Friday, November 22, 2013

Sayu

kISAH SAYU MENGHAMBAT HATIKU YANG LUNTUR ~ SYUKUR ~ Ku mulakan hari ini dengan rasa syukur kerna di hadapanku, aku melihat kisah syukur dengan segala nikmat yang telah Dia berikan kepada aku.
#Seorang pak cik bermotosikal bersama 4 orang anaknya yang berpakaian sekolah. Motosikal yang sarat dengan penumpang dan sarat dengan beg-beg sekolah anak. Anak yang duduk di barisan yang kedua hadapan lelap menyandar di hadapan abangnya duduk di bahagian hadapan sekali. Dua orang anak di belakang pula kelihatan duduk berhati-hati kerana ruang di belakang ditampung dengan beg sekolah yang sarat. Sayunya hatiku waktu itu. Tetes air mataku mengiringi saat beriring dengan moto mereka. Terasa bersalah ada juga apabila merasa aku senang-senang berkereta, sedangkan mereka?sedemikian rupa. Besarnya pengorbanan seorang insan bergelar bapak lagi-lagi diuji dengan tanggungan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Teringat cerita bapakku sendiri, membesarkan kakak-kakak dan abang-abangku dahulu dengan motosikal hondanya sehingga ada ketikanya tayar motosikalnya pancit, rosak, terlepas rantai, meredah hujan ribut, kemalangan dan banyak lagi.
*Moga kita selalu merasa cukup dengan apa yang kita ada. sama-samalah juga kita berdoa untuk diri dan juga orang lain ;")
Sobaa al khair. #Fii hifzillaH. " Terus senyum menempuh liku hidup "

No comments:

Post a Comment

common!