Saturday, January 4, 2014

DUNiA Ohh DUNiA. Perancangan dunia sementara. Mungkin hentinya bila-bila.

Bismillah. Alhamdulillah, tahun lepas, keputusan PMR anak-anak SainsKu dalam subjek Bahasa Melayu sangat baik iaitu seramai 99 orang daripada 100 calon telah mendapat A. Hanya seorang calon telah mendapat B. Keputusan PMR bagi subjek BM kali ini nampaknya meningkat. Maka, aku merupakan salah seorang guru baharu yang mengajar tingkatan 3 pada tahun 2014 ini harus mengekalkan momentum itu. Aku perlu merujuk cikgu Sarkawi untuk meminta tunjuk ajar, bimbingan dan bertukar bahan mengajar. Moga aku mampu menjadi dan mengajar sepertinya.

Aku mengajar ketiga-tiga kelas belakang, 3 Delta, 2 Gama dan 2 Delta. Moga aku mampu mengawal kelas itu dengan baik. Kelas 3 Delta aku agak risau kerana bilangan anaknya majoriti lelaki nakal. Aku ini perlu keras sedikit pada tahun ini, lagi-lagi mereka merupakan kelas peperiksaan. Ya Allah, berikanlah aku perancangan dan ketentuan serta ketetapan yang terbaik untuk mereka, diriku, sekolah dan agama kami. Aamin. Ada hal yang sedikit menghairankan aku pada awal tahun ini. Hanya segelintir guru yang tahu akan aku yang sudah bertunang. Cikgu lelaki ramai yang tidak tahu, kalau tidak, aku akan jadi mangsa 'sakat'. Hal yang aneh itu ialah, ada sesetengah cikgu lelaki muda yang tidak pernah aku tegur dan tidak berani menegur aku sudah berani menegur. Tutttt. Kalau cikgu Jaafar, dia sudah seolah-olah seperti bapak aku meskipun dia nampak miang, tetapi dia baik dan tidak lokek ilmu. Cikgu Sarkawi pun persis bapak. Cikgu-cikgu lelaki muda, tidak berani aku dekati. Cukuplah sekadar menjadi kenalan kerja. Aku punya pendirianku sendiri yang aku fikir cukuplah aku simpan di dalam hati. Apa-apapun, abaikan hal yang tidak penting. Aku mahu berjalan sendirian dan menerjah bumi tuhan seorang diri serta berfikir dalam-dalam erti kehidupan. In sha Allah. Mula memikir dan merancang destinasi seterusnya untuk aku melihat kelainan budaya dan ragam masyarakatnya. Sendiri itu indah. (Mahu belajar menukar tayar kereta dan menukar minyak hitam dengan abang sebelum memandu jauh lagi kelak).

Ohh my babyoz lama tidak bercuci. Yuk, mama cuci babyoz k. Emak dan bapa meminta aku untuk melihat tiket 'belon' untuk ke Miri pada bulan 3. Bercuti ke sana... sana... sana... Aku juga merancang untuk ke Tebekang kelak melawat emak dan ahli keluarga di sana, in sha Allah. Moga aku berkesempatan lagi ke sana setelah beberapa tahun lamanya. Dunia FB telah ku tinggal. Mungkin apabila ada hal yang penting menyebabkan aku terpaksa membuka FB kelak, baru aku akan buka. Dunia twitter mmg sudah lama aku tinggalkan, begitu juga dunia Instagram. Dulunya agak 'SAKAI' juga rasanya apabila suka memuatnaik gambar sendiri dan makanan. Sekarang, sudah aku buang gambar sendiri dan tinggal gambar makanan dan gambar nasihat. Namun, sudah lama aku tinggalkan dunia itu. Dunia wechat, whatsap pun tidak ku sentuh. Aku pernah wechat pun bersama kwnku Miju, Efa dan Fey. Viber dulu pun selalu dengan abang2ku. Jika melayan dan membalas chat lelaki. Rasa bersalah pula kepada 'gerek' atau tunang (kini) Kalau aku pula nak menghantar chat/sms tu, rasanya tidaklah. Tidak mungkin. Aku bukan semurah itu. Jika ada hal penting sahaja, baru aku akan mengirimkan sms kepada orang-orang. Sebaliknya, aku tidak tahu. Masing-masing dengan perangai masing2. Jika aku ambil tahu sangat, aku dikatakan cemburu buta. Sekarang, biarlah aku tinggalkan perlahan-lahan dunia itu semua. Ada baiknya. Jika ditakdirkan mati tahun ini, tidak perlulah roh aku hadir untuk meminta ditutupkan laman fb apa bagai. hehe. Dunia blogger ini tidak ada pemerhati dan pembaca. Hanya aku dan Dia. kan Tuhan? Namun, harapannya apabila aku mati, blog ini juga perlu ditutup. Moga mati menjadi tempat istirehat terbaik. Mohon izin ya Robb.

Hari ini rasanya ingin membawa anak-anak berjalan dan menghantar uzma ke sekolah. Namun, aku perlu menyiapkan RPH unuk minggu hadapan. SEMANGAT ATUL! PBS lisan tingkatan 2 dan 3 sudah bermula. PPGB ku tidak lagi berjalan. Esok juga Puan Karen dari frogasia akan datang menazir laman web frog sekolahku. UPDATE please! grrrr...


No comments:

Post a Comment

common!