Aku berpuasa sunat. Aku pulang dalam keadaan penat.
Sebelum itu aku singgah di kedai untuk membeli cucur goreng dan cakoi untuk
sedekah di surau kampung kerana pada malam ini ialah malam Jumaat. Abangku dan
Aqil akan membawa makanan itu ke surau. Hmmm… penat disuntik dan penat otak dan
badan. Usai asar, aku terlelap lagi. Sehingga pada waktu maghrib, aku tidak
sedar dan dikejutkan oleh emak dan adikku. Emak menyediakan aku air milo suam
dan adik aku pula menyediakan aku makanan, nasi dan ikan masak asam pedas. Wah…
bertuahnya aku rasa semalam. Bagaikan mimpi kerana aku seolah-olah di bawah
aras tidak sedar ketika bangun daripada tidur dan terus dihidang makanan untuk
dimakan. Hahahaha. Terima kasih Allah memberiku insan-insan yang menyayangiku,
mengambil berat tentangku dan memahami bahawa aku penat bekerja. Alhamdulillah.
Allah sebaik-baik penjaga. Ya Rabb, Kau lah sebaik-baik penjaga. Jaga dan
sayangilah insan-insan baik di sekelilingku.
Usai Yaasin, aku membaca buku Srikandi-srikandi yang
benar. Aku telah menghabiskan babak Rabiatul Adawiyah dan ada 2 watak srikandi
yang masih aku tunggu masa yang sesuai untuk dibaca. Buku-buku pemberian lain
pun aku belum baca lagi. Indahnya membaca. Itulah antara hobiku selain bermain
gitar dan berangan. Hahahaha. Apabila aku tertekan akibat bebanan kerja bebanan
fikiran lain, aku suka menulis. Pada malam ini, aku menghabiskan masa untuk
membaca. Aku juga membuat agar-agar Oreo untuk anak-anak kelasku yang membantu
mengemas kelas. Alhamdulillah, mereka habiskan agar-agar itu. Aku agak tertekan
hari ini kerana kerja bertambah-tambah. Dalam masa yang sama, tarikh sebenar
mesyuarat Frog bertembung dengan tarikh mesyuarat KBAT Sains. Maka, aku harus
cari tarikh lain untuk mengadakan mesyuarat bersama consultan frog asia. Ya
Allah. Peningnyaaaaaa! Tuhannnnn… Kuatkan aku. Lindungiku daripada putus asa.
Jikaku harus mati, pertemukan aku dengan-Mu (terus nyanyi… apabila terkenangkan
cerita Rabiatul Adawiyah yang ku bacakan malam semalam). Aku baru teringat pada
malam hari Rabu aku bermimpikan mak cik Harfah yang menulis dan menyatakan rasa
sayangnya kepadaku dalam satu ‘sms’. Pelik-pelik sahaja mimpiku minggu demi
minggu. Pada malam Khamis pula aku bermimpi tentang rakan baikku, Effa
mengandung dan keadaan aku pada waktu itu sungguh mengaibkan padaku. Ada seekor
kucing bewarna kuning juga pada ketika itu. Apakah maksud mimpiku itu? Aku rasa
semacam Tuhan memberku petanda tentang dosa-dosa laluku. Mimpi oh mimpi… sering
hadir di saat aku mengimpikan rehat dan lena yang tenang. Ya Allah, bimbinglah
aku.
Pada pagi ini, usai kelas pertama aku diajak oleh Nicole
untuk ke kantin sekolah dan ku kira itu kali ke-2 aku ke kantin sekolah pada
bulan ini. Aku duduk bersama Nicole dan di hujung tempat dudukku ada sekumpulan
guru-guru lelaki yang duanya sudah berkahwin dan seorang lagi belum berkahwin.
Walaupun ada jurang tempat duduk aku dan mereka, aku terdengar hal yang mereka
bualkan. Mereka berbual tentang perempuan cantik, ‘chatting’ bersama perempuan
lain, bertukar-tukar gambar dan perempuan cantik menghantar kepada mereka
gambar yang cantik dan seksi. Ya allah, kendatipun aku bukan isteri dia dan
bukan isteri siapa-siapa, hatiku tersentap dan terasa koyak dan bernanah.
Sanggup seorang suami berkelakuan sebegitu rupa di belakang isteri. Sayunya hatiku.
Hal ini seakan-akan bermain di midaku sepanjang aku berada di sekolah hari ini.
Adakah status dan martabat seorang isteri serendah itu dan diperlakukan sesuka
hati begitu? Ya Allah, aku jadi takut akan nasibku kelak. Adakah aku juga bakal
berhadapan dengan suami yang sebegitu. Adakah benar apabila seorang lelaki yang
sudah berkahwin akan mudah terpedaya, tergoda dan lemah imannya apabila
berhadapan dengan perempuan lain apalagi perempuan tersebut pandai melayan,
mahu melayan dan cantik. Aku rasa mahu menangis sepuas-puasnya. Aku tertanya-tanya
apakah perasaan seorang isteri yang mendapat tahu akan perihal suami yang
sebegitu. Nicole pun hairan melihat aku termenung di meja makan. Aku terfikir-fikir
dan terbawa-bawa emosiku sehingga ke kelas dan sampailah sekarang. Aku tahu,
tidak semua lelaki sebegitu, tapi kebanyakannya yang aku jumpa dan lihat begitu
lagaknya. Ada anak bersama pun, gadget diutamakan. Begitu juga dengan
perempuan. Alangkah indah jika aku punya hati dan prinsip seperti Rabiah
Al-Adawiyah. Sungguh tetap dan kuat hatinya hanya untuk yang UTAMA. Baik aku
lebih memikirkan yang utama sekarang. In sha Allah, aku tidak akan berhenti
berdoa agar aku dikurniakan insan yang mampu membimbing aku ke jalan yang
diredhai-Nya. Meskipun dia ada kelemahan, moga Allah berikan hidayah dan
menetapkan iman, meneguhkan, menebalkan dan membentengkan imannya demi urusan
yang utama dan mengelakkan diri daripada keseronokan dunia.
Renungan buat diriku... yang bukannya
siapa-siapa. Tapi aku tidak mahu menjadi hamba yang terus alpa... jadikanlah aku
hamba yang selalu berpijak di bumi yang nyata... Hamba yang selalu mengenang
dosa, menangis agar diampunkan dosa dan sentiasa sedar diri selalu melakukan
dosa. Maafkanku ya Allah, tidak mampu jadi hamba yang terbaik namun, aku mahu
jadi yang baik. Terimalah ibadatku dan ampunkanlah segala dosaku yang banyaknya
tidak terhitung.
Kadang-kadang pelik dengan perempuan yang bermain cinta dengan suami orang.
Sedangkan dirinya juga perempuan.
Si lelaki tahu dah, andai bergurau main-main pun boleh dapat, terus dilayankan. Sebab itu, sebagai lelaki yang iman naik turun, tahu dah sifat lelaki suka yang cantik dan lemah digoda, mintalah pada Allah tiap masa agar sentiasa berupaya memiliki iman yang tetap pada jalanNYA agar tak terabai amanah dan tanggungjawab yang ada, dan janganlah sesekali diberi peluang dan teruji dengan nafsu yang membinasakan. Tak ramai berdoa begini, konon diri cukup kuat lawan godaan.
Si lelaki tahu dah, andai bergurau main-main pun boleh dapat, terus dilayankan. Sebab itu, sebagai lelaki yang iman naik turun, tahu dah sifat lelaki suka yang cantik dan lemah digoda, mintalah pada Allah tiap masa agar sentiasa berupaya memiliki iman yang tetap pada jalanNYA agar tak terabai amanah dan tanggungjawab yang ada, dan janganlah sesekali diberi peluang dan teruji dengan nafsu yang membinasakan. Tak ramai berdoa begini, konon diri cukup kuat lawan godaan.
Jika ada masa silam, kesilapan dan dosa yang dilakukan. Jangan bawa ia pada
masa sekarang. Anda ada pilihan untuk mengubahnya kini.
Contoh mudah :
Dahulu pernah bercouple, cinta siang malam, pegang tangan dan sebagainya. Berkepit melebihi isteri orang yang rindu suaminya. Mulakan ubah hari ini, jadikan diri lebih baik dengan aurat terjaga, dan batas terpelihara.
Taubat dengan masa lalu, jika sudah berkahwin pun, pernah bersama dengan suami ketika dulu bercouple2, taubat juga. InsyaALLAH hubungan dilayari bersama sekarang akan jadi lebih baik dan anda akan dapat lihat anak yang sangat buat anda rasa bahagia. Aamin. Itulah yang aku harap-harapkan. Aku mahu lupakan segala hal yang tidak baik pernah dilakukan dan mengimpikan hal yang lebih baik, kelak. Untuk suami dan untuk zuriatku.
Kredit to: hamba Allah.
Contoh mudah :
Dahulu pernah bercouple, cinta siang malam, pegang tangan dan sebagainya. Berkepit melebihi isteri orang yang rindu suaminya. Mulakan ubah hari ini, jadikan diri lebih baik dengan aurat terjaga, dan batas terpelihara.
Taubat dengan masa lalu, jika sudah berkahwin pun, pernah bersama dengan suami ketika dulu bercouple2, taubat juga. InsyaALLAH hubungan dilayari bersama sekarang akan jadi lebih baik dan anda akan dapat lihat anak yang sangat buat anda rasa bahagia. Aamin. Itulah yang aku harap-harapkan. Aku mahu lupakan segala hal yang tidak baik pernah dilakukan dan mengimpikan hal yang lebih baik, kelak. Untuk suami dan untuk zuriatku.
Kredit to: hamba Allah.
Baru selesai berbincang dengan ummi
tentang frog. aku juga diminta oleh ummi untuk membantunya memuat naik 'telegram' yang
aku sendiri tidak tahu apakah itu. Baiklah,, aku perlu meneruskan kerjaku di
sekolah yang indah ini untuk membuat post-moterm tingkatan 1 2013, pelan
strategik tingkatan 2, kertas ujian 2 diagnostik PMR tingkatan 3. Aku juga
perlu menaikkan memo mesyuarat FROG pada hari Selasa. Ya tuhan... kuatkan aku
dan permudahkan urusanku ya Allah. Dunia oh dunia! Lupakan dunia kerja untuk
malam ini. Aku mahu melayari bahtera pembacaan buku-buku agama pada malam ini.
Jadikan aku insan yang baik untuk diri dan orang lain ya Allah. Terima atas
segala nikmat-Mu yang tidak pernah henti.
No comments:
Post a Comment
common!