Terharu dengar soalan emak: Cukup
sik duit pegi ****? (loghat Melayu Sarawak).
Lazimnya, pertanyaan itu aku dengar ketika aku masih belajar dahulu. Sewaktu aku sudah bekerja sekarang pun emak masih bertanya soalan yang sama. Mungkinkah emak melihat aku persis anak yang tidak punya duit? Setiap kali aku mendapat gaji, aku tidak akan menghabiskan duit gaji tersebut. Aku semestinya menyimpan sedikit baki untuk waktu kecemasan. Kita tidak tahu, apa-apa sahaja boleh berlaku. Aku juga bukan seorang yang suka berbelanja dan menjelajah pasar raya. Aku hanya membeli dan berjalan apabila betul-betul perlu. Eh, tercerita tentang aku laa pulak. Emak selalu meluahkan isi hatinya yang punya banyak beban dan tidak tahu sampai bila mak kuat menghadapi hari-harinya saat ini. Aku juga buntu dan tidak tahu cara yang terbaik untuk membantu. Allah pasti ada jawapan yang terbaik untuk segala ketentuan-Nya. Apa-apa pun,
Emak terbaik! Sayang kitak mak pak! Terima kasih kerana mendidik aku menjadi manusia yang terbiasa hidup serba sederhana dan tidak meminta-minta. (cehhhh... muji dirikkah? astaghfirullahal'azhim) hahaha
Daripada anakandamu, RABIAATUL ADAWIYAH

No comments:
Post a Comment
common!