Sunday, January 26, 2014

Sabtu, Ahad dan Hari ini, Isnin...

Bismillahirrahmanirrahim…

Pagi ini aku dikejutkan dengan bunyi ‘alarm’ seperti kebiasaannya dan mengucap syukur lantas membaca doa bangun tidur. Namun, di lubuk hatiku berkata, “I HATE MONDAY!” hehehe. Aku bangun lalu mengambil tuala seperti hari-hari lain biasa dan duduk di dapur sebentar untuk minum segelas air masak sebelum aku mandi. Aku berniat, sahaja aku berpuasa pada hari ini kerana Allah ta’ala. Ha.. Itulah sahaja yang menjadi sahurku setiap kali berpuasa sunat. Baik, aku cuba mengingat hal yang aku perbuat pada hari Sabtu dan Ahad.

Pada hari Sabtu, usai sekolah dan perhimpunan, aku seperti biasa jika ingin ke mana-mana, akan singgah ke rumah kak Diyana untuk tumpang solat. Aku, Nicole dan Dant telah berjanji untuk keluar sama. Maka, usai solat, aku pun memecut laju ke rumah dant kerana kami berjalan sama menaiki kereta Myvi Special Edition miliknya. Perghhhhh! “Kacaknya model kereta Myvi milik Dant!” lagi-lagi bahagian dalamnya. Boleh aku katakana kalah ‘design’ dalam kereta babyozku dan kereta Alza Nicole. Lebih canggih dan cantik serta selesa ditumpang. Kalau bapaku membeli Myvi ‘Auto’ pun ok. Namun, kereta bapa dalam dua tahun lagi akan habis dibayar. Makin kurangla beban bapa, Alhamdulillah. Kami pergi ke ‘The Spring’ hanya untuk makan. Aku dan Nicole makan ayam penyet dan Dant hanya makan aiskrim kerana dia masih kenyang kerana sudah makan di rumah. Aku dibelanja oleh Nicole dek aku yang terlupa mengeluarkan duit sebelum berjalan. Hahahaha. Kemudian, mereka bertanya kepada aku, ingin ke mana lagi. Jadi, aku pun memberitahu hasratku untuk ke Riverside Parkson melihat baju atau cap untuk tunangku. Alhamdulillah, aku menjumpai seluar yang memang aku berkenan dari dulu lagi. Aku Cuma beli satu. Hehehehe. ‘Save budget’! Seluar tu sepasang Rm84.90 tidak silapku.  Nasib baik saiz 34 ada dan itu satu-satunya yang tinggal. Aku sudah tertarik dengan ‘design’ seluar itu sahaja. Tidak mahu yang lain. Aku masih tidak menjumpai ‘cap’ yang menarik minatku dan kami pun meneruskan agenda untuk melihat wayang! Hahahaha. Kami memilih untuk menonton cerita ‘DEVIL’s DUE’. Best!!! Syok!!! Cuma pengakhiran ceritanya tidak begitu memuaskan hati. Apa-apapun, cerita itu memang menyeramkan. Seronok hari ini. Nicole pulang dengan diambil oleh suaminya dan Dant membawa aku ke rumahnya untuk mengambil kereta yang aku parkirkan di sana. Aku pulang dengan rasa puas hati membawa seluar idaman. Hehehe. Sebelum tiba di rumah, aku singgah untuk membeli beras dan serbuk pencuci Daia serta ayam panggang untuk warga rumah. Pada malam harinya, aku dan keluarga melihat permainan bola. Aku yang keletihan tidak mampu menahan ngantuk dan tertidur ketika berbaring di atas katil. Sebelum lelap, aku membaca mesej yang dihantar oleh tunangku kepadaku. Kemudian, aku tersedar dan terjaga bahawa aku sudah bangun daripada tidur dan terus bangun untuk Subuh. Kasihan encik tunang kerana aku tidak terbalas mesejnya. Hehehe.

Pada hari Ahad, aku bercadang untuk keluar melawat Miju, tapi lain yang berlaku. Aku ditemani Uzma keluar membeli barang lain untuk kuterbangkan ke Johor.  Aku bercadang untjuk ke Summer Mall dan sebelum itu, aku singgah di Petronas untuk mengepam tayar. Aku mengajar Uzma mengepam tayar kereta. Hehehe. Sebelum tiba di Summer Mall, aku singgah dahulu di Maybank Tabuan untuk mengeluarkan duit. Tiba di Summer Mall, aku membeli beg tangan yang comel untuk adikku dahulu. Setelah itu, aku melihat-lihat baju yang sesuai untuk mak cik Harfah. Ada yang aku berkenan, tetapi saiznya tidak ada. Aku juga pada mulanya tidak pasti saiz yang sesuai untuknya sehingga aku bertanya kepada penjual dan menunjukkan badan pelanggan yang turut berada di situ sebagai contoh. Hehehe. Aku pun dengan yakin membeli baju bersaiz lebih besar iaitu 50. Dah beli! Baju bewarna hijau. Hehehe. Suka atau tidak, dan pakai atau tidak… itu aku tidak tahu. Hehe.

Aku juga melihat cap-cap yang dijual di situ, namun semuanya tidak begitu menarik. Ada yang ok, Cuma aku tidak berani membeli, takut tunangku tidak mahu pakai. Aku mencari yang persis seperti cap nya, tetapi tidak ada. Saiz 7… aku dan Uzma pun singgah makan dahulu, ayam butter dan aku seperti biasa dengan air barli dan Uzma, meminum air milo peng. Aku kemudian melihat baju pasangan yang tergantung dan membeli dua pasang, satu bewarna kuning dan satu lagi bewarna pink. Hehehe. Comel. Mudahan tunangku sudi memakainya kendatipun untuk tidur. Selepas itu, aku membayar parker kereta dan kami pun pulang.

Dalam perjalanan pulang, aku dilanda sakit perut yang amat sangat sedangkan perjalanan masih jauh lagi. Aku menahan sakit perut sehingga membuatkan aku tidak berdaya, krem dan mahu terberak di dalam kereta sahaja. Aku pecut 100m lebih dan memotong kenderaan lain dengan jayanya. Hahaha. Aku tiba di rumah dan meluru masuk ke jamban rumah dan …………………….. hahahhaa. Sesuatu yang luar biasa berlaku. Malu untuk aku katakana. Ya Allah… ujian. Abangku juga terkena sakit perut. Ternyata bukan aku seorang yang terkena cirit birit. Hahaha. Ahhh…lupakan hal yang memalukan ini hari ini. Hehehe. Aku tidak pun menziarah Miju hanya membeli barang keperluan.

Sebelum tibanya malam, aku membalut dan membungkus barang yang ingin kuterbangkan ke Johor. Alhamdulillah… Pada malamnya, aku sekeluarga menonton Muzik-Muzik dan semestinya Hafiz menjadi kegemaran kami sekeluarga. Heeee… persembahan Hafiz setiap kali masuk muzik-muzik memang sangat memuaskan dan boleh aku katakana terbaik!!! Tahniah Hafiz, walaupun ada bahagian suaranya yang tidak aku gemari, namun 90% aku suka… dia menyanyi membawa jiwanya sekali ke dalam lagu seperti aku. Ahhahaa. Perasan! Haaa… aku baru perasan yang minat aku dan tunangku  sama dalam nyanyian membuatkan kami boleh bertukar cerita dan rasa dengan baik. Dalam beza, ada sama ;) kalau bisa, aku mahu mencari dan mengingati segala hal-hal baik yang ada pada tunang supaya apabila ada krisis dengannya, sekurang-kurangnya, kelemahannya aku abaikan dengan mengingati segala kelebihannya. Dia sememangnya satu dalam dunia cinta hatiku.

            Pada hari ini pula, aku mempunyai kelas pertama pada pukul 7 dan mengajar pelajar tingkatan 3. Alhamdulillah, kuiz berjalan baik dan lancer. Banyak ilmu yang kami peroleh bersama hari ini mengenai ejaan bahasa Melayu yang betul. Aku sayang akan anak-anakku. Pada masa ketiga pula, aku mengajar pelajar tingkatan 2. Sebelum ini, aku dimaklumkan oleh beberapa orang pelajar bahawa seramai 20 lebih orang pelajar terkena rasuk. Aku dah mula risau. Usai mengaminkan doa, aku dapati ada pelajar yang berkelakuan aneh. Seorang menutup mata, manakala seorang lagi bergegar-gegar dengan menggoyangkan jari-jari tangannya. Sudah! Aku meminta anak-anak lelaki untuk azan di setiap penjuru kelas. Hasilnya, beberapa orang menggeletar dan tidak dapat dikawal. Aku mencuba sedaya upaya membaca ayat-ayat suci dan pelajar itu menangis dan pengsan. Ramai anak pelajar lain yang membantu aku untuk mengangkat anak yang pengsan itu. Dalam masa yang sama, terdapat seorang anak muridku iaitu Cholatte yang agak rapat juga denganku, bertanya. "Cikgu, macam mana cikgu buat "burit" cikgu macam tu?" Haaaa???? Aku terkejut mendengarnya dan terus gelak. hahaha. Dia menyambung lagi bicaranya dengan berkata, dia ingin mempunyai punggung sepertiku. Ya robbana. Sedangkan aku bersusah payah menyembunyikan bentuk punggungku yang ku rasa besar ini. Lagi-lagi aku rasa aku sudah semakin berisi sekarang. erghhhhh.... dah...

Ya Allah, tertanya-tanya juga mengapa minggu ini berlaku hal sebegini. Di mana datangnya… masih menjadi persoalan pada hari ini. Aku berdoa agar dijauhkan daripada hal-hal sebegitu meskipun aku sudah merasa pelik dengan diri yang turut bergetar. ALLAH, ALLAH, ALLAH. Engkaulah yang Hebat, Engkaulah yang Maha Besar, Maha Kuasa! Lindungi kami warga sekolah ya Allah, aamin….










No comments:

Post a Comment

common!