Al-kisah. Cerita semalam. Berjalan-jalan di pasar raya, Summer Mall di Samarahan setelah pulang dari majlis persandingan teman sekolah dahulu. Sewaktu menaiki tangga elektrik, adikku berada di hadapan sementara aku dan kawanku berdiri di belakang. Kami terlihat seorang suami yang berdiri bersama isteri dan anaknya yang berdiri di belakang, iaitu di tangga elektrik sebelah kanan sedang asyik dan khusyuk merenung, memerhati dan menikmati kecantikan wajah adikku. Dalam hatiku, wahhh... menyempat biarpun isteri dan anak berada di belakang. Upsss. Teringat lagu Yuna... Ohh lelaki.... tak gu..... (malas nak sambung). hehehe. Sesungguhnya, tidak semua lelaki begitu. Moga aku mendapat suami yang tidak sebegitu rupa, hehehehe.
Kecantikan ciptaan-Nya kadang-kadang memang untuk dinikmati, tetapi...
lihatlah situasi.
Bukankah menjaga pandangan itu lebih elok? Mungkin sebab itu juga Allah menyuruh isteri berhias untuk suaminya sahaja, kerana kecantikan itu sememangnya untuk dinikmati oleh yang halal sahaja. Begitu juga halnya wanita tidak seharusnya semberono memuatnaik dan menayangkan kecantikan mereka di khalayak ramai, khususnya pada zaman maya serba canggih kini. Aku juga tidak sempurna. Sekian.
#Bersedia untuk dicerap esok oleh Rombongan Pelawat dari University Melbourne. #Menyiapkan kertas ujian dan laporan2. #Tushibuuu 'alal khair.Ngantok, Kepak. #FiihifzillaH.
No comments:
Post a Comment
common!