kepada mak cik Harfah iaitu mak kepada tunangku akan kedatangan aku ke Maludam. Puan emak pun gigih menelefon saudara-saudaranya yang berada di sana. hehehehe.
Setelah melalui feri ke Sebuyau, kami singgah di kedai makan dan menikmati udang segar goreng tepung yang sangat sedap. Aku apa lagi, siap minta resipi! heheh. Kami pun meneruskan perjalanan untuk menaiki feri ke Maludam pula. Penatnya kami tidak terkata. Kasihan juga aku melihat nenek dan mak kepada Kak Awin yang kelihatannya penat. Alhamdulillah, kami selamat tiba dan selamat juga majlis pertunangan tersebut. Aku sempat bersua dengan mak mok dan kak Ika serta anak-anaknya. Maludam nampaknya dilanda banjir apabila air pasang pada waktu petang. Mak mok susah-susah mengirimkan ikan masin, sos dan beberapa lagi jualannya kepadaku manakala kak Ika memberiku udang beku. Baik sungguh mereka kepadaku. Aku pula yang tidak tahu akan ke Maludam tidak membawa apa-apa buah tangan untuk mereka. Teruknya! haha. Aku juga berjumpa dan berkenalan dengan mak mok sebelah bapa kepada tunangku. Adat meminang di kampung ini lebih kurang semasa pertunangan aku dahulu. Cuma, al-wakil pihak perempuan banyak berpantun dan berkata. Sekejap sungguh rasanya keberadaan aku di Maludam kerana selesai sahaja majlis, kami terus berangkat pulang. Aku sempat melihat kawasan kubur, tempat di mana bapa kepada tunangku disemadikan. Semoga allahyarham tenang bersama-Nya.
Aku juga sempat membeli gula apong, tepung lemantak dan jagung dari Maludam untuk dibawa pulang sementara menunggu kedatangan feri. Sewaktu kelibat feri nampak, ahli kereta Citra baru perasan tayar kereta tersebut pancit dek tusukan paku. Dalam keadaan kelam kabut, mereka berjaya juga menukar tayar tersebut kepada tayar simpanan. Al-maklum adik-beradik kak Awin ramai lelaki. Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Pekan Sebuyau. Tiada apa berharga ditemui kerana pekan itu juga selepas dilanda banjir. Dalam perjalanan pulang dan setelah melalui feri termasuk feri ke Samarahan, kami singgah di masjid untuk solat jamak. Usai itu, dalam perjalanan ke sekolah, kak Awin sempat bercerita tentang keluarganya yang tidak suka akan pilihan adiknya itu, yakni tunang kepada adiknya disebabkan permintaan tunang dan kahwin yang melampau kata mereka. Tunang adiknya itu memang cantik orangnya dan kata mak cik Harfah, tunangnya itu merupakan sepupu sebelah keluarga bapa kepada tunangku.
Kak Awin bercerita, pihak perempuan meminta sebanyak 1K lebih untuk tanda bertunang. Selain itu, sara semasa tunang diberi sebanyak RM500 sebulan. Wah! Aku baru tahu bahawa tunang kita perlu memberi duit sara. Errr.. Janggalnya. Tiada dalam syarak. Lebih baik aku minta tunang aku kumpul duit untuk kahwin daripada memberi aku duit sara melainkan meminta aku untuk menyimpan duit tersebut untuk kahwin. Semasa kahwin pula, perempuan tersebut meminta sebanyak 5K untuk mas kahwin dan 10K untuk hantaran. Grrr.. Takutnya aku mendengarnya. Memang benar, tiada yang percuma di muka bumi ini dan tiada yang murah juga senang didapati. Namun, kita perlu memikirkan keadaan dan kemampuan orang lain dan mengelakkan diri daripada sifat suka meminta-minta apatah lagi secara berlebihan dan membebankan orang sedangkan hal itu sepatutnya dipermudah. Hal ini juga mengundang fikiran negatif orang sana terhadap orang kita. Ada orang kata, perbelanjaan dapur sepatutnya ditanggung sepenuhnya oleh pihak lelaki. Namun, zaman sekarang rasanya memerlukan pertolongan daripada pihak perempuan juga. Maka, sebab itu aku mengumpul dana untuk berkahwin. Semoga perancangan untuk berkahwin tanpa pelamin, tanpa bersanding, tanpa bertepung tawar terlaksana kelak. Mohon restu-Mu ya Allah. Bertaubat banyak-banyak sebelum berkahwin atas dosa-dosa kami, sebelum dan semasa belum HALAL. Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah. Sekiranya dengan selalu merasa sakit itu balasan-Mu atas dosaku, aku terima ya Allah. Aku tahu, aku terlalu banyak dosa kepada-Mu dan terhadap keluargaku terutamanya emak dan bapakku. Ampunkan dosa kami ya ALLAH. Semoga dengan menjauh dan senyap sebegini mampu menjaga dan memelihara pergaulan dan batas kami yang belum HALAL. Aku serah segalanya kepada-Mu, tentang jodoh dan matiku.
Kak Ika dan mak mok sudah bertanyakan tarikh bagi perkahwinan aku dan encik tunang dan aku menjawab tidak pasti lagi. Moga aku dan dia dapat mengumpul duit dengan cukup pada tahun ini. Aku masih merasa mimpi memijak tanah Maludam hari ini. Hal yang tidak aku sangka sama sekali. Semoga aku diberi peluang oleh Allah sekali lagi untuk memijak bumi itu bersama encik suami pula ;) haha. In sha Allah. Aaminnnnn.... Baiklah, aku harus fokus kepada kerja dan menyibukkan diri bersama anak-anak. Kuatkanlah kami dan mudahkanlah urusan kami ya Allah.








No comments:
Post a Comment
common!