Seperti kelaziman, aku memandu dengan diiringi zikir
terapi. Aku juga turut berpuasa sunat hari ini dengan harapan aku bisa
menguatkan diri dengan cubaan dunia, membentengkan diri daripada maksiat dan
segala sifat mazmumah.
Bercerita tentang Jumaat, Sabtu dan Ahadku yang indah
sebab aku menikmati cuti dengan menyiapkan RPHku sehingga hari terakhir sebelum
cuti. Pada hari Jumaat, aku menghabiskan masa dengan membaca novel ‘Ketika
Cinta Bertasbih’ pemberian tunangku. Bahasa yang digarap oleh Habiburrahman El
Shirazy memang membuatku terpaut dalam keasyikan alam pembacaan. Dia juga telah
memberi banyak manfaat dan tidak melampau aku katakan mencambah rasa cintaku
pada Tuhan yang Esa. Pada malam itu juga, aku membantu bapa memasak nasi goreng
kerana bapak sangat gemar akan nasi goreng. Pada hari Sabtu, usai Subuh dan
mengaji, aku menghabiskan masa meneruskan pembacaan novel KCB. In sha Allah,
pada akhir bulan 1 atau awal bulan 2 aku bakal khatam al-Quran untuk keberapa
kali. Semoga aku terus istikhamah.
Pada mulanya, aku sangat malas untuk keluar hari ini,
namun memandangkan abangku mengajak aku mengambil Uzma di asrama, aku pun
mengikut dengan senang hati dan membawa sekali novelku itu. Aku dan abang
sempat pergi ke Kuching Central, singgah solat Asar sementara menanti Uzma
keluar pada pukul 530. Usai mengambil Uzma, kami pun pergi pula ke summer mall dan di situ aku bjmpa dgn faizul, bekas rakan skjaku yg pnah duduk d sbelah mejaku. kesian faizul, gagal temu duga dan bekerja sementara sebagai promoter kursus bhsa ingeris. sempat juga dia mgusik aku, kiut.al mklumla, aku berisi..haha.budak itu mmg kuat myakat.abgku pun smpat myalaminya dan kami pun beredar. Aku bharap mga dia bisa mjd seorg guru jga klak dan mnemui prmpuan yg lbih baik drpda mantan tunangnya yg dahulu. dia seorang lelaki yg baik bgku, kerana mudah mnolong d smping tidak pernah mgajak rakan sekerja perempuan waima untuk keluar makan. sebaliknya, perempuan yg mgjaknya keluar.hehe.sungguhpun umurnya muda daripada aku, aku memandangnya lebih matang. tidak seperti lelaki-lelaki yg mudah mengajak perempuan bersua, berjumpa dan bhubung. setiap org ada cara tsdiri. aku mghormatinya kendatipun dia lebih muda. Aku dan abang sempat Maghrib di situ sambil makan dan melihat anak-anak
abang bermain. Kesian abang. Terpaksa membesarkan anak tanpa isteri. Allah tahu
bahawa abang mempu mengharungi ujian itu. Moga abang tetap kuat dan sabar.
Cuma, abang terlalu memanjakan anaknya barangkali terlalu sayang akan anaknya
dan takut anaknya akan beralih arah kepada kakak iparku yang sekarang tidak
lagi memakai tudung. Moga bahagia hendaknya.
Pulang ke rumah pada hari Sabtu, Kak Ijah, bg Ed dan
anak-anak telah berada di rumah. Rindu sungguh aku dengan anak-anak itu kerana
dua minggu sudah mereka tidak pulang ke kampung dek kesibukan kakak dan
abangku. Kakak pula baru sembuh kerana terjatuh di dalam tandas. Hahahaha.
Kesian... Bercerita tentang Kak Awin yang baru sahaja keguguran, aku turut
merasa sedih kerana sewaktu perjalanan ke Maludam dan akibat hentakkan kuat di
jalanan menjadi ‘sebab’ sahaja ketentuan Tuhan. Moga Kak Awin kuat menghadapi
ujian-Nya. Aku menerima ‘sms’ daripada encik tunang pada minggu ini. Heeeee...
Siapa tidak suka... Senyum sendiri... Namun, aku berharap cintaku, sayangku,
rinduku kepadanya, tidaklah melebihi cintaku, sayangku dan rinduku kepada-Nya
agar aku tidak alpa akan kemabukan dan kegilaan aku kepadanya yang selalu
membuat aku mabuk dan gila. Tuhan, bimbinglah aku dalam menuju cinta-Mu yang
sebenar. Doaku dan harapanku, agar dia sentiasa dalam jaga dan redha-Mu ya Rabb, dipermudah segala urusan, diberi nikmat sihat selalu dan menjadi yang halal bagiku kelak. Aamin. He's not perfect, but he's all I want. hehehehe. Biarpun aku semacam tidak peduli tentang tunangku, namun jauh di sudut hati yang paling dalam, aku peduli tentangnya dengan doa selalu. Aku mencintai dia yang mencintai-Mu ya Rabb.
Alhamdulillah, usai membuat notis pemotongan masa
sebanyak 10 minit pada esok hari. Ya Allah, sibuknya aku hari ini meskipun masa
mengajar hanya 2 jam untuk dua kelas. Aku mencuri masa yang sekelumit cuma ini
untuk menulis segala aktiviti minggu dan hariku hari ini. Hehehe. Sedangkan aku
punya banyak lagi kerja di atas meja ini untuk aku selesaikan. Ya Allah. Hahahaha.
Aku suka menulis apa yang aku lalui dan perbuat kerana hal ini akan mengingatkan
aku tentang kisah hidupku sepanjang masa aku masih diberi kesempatan untuk bisa
menulis. Moga, aku masih diberi peluang selepas ini. In sha Allah.
No comments:
Post a Comment
common!