Setiap persoalan, pasti ada jawapan dan setiap masalah dan ujian yang diberi, pasti ada hikmahnya. Boleh jadi, jika Allah tidak memberi kita zuriat pada ketika sangat ingin memilikinya... dan sekiranya dia memberi juga pada waktu yang kita inginkan, anak tersebut dikhuatiri tidak sempurna fizikal ke, jadi anak liar ke... dan bermacam-macam lagi kebarangkalian. Begitu juga dengan soal jodoh. Bersyukurlah sudah menemui pasangan hidup dan jangan sia-siakan hala tuju yang selangkah ke hadapan. Bersyukur suami/isteri masih setia bersama. (Ada juga yang bimbang jika sifat kekurangan lambat memiliki zuriat/tidak berzuriat, suami akan cari pengganti. Soal itu, wallahu’alam, terpulang kepada diri masing-masing). Bersyukur juga dikurnia anak yang ramai, bersyukur keuarga mertua baik, makbapak mertua baik. Bersyukur juga hidup masih seorang tetapi mempunyai keluarga yang sentiasa ada tidak kira semasa kita senang atau susah. Bersyukur kita diberikan kesihatan yang baik. Sebenarnya, tidak ada alasan untuk kita tidak bersyukur. Wallahu’alam. Sama-sama kita muhasabah.
..............................
Usai berbual dan memberi pendapat serta kata-kata semangat antara satu sama lain, aku dan kakak A pergi ke surau sekolah dengan menaiki keretaku. Beliau sempat menegur payung kuningku yang berkartun-kartun dan haruslaaa comel. Macam budak2 katanya.. Seringkali aku dengar hal yang sama di sekolah apabila pengetua sekolah yang ku panggil manja dengan gelaran ummi persis emakku sendiri mengatakan aku macam budak-budak. Aku hanya persis anak, tapi pemikiran agak matang woooo. HAHAHAHA
Bercakap tentang peperiksaan, terselit perasaan bimbang dengan penggunaan bahasa oleh murid dalam menjawab peperiksaan. Aku mendapati mereka khususnya yang mengambil kelas Sains menjawab menggunakan dwibahasa, yakni Bahasa Melayu + Bahasa Inggeris= ROJAK. Bahasa rojak berleluasa dan menggila. Hanya mampu menggelengkan kepala dan mengatur langkah untuk masalah itu pada tahun hadapan. In sha Allah.
Pengalaman baharu hari ini, aku membantu murid menebuk lubang pada kertas jawapan yang cacat (tidak mempunyai lubang) dengan menggunakan gunting supaya kertas boleh diikat dengan benang. Aku sebagai pengawas,punya khilaf juga kerana tidak memastikan dan menyedari kertas itu tidak mempunyai lubang. Alhamdullilah, segalanya berjalan dengan lancar dan mudah hari ini. Aku sempat membeli-belah seorang diri dan in sha Allah, barang yang aku beli itu memuaskan hati Makaseh Tuhan.
#Panjang-panjang esei ditaip fasal ceritera hidup, kerja folio PPGB aku kapan aku siapin??? Waduhhh sichhh.. Gawat nih!
*Salam permisi. #Fiihifzillah
No comments:
Post a Comment
common!