08.01.2014
Seperti biasa, aku pergi dan pulang ditemani zikir terapi yang membuatkan jiwaku merasa tenang, aman, damai dan lapang. Alhamdulillah. Terima kasih encik tunang kerana memberi 'cd' itu untuk halwa telinga aku dan untuk mengubati penyakit akal dan jiwa.
Seperti biasa, aku pergi dan pulang ditemani zikir terapi yang membuatkan jiwaku merasa tenang, aman, damai dan lapang. Alhamdulillah. Terima kasih encik tunang kerana memberi 'cd' itu untuk halwa telinga aku dan untuk mengubati penyakit akal dan jiwa.
Aku masih merasakan keseronokan berjalan jauh meninjau Sri Aman, Saratok, Sebuyau dan Maludam. Rindu saat itu. Saat di mana aku bisa menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan menjauhkan diri dari kesibukan kerja dunia. Aku tenang dan bahagia. Semalam, uzma menelefon rumah dan memberitahu bekalan mi segerany sudah habis. hahaha. rindu la tu. Kebetulan kawanku, Dantini pun mengajar di sana. Bolehla dia tengok-tengokkan uzma di sana.
Alhamdulillah.
Tadi, aku diberitahu, Sekiranya anak-anak Bola Jaring SainsKu berjaya
melepasi peringkat zon, berkemungkinan aku bersama ustazah Ainul yang
sudah awal menempah aku untuk pergi bersamanya membawa anak-anak itu ke
Pulau Pinang, in sha Allah pada bulan 4 kelak. Moga Allah beri restu
buat anak-anak itu. Terima kasih kak Ainul kerana suka membawa saya
untuk pergi bersama anda :)
Hari
ini masih sibuk seperti hari-hari sebelumnya. Aku juga dimaklumkan oleh
ustazah-ustazah di sekolah bahawa aku akan menjadi jurulatih kepada
pasukan nasyid sekolah untuk bertanding pada peringkat MTQ. Menjelang
Maulidur Rasul ini, aku akan menjadi hakim pertandingan nasyid di
sekolah dek penolong kanan pentadbiran yang telah membocor rahsia bahawa
beliau pernah melihat aku bertanding nasyid dahulu. Aku tidak pasti,
masih wujudkah lagi kemahiran dan bakat aku dalam bidang nasyid. In sha
Allah, aku cuba untuk melakukan yang terbaik. Cuma, jangan beri
pengharapan yang terlalu besar untuk aku membawa kejayaan kerana untuk
berjaya, kita perlu bermula dari bawah, melainkan rezeki itu berpihak
kepada kita.
Ada juga rakan guru pada hari ini mencadangkan agar aku membuat dadih dan kek untuk dijual di koperasi sekolah. Semacam berminat. In sha Allah, aku akan cuba untuk laksanakan jika mampu.Hari ini juga hari pendaftaran untuk pelajar tingkatan satu dan pendaftaran untuk kokurikulum. Pelbagai karenah pelajar yang aku lihat dan ragam ibu bapa juga pelbagai. Ragam yang kaya dengan penampilan kayanya... dan ragam yang kurang berkemampuan dengan ragam rendah dirinya. Sedih aku apabila berhadapan dengan orang yang hidup susah dan berjalan jauh semata-mata menghantar anak ke sekolah. Ada yang bercakap dengan menggunakan sleng Melayu Sarawak Ooo, eeee dan aaaa... 80% murid yang terpilih untuk bersekolah di SainsKu terdiri daripada anak-anak yang tinggal di pedalaman. Semoga anak-anak itu bisa aku beri kasih sayang, tunjuk ajar dan bisa menjadi anak yang membanggakan ibu bapa dan membahagiakan mereka. Aamin.
Hari ini juga berlangsungnya sesi pendaftaran bagi sukan dan permainan Petanque yang aku kendalikan bersama Kak Ann. Alhamdulillah, kak Ann telah berjaya menolong aku membayar bil air yang ku kirim kepadanya atas permintaanya sendiri kerana dia hadir lewat untuk sesi pendaftaran bergandingan denganku.Aku masih tidak mampu mengajar dengan baik buat masa ini.Aku risau mengajar pelajar tingkatan 3.
Cincin di jari manisku. Sewaktu tiada cincin di jari manisku ini, abg M yang bekerja sebagai office boy di sekolah, begitu senang membantu aku tidak kira memfotostat dan sebagainya. Tidak kiralah ketika dia sibuk dengan tugas lain, dia sanggup menawarkan dirinya untuk membantu aku. Pernah juga sewaktu jalan beraya bersama Nicole dan Kak Awin,aku datang lewat dengan menaiki babyozku sendiri.Ncole, Kak Win dan abg M pula menaiki viva. Sewaktu hendak pergi ke rumah seterusnya untuk beraya, abg M menawarkan dirinya untuk memandu kereta aku. Erghhh... Aku sudah mula rasa tidak selesa. Nicole ku paksa untuk naik bersama aku. Takkanlah aku berdua bersama abang itu. grrrr. Sekarang, setelah mengetahui diriku berstatus tunang orang, alhamdulillah... abg M pun tidak lagi beriya-iya menawarkan diri untuk membantu aku. hehe. Besar hikmahnya. Abg J yang menggelar suaraku seakan stewardess sewaktu menjadi MC dalam majlis yang diadakan di sekolah pun sudah menjauh. Hahahahaha. Hari ini juga aku pergi ke kedai fotostat yang aku selalu pergi. Ada dua orang pelajar lelaki aku rasa... tingkatan 6 kerana mereka mfotostat buku sejarah Islam tingkatan 6. Orang lelaki aku tahu, suka melihat perempuan lagi-lagi yang sedap mata memandang. Kalau lihat sekali kemudian beralih tu tidak mengapalah.. tetapi kalau melihat dan asyik mencari peluang untuk menarik perhatian itu, murah namanya. Begitu juga dengan perempuan. Namun,jadi perempuan ini bahaya. Segala yang dipakai, dikata itu semuanya boleh menarik perhatian. Sebab itu dalam Islam, perempuan itu perlu berpakaian serba sederhana dan sebolehnya tidak menarik perhatian yang memandangnya. Aku juga masih belajar dan berusaha untuk berubah. Semua orang sukakan perhatian. Namun, perhatian yang membawa kemudaratan dan bahaya serta fitnah itu, hendaklah dijauhkan. Moga aku sentiasa sedar diri ya Robb. Cincin di jariku ini juga bisa menjadi pelindung dan pemaklum kepada orang yang ingin mendekati. Aku tidaklah begitu menyayangi cincin ini, namun aku lebih menyayangi insan yang memberinya kepadaku. hehehe. Jiwang! wekkk.
Kekadang... syok sendiri merindui insan dicinta itu indah... kerana kita tidak mengharap balas, perhatian lebih dan kita tidak perlu berkata dan berkongsi hal yang sia-sia. Kita dengan dunia kita sendiri tanpa mewujudkan masalah kepada orang dan orang juga tidak mewujudkan masalah yang menyebabkan kita merasa yang macam-macam. Kekadang tertanya-tanya juga apa khabar dia di sana. Masih comelkah, emsemkah, muchukkah. Hahaha. Namun, Sendiri dan diam itu ada baiknya. Aku suka! Meski aku cinta!!! Layan saja ;)



No comments:
Post a Comment
common!