Cerita hari ini. Semenjak bertugas menjadi
pengawas peperiksaan bermula pada tahun ini, aku merasa macam-macam. Tidak tahu
pula rasa pengawas yang lain. Aku banyak berangan-angan. Aku rasa apabila aku
berjalan dan melewati setiap ruang antara meja murid, aku rasa seperti model
yang berjalan ‘catwalk’ konon, perghhhh… meskipun sedar diri ini pendek lagi
tidak cantik. HAHAHA. Kadang-kadang, apabila sedang asyik berjalan, aku
teringat lagu-lagu kegemaran yang aku nyanyikan hanya menerusi gerakan di mulut
sahaja, namun khayalanku membuatkan aku merasa aku membuat video klip lagu.
HAHAHAHA. Nampak sangat perasan! Dalam masa yang sama, ketika mengedarkan kertas
soalan dan jawapan, lagi-lagi kertas tambahan atas permintaan murid, aku merasa
aku bak pramugari yang gigih melayan karenah anak kapalnya. HEHEHE. Dalam masa
yang sama, aku juga seperti penonton MAHARAJA LAWAK apabila memerhati gelagat murid
yang tersengguk-sengguk beberapa kali dek menahan ngantuknya yang teramat.
HAHAHA. Kasihan anak itu menjadi bahan gelakku. Murid lain yang melihat aku senyum
dan gelak pun turut sama gelak (gelak senyap. Macam mana tu?)
Hari ini, aku melalui pengalaman
yang baharu. Aku menemani seorang murid perempuan ke tandas awal 30 minit
pertama bermulanya peperiksaan. Mengikut peraturan peperiksaan, murid tidak
dibenarkan keluar pada masa 30 minit pertama. Atas sebab darurat yakni ABC
(Allah bagi cuti) serta sakit perut, aku pun menemani murid tersebut. Sebelum memasuki
tandas, dia bertanya sama ada pengawas-pengawas wanita mempunyai bekalan *pampers* (bahasa comel aku). Aku pun dengan
gigihnya mengorek segala yang ada dalam beg yang aku bawa, al-maklumlah aku
memang rajin bawa banyak beg. Malangnya, pampers
tidak dijumpai dan seingat aku, aku dah pun memberi pampers tersebut kepada kawanku, Nicole. HAHAHA. Ada pun pampers itu, pampers yang nipis. Maka, berlari anakla murid itu ke tandas
diikuti aku (Aku tidak masuk sekali dalam tandas dengannya,hahaha). Setelah
memasuki tandas, anak itu bertanya dari dalam tandas. “Cikgu, boleh mintak
tolong sik? Cikgu tolong ambik pampers kmk dalam beg *Urban warna ijo biru
dekat an dinding atas meja.” Aku berlalu
pergi dan terus meninggalkannya sementara di tandas dan memulakan misi mencari pampers. Aku geledah satu persatu beg
yang banyak di atas meja. Ku perhatikan jenamanya, dan kebanyakan beg-beg yang
ku lihat berjenama “body glove”. Aku tadi hanya mendengar ‘burn, burn, burn’
sahaja bunyi jenama beg yang dikatakan oleh murid itu tadi (kiranya aku kurang
pasti la jenama beg itu apa…HAHAHAHA). Jadi, geledah punya geledah, aku pun
ambil menjumpai sebuah beg seperti yang dikatakan murid itu tadi, dan sangkaan aku
mungkin betul??? Maka, aku pun membuka beg tersebut dan mula mencari pampers… Aduh! Tidak ada… Salah beg
kah??? Aku mencari lagi untuk kali kedua kerana naluri hatiku mengatakan itulah
begnya. HAHAHHAA. HAAAA! Aku jumpa! Tempat penyimpanan pampers itu sungguh misteri. Patutlah sukar dicari dan dilihat.
HAHAHHAA. Aku dengan rasa gembira terus mengambil pampers dan menutup semula beg tersebut lantas berlari anak menuju
ke tandas. Aku lantas memberi pampers tersebut
kepadanya. (Aku rasa, murid tersebut takut untuk mengambil pampersnya di dalam
beg kerana boleh ditiduh meniru, sebab itu dah darurat sangat baru menggunakan
khidmat aku untuk mengambil pampersnya). HAHAHA. Hari ini, aku merasa aku
seolah-olah menjadi pampers seekers… Dalam 20 minit rasanya menemani murid
perempuan ini ke tandas. Alhamdulillah, rasanya dia sudah mampu meneruskan
perjuangannya dalam menempuh ujian tanpa rasa was-was. HAHAHA.
Habis sahaja peperiksaan Chemistry kertas
2, aku dan teman pengawas pergi ke surau sekolah. Ramai anak-anak yang berehat,
makan dan hanya segelintir yang solat. Murid lelakinya seorang pun tidak ada. Mungkin
solat di rumah/di tempat lain (fikir +). Sewaktu seorang murid perempuan sedang
solat, murid yang lainnya galak berbual dengan kuat. Wahwahwah, gembira sakan.
Apabila tiba giliran aku dan teman hendak solat, boleh pula cakap, heyyy diammm…cikgu
smyg yaa.. Apa beza cikgu dan murid solat? Mungkin anak-anak sekarang tidak didedahkan
dengan adab berada di surau ..Lagikan aku ini jahil ilmu agama, bagaimanakah
pula rupa dan karenah generasi akan datang. Sedih-sedih.
Pulang daripada mengawas murid yang
menduduki kertas Chemistry 3 yang tamat pada pukul 3.30 petang, aku dengan
lapangnya pergi ke bandar untuk melangsaikan segala hal-hal dunia. HEHEHE.
Kemudian, aku singgah la ke KFC untuk dibawa balik ke rumah. Aku dilayan sangat
ramah pula oleh juruwang KFC yang kelihatannya perempuan tapi berpakaian
ala-ala lelaki serta berambut pendek dan bertopi. Banyak pula bicara dan
lawaknya untuk menghiburkan aku sehingga aku merasa tidak selesa. Layanan yang
paling istimewa selama aku pernah meminta pesanan di KFC. Sos botol dan beberapa
paket kecil sos diberi dengan banyak. Wah! Usai membayar, dia pun bertanya, “Kak,
berapa umur kitak??? Single kah??? Mintak no. telefon???” Aku pun segera
meninggalkan kaunter itu dengan senyuman yang entah??? Saat ini, aku mengimbas kembali, dulunya ada
teman perempuan ala-ala lelaki yang suka menganggu aku dengan menelefon rumahku
selalu. Grrrr.. Kesian, adikku yang menjadi mangsa untuk menipu dengan
mengatakan aku tiada di rumah. Setelah beberapa bulan tidak dilayan, dia pun
mendiam. HAHAHAH. Macam-macam. Aku tidak memandang hina terhadap mereka yang
sebegini, tapi aku tidak selesa dan tidak mahu diganggu dengan rasa yang “SIK
NYAMAN”. Hehehe. Dan pengalaman hari ini juga, aku tidak suka lelaki meskipun
kawan... cakap dengan kita secara dekat. Kalau nak cakap, ya silakan bercakap.
Namun, jauhkan sedikit muka dan anggota anda dengan orang yang dibicara
lagi-lagi berlainan jantina. Sungguh tidak selesa!
*Kadang-kadang tidak semua kisah
yang kita sendiri lalui diceritakan kepada orang lain bukan? Namun, aku mahu
menulis dan bercerita untuk kenangan sendiri dan orang yang mahu membaca.
HAHAHA :D
Cukup-cukup sudah cerita panjangku
hari ini. Penatnya. Moga esok ada lagi, insha Allah.
Dunia ini warna-warni. Namun dalam
warna-warninya, ada hitam putih… banyakkanlah berbuat yang putih berbanding
yang hitam. Apakah???
Selamat malam teman-teman ;)
#FiihifzillaH.
No comments:
Post a Comment
common!