Thursday, November 28, 2013

Kisah semalam 28/11/2013

Kisah semalam : Mengawas murid yang menduduki peperiksaan SPM, subjek Geografi Kertas 2.
Terus terang aku katakan bahawa, aku tidak begitu selesa sekiranya mengajar dan menjaga murid menengah atas yang sudah besar, tinggi dan kelihatan dewasa kerana aku rasakan kami adalah sama. Hehehehehe.
Kelmarin, aku berhadapan dan melayan karenah murid yang bermacam ragam. Andai semalam dipertandingkan Anugerah Pengawas Aktif, mungkin aku salah seorang yang tercalon :D
Perkara yang berlaku semalam tidak pernah berlaku selama beberapa hari aku mengawas kelas yang lain. Antaranya ialah…
1.    Pensel, pembaris dan kertas selalu terjatuh. Aku tidak pasti mereka sengaja menjatuhkan barang atau memang barang itu terjatuh. Maka, akulah orang yang gigih mengutip alat-alat tulis yang jatuh, tertunduk-tunduk.
2.    Terdapat murid-murid lelaki yang sengaja menarik perhatianku dengan mengatur fesyen rambut mereka seolah-olah mereka mengangkat tangan untuk mengkehendaki sesuatu daripada aku. Arghhhh… Aku dipermainkan.
3.    Ada juga seorang murid perempuan mengangkat tangan dan memanggilku dengan menghidangkan wajah kasihannya semata-mata hanya ingin memberitahuku dia terlalu sejuk dek pendingin hawa.
4.    Ada pula yang bertanya sama ada jawapannya boleh ditulis dua kali iaitu sama ada di buku jawapan dan pada kertas yang disediakan.
5.    Semasa aku berdiri di belakang seorang murid lelaki, kebetulan telefon bimbitnya berbunyi. Aduhh! Pengawas sudah ingatkan bahawa dilarang membawa telefon bimbit di dalam bilik peperiksaan. Aku terus merampas telefon tersebut dan memintanya mengambil telefon tersebut usai dia menjawab periksa. Sempat juga aku melihat ‘wallpaper’ ‘Ya Rasululullah aku amat merinduimu’ terdapat dalam telefon murid tersebut. Bagus juga, fikirku. hehehe
6.    Tidak boleh membawa air ke dalam bilik peperiksaan merupakan salah satu peraturan yang ditetapkan oleh KP. Namun, ada seorang murid lelaki berbadan agak besar dan perutnya agak ke depan meletakkan air ‘gas’nya, botol saiz besar 1.5 liter, berjenama F&N perisa buah-buahan di bahagian belakang kelas berdekatan Ketua Pengawas. Tiba saat dia mahu minum, dia pun pergi ke belakang dan meneguk botol besar itu.
Ya Allah, aku hanya mampu tersenyum menahan gelak tawaku semalam. Ramai juga yang balik awal sebelum tamat masa menjawab. Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kalian. Aamin.
#Sobaalkhair.
#FiihifzillaH ;)


No comments:

Post a Comment

common!