Monday, January 27, 2014

Malam dan Siang

Pelan strategik bagi tingkatan 2 belum siap lagi. Hahaha. Malasnya aku.. asyik menangguh untuk membuat perkara itu. Aduh! Menulis untuk diri kepuasan sendiri? Haaa.. itu aku rajin sekali. Petang tadi, Alhamdulillah, barang untuk tunang sudah aku pos.. moga sampai pada hari rabu hendaknya. Lagi cepat, lagi bagus. Aku main candy crush pula, sedangkan pelan strategic tidak kusiap lagi. Hehehe. Aku  masih gigih membaca kisah Aminah pada hari ini. Kagum aku dengan asal keluarga Nabi. Memang sepatutnya Nabi dipilih menjadi pesuruh yang mulia dek ibu dan bapa baginda juga berasal daripada keluarga yang mulia. Aku turut menghabiskan ngajiku dan insha Allah pada minggu ini sebelum kedatangan ABC, aku harap aku bisa khatam ngajiku pada esok atau lusa. Hmmm... Bagaimana pula dengan hari esok? Apakah yang Allah bakal rencanakan untuk aku dan untuk orang lain? Baikkah? Burukkah? Apa yang penting, in sha Allah, aku tidak pernah jemu berdoa dalam senang mahupun dalam susah kerana aku yakin tidak kira apa jua keadaan sekalipun, baik susah atau senang, selagi diberi nyawa, selagi itu ujian akan melanda...

Terjemahan yang aku baca pada hari ini, iaitu surah2 Makkah yang semakin mendekati penghujungnya banyak dinyatakan tentang HALAQAH, yakni hari Kiamat. Tidak terbayang aku keadaan dan suasana kiamat dengan jasad mati yang akan dihidupkan kembali oleh-Nya. Allahuakbar! Ya Allah, jauhilah kami hamba-Mu daripada azab-Mu yang amat berat dan dasyat ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami  baik yang kecil mahupun yang besar. Tetapkanlah kami dalam Iman dan Islam ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.

Esok aku bakal mengambil anak buahku Uzma di sekolah asramanya di mana kawan aku, Dant mengajar di situ. Hehehe. Tuhan sangat bijak merancang dan menentukan sesuatu yang memudahkan urusan hamba-Nya. Mudahan dengan adanya Dant di sekolah membantu aku memantau kegiatan Uzma di sekolah. Esok juga aku bercadang selepas mengambil Uzma di sekolah, aku mahu melawat kawanku, Miju yang alhamdulillah selamat melahirkan anak perempuannya pada 25 Januari 2014. Hadiah baby sudah aku sediakan awal dan aku juga ingin membawa Uzma makan di bangunan Baitulmal kerana aku masih teringin untuk makan takoyaki dan sushi. Hehehehe. Teruknya mengidam! Moga Uzma pun suka makan makanan yang aku makan. Hahaha. Tiap-tiap malam, aku mencari bahan pengajaran yang menarik dan sesuai untuk diajar kepada anak-anakku. Anak-anakku seolah tidak menerima perkataan anak yang kutujukan untuk mereka. Atau gelaran adik sesuai untuk mereka? Hahaha. Ada dalam kalangan murid tingkatan tiga yang meneka bahawa aku berumur 22 tahun. Wouuuu! Hehehehe. Kembang kempis hidungku. Astaghfirullahal’azhim. Hehehe.

Tidak sabar rasanya menunggu hari Rabu untuk merehatkan minda dan badan. Ya Tuhan, aku sepatutnya tidak patut selalu mengeluh dan terus mengeluh. Aku harus kuat menghadapi ujian hidup!

Hari Selasaku yang suram di pagi harinya. Malam semalam ada bunyi-bunyi aneh kedengaran sebelum aku benar-benar terlelap. Aku tahu, makhluk itu semalam seakan-akan mahu mengganggu. Ya Allah, kuatkan aku. Pagi ini seperti biasa, aku mendengar zikir. Kelas pertamaku hari ini pada mulanya baik dan di penghujungnya aku bertukar menjadi ‘HULK’ dek sikap pelajar yang banyak bermain-main ketika aku member arahan membuat tugas. Geramnya!!! Bagaimana pula dengan kelas selepas ini, iaitu kelas yang semalamnya ramai yang terkena rasuk. Moga baik-baik sahaja hari ini, aamin…

Kelas 2 Gama boleh tahan tingkah mereka. 3 Delta bakal menyusul. Kemudian, ada taklimat I-Think. Ada sms2 daripada kawan yang bertanyakan tentang ketiadaanku di laman FB. Hehehe. Biarlah. Aku rasa aku lebih tenang dan aman tanpa FB. Aku tidak tahu bila masa yang sesuai untuk aku ber’FB semula. Semacam malasss… biarlah dahulu sehingga tiba waktunya. Aku ingin mengambil Uzma pada petang ini dan esoknya aku juga balik lewat kerana ada petanque! Kuat2! Kemudian? Nikmai cuti!!! Lemahnya semangat aku hari ini. Lemah mental dan fizikal… Allah, Allah, Allah…



No comments:

Post a Comment

common!