Friday, January 24, 2014

Jumaat penuh barakah, Sabtu nan Indah ;)

Jumaat penuh barakah, Sabtu nan indah ;)

Cerita hari Jumaat. Pdp berjalan seperti biasa. Hal yang menarik ialah kelas lebih bersih dan menarik daripada sebelumnya. Aku berpuas hati dengan hasil kerja sendiri dengan bantuan anak-anak. Hari ini seperti Jumaat sebelumnya aku membuka peluang kepada anak-anak pelajar untuk menyertai pertandingan dan dalam masa yang sama bermain wordmania di makmal komputer. Aku memberi masa dua jam. Hari ini, aku telah berjanji untuk membawa anak-anak terpilih untuk keluar makan. Maka, sebelum pergi makan, aku singgah solat di kuarters kak Diana. Teringat aku cerita semalam. Hahaha. Aku berpuasa sunat hari Khamis, namun apabila aku masuk ke pejabat dan berjumpa ummi dan ustazah siti serta Kak Rabiah yang mempelawa aku untuk makan buah langsat yang diberi oleh ayah pelajar, aku pun menjemput dan makan beberapa biji. Selepas aku pamit untuk pulang dan menuju ke kereta, aku pun baru teringat bahawa aku berpuasa. HAHAHA. Rezeki Allah bagi. Maka, aku meneruskan puasaku sehingga ke penghujung waktu.

Hari ini, aku membawa Shania dan Aleematun untuk keluar makan ke bangunan Baitulmal dan KFC OKU. Hehehe. Lucu pula aku melihat Aleematun tidak begitu pandai makan makanan Jepun manakala Shania persis seperti aku kendatipun baru pertama kali makan. Usai makan, aku dan mereka berjalan untuk menuruni tangga elektrik. Ketika hendak menuju tangga, ada sekumpulan lelaki yang duduk makan menegurku dengan berkata “hai cikgu, assalamualaikum”, kata salah seorang daripada kumpulan lelaki teersebut di hadapan anak-anak muridku. Anak-anak muridku pun bertanya, “cikgu kenal ke lelaki tu cikgu?”. Aku menjawab aku tidak tahu. Seorang lagi pula berkata, dia mengorat cikgu le tu… Tahun lepas waktu aku membawa anak-anak tingkatan 1 ke bazaar Ramadhan pun aku ditegur oleh lelaki di hadapan anak-anakku. Mereka melarangku melayan lelaki yang sebegitu peelnya.. Sayang juga anak-anak itu kepadaku. Pandai member nasihat dan aku bukannya seorang yang mudah melayan pun. Namun, kumpulan anak bazaar dan anak hari ini berbeza. Kumpulan 1 anti melayan lelaki dan kumpulan 2 tak dapat melihat kehadiran lelaki sedikit, terus cair kalau terjumpa dan terlihat lelaki yang kacak. Aduh. Pening kepala cikgu!

Aku juga turut membawa anak-anak hari ini pergi membayar kereta dan destinasi terakhirku ialah KFC. Selepas kekenyangan, kami pun pulang. Esok ada sekolah ganti. Aku dah menyiapkan nota ringkas tentang peribahasa buat anak-anak. Penatnya hari ini dan aku terlelap usai maghrib dan mengaji, aku membaca buku tentang Aminah. Aku menahan ngantuk dan menanti Isya’ kunjung tiba. Aku terlelap dengan telekung. Aku tersedar setelah ditelefon oleh abang iparku yang memberitahuku tentang sreamix. Malas dah aku fikir tentang internet. Aku amat memerlukannya sebab aku menguruskan FROG di sekolah. Namun, tanpa internet juga aku bias hidup aman dan fokus membuat kerja sekolahku.

Aku mendapat mesej daripada tunang. Hehehe. Seolah-olah buang masa sahaja bermesej sebab dia mesej pendek-pendek, aku mesej panjang-panjang, yang aku tanya, tak dijawab. Seolah-olah tiada hati untuk bermesej dan sibuk. Mesej sekali, jawabnya dua jam kemudian. Kalau aku yang sebegitu dikatanya membalas dendam. Sabar sahajalah. Lumrah manusia. Tidak dapat mengakui kesalahan masing-masing. Salah satu sebab yang membuatkan aku malas menghampiri hp untuk bermesej. Sebulan kadang-kadang aku tidak menambah kredit dan seminggu hp tidak di’charge’. Ada orang lain yang bermesej dan aku mesej apabila ada hal penting. hehehe. Mungkin aku perlu bersangka baik, tidak mengharap balasan yang sewajarnya  dan mengikhlaskan sahaja segala perbuatan yang sebegitu kepadaku. Aku rasa, lebih baik aku tertekan dengan beban sekolah yang semakin banyak daripada terlalu memikir emosi yang mendatangkan tekanan tambahan dan membuatkan aku tidak tenang dan sukar fokus untuk bekerja. Sebab itu juga aku tinggalkan dunia FB dan Cuma di FB mak bapak sahaja aku mengikuti perkembangan kawan-kawan rapat, adik beradik dan isu semasa. Hmmm... in sha Allah, aku akan menjaga diriku sebagai tunangan orang. Mencuba sebaiknya menjadi seorang yang baik, jujur dan setia selagi tiada hal yang menyebabkan aku lari daripada kesetiaan dan kejujuran. Aku berserah pada Allah. Aku hanya merancang dan berusaha untuk berkahwin, seterusnya tawakkal dan menyerah segala urusan kepada Allah. Hari ini, aku juga mendapat mesej daripada Miju! Syok bermesej dengan mak boyot yang lawak. Moga Miju dapat beranak dengan jayanya. Aamin.. I LOP U KAWAN!

Sabtu nan indah. Aku bangun agak lewat pada hari ini sebab tertidur lagi selepas mendengar deringan telefon. Hehe. Aku bangun terdengar alunan azan daripada orang yang sama setiap hari. Sukarnya mencari orang yang tetap di surau atau masjid. Sukar juga melihat lelaki muda yang melekat di masjid dan berdampingan dengan masjid dan Tuhannya. Aku agak mengantuk dan emosiku tidak begitu baik hari ini. Murid tingkatan tiga di kelas pertama ku juga terkena habuanku kerana tidak menghantar kerja rumah dan alhamdulillah, mereka agak senyap, diam dan sepi pada hari ini. Aku tidak suka marah, tetapi kalau aku marah, orang yang mendengarnya akan diam. Selepas kelas, aku disapa mesra oleh beberapa mantan anak pelajarku pada tahun lepas. Rindu aku akan mereka yang selalu mewarna-warnikan hidupku.

Aku bercadang untuk keluar bersama Nicole dan Dant pada hari ini dengan menaiki kereta MYVi Dant. Aku ingin membeli beberapa barang keperluan orang lain. Keperluan aku biarlah memakai yang lama-lama. Hehehe. Bagaimanakah agaknya keadaan Miju. Aku masih belum mendapat apa-apa berita tentang Miju pada hari ini. Risau pula aku dengan kawanku yang seorang ini. Pada tahun ini, rasanya belum ada lagi aku keluar malam. Kalau ada pun, dengan keluarga. Tunangku tidak suka aku keluar malam, namun kalau dia boleh saja. Setiap kali mesej pada waktu malam, katanya keluar kejap. Kalau aku keluar malam dia tidak suka, kalau dia keluar ke mana-mana dan bila- bila masa katanya dia boleh jaga diri. Aku pun boleh kalau begitu. Kalau dia boleh tidur rumah orang yang mempunyai anak dara perempuan itu boleh, kalau aku tidur di rumah orang yang mempunyai anak bujang itu tidak boleh. Kalau dia, semua tindakan dia betul. Kalau aku, semuanya sebab cemburu buta. HAHAHA. Semua perempuan bagiku kalau di tempat aku, merasa hidup di syurga dunia. Hidup perlu belajar menerima kelemahan dan kelebihan orang lain bukan. Hehehe. Apa-apapun, sabar sahajalah. Diam lebih baikkk... Bak kata Mr.Lim selaku guru cemerlang Addmath kepadaku, di dalam dunia ini, mana ada yang namanya adil. Memang benar. Aku juga mengakuinya.


Ohhhh Tidak sabar rasanya aku untuk cuti tahun baru Cina selama 7 hari. Di samping merehatkan diri, aku juga boleh merancang bahan pengajaran dan aktiviti yang baik untuk anak-anak muridku ;) Hidup ini perlukan hiburan yang dibina diri sendiri supaya dapat mewujudkan semangat ke atas diri tanpa bantuan orang lain. Cukuplah keluarga dan mak bapak terutamanya menjadi orang kuat selama aku hidup di muka bumi ini. Kalau aku mati, merekalah yang akan menguruskan aku. Bila bercerita tentang mati, serasa dekat sahaja sebab aku merasakan apabila memandu, tidur dan macam-macam lagi hal yang aku perbuat semuanya mengingatkan aku dengan mati.

No comments:

Post a Comment

common!