Aku santap "Mi Kolok Haji Saleh" dengan ditemani oleh dua orang suami isteri yang tidak aku kenal bersama seorang anak bujangnya..... Gulppppp~
Kisah aku pagi ini... Usai sahaja menghantar kakandaku ke lapangan terbang, aku pun membawa diriku dengan mengunjungi pasar India Street dan menunaikan hasrat perutku yang ingin memakan mi kolok Hj. salleh. Seperti biasa, tidak kira masa, kedai mi kolok itu dikunjungi dan dipenuhi ramai orang. Kekadang, orang sanggup berdiri di luar kedai untuk menunggu meja dikosongkan oleh pelanggan yang sudah menjamu selera. Hari ini, aku yang bersendirian dengan tenang melangkah masuk ke dalam kedai dan melihat cuma ada satu meja sahaja lagi yang kosong. Belum lagi tengah hari, pelanggan tidak putus-putus datang. Aku pun memesan air limau dan semangkuk mi kolok biasa. Tunggu punya tunggu punya lah lama menunggu dek pesanan yang banyak, akhirnya datang juga mi kolokku.. Aummmm... Baru sahaja aku menyuap ke mulut, datanglah pasangan suami isteri yang berdiri dan melilau-lilau mencari tempat duduk. Memandangkan meja yang aku duduk itu masih ada 3 lagi kerusi, maka si isteri pun bertanya kepadaku, "sik ada orangkah dengan kitak?, Boleh sik kmk numpang sitok kejap". Aku pun mempersilakan pasangan suami isteri itu untuk duduk berhadapan denganku. Hihihi. Aku masih terus fokus dengan santapanku dan dalam masa yang sama mahu berbual dengan kakak tersebut. Rupanya dia pun seorang guru. Beliau merupakan guru subjek KH d SMK Penrissen dan dia juga kawan kepada teman pengawas SPM serta kawan kpd guru2 d tmptku mgjar. Dia btnya, mana kwnku? Aku kdg2 suka bjln seorg jwbku. Berani betul, katanya... Rancaklah juga kami berbual walaupun kami bukannya mengenali antara satu sama lain. Hampir setengah mi yang telah ku makan, lalu datanglah seorang pemuda mengambil tempat di sebelahku. Dia merupakan anak bujang pasangan suami isteri itu dan kakak itu mengenalkan bahawa pemuda itu anak bujangnya..hahahha. Oh, aku ingatkan pasangan itu hanya datang berdua, rupanya bertiga. Mungkin anaknya tadi tengah mencari tempat letak kereta, tebakku. Pemuda itu pun mengambil tempat di sebelahku. Aduh.... Nak kata, malu sangat tak juga, nak kata tak malu, tidak juga. Aku pun mempercepat kunyahanku dan menghabiskan mi serta air. Aku mahu beredar cepat... Hahahaha... Sebelum pamit, aku pun bersalam dengan kakak itu dan dia sempat memohon maaf kerana mengangguku makan. Hihi.. Aku pun membalas, tidak mgpa kerna aku sudah biasa dgn keadaan kedai itu yg tidak putus2 plggannya... Alhmdlh, kenyang. Kbai!
No comments:
Post a Comment
common!