Monday, October 13, 2014

Pengalaman indah…

Semalam aku selaku penyelaras tingkatan 2 dan Cikgu Awang selaku penasihat mags 2 diarah oleh puan pengetua secara mengejut untuk meninjau keadaan SK Sibu Laut kerana pada bulan November nanti Mags 2 akan mengadakan program anak angkat di perkampungan Sibu Laut.

Perjalanan dari sekolah menaiki kereta yang dipandu oleh abang Zul selaku pemandu sekolah kira-kira setengah jam untuk tiba di Telaga Air, kemudian kami menaiki bot lahu untuk ke sekolah Sibu Laut kira-kira 10 hingga 15 minit. Tiba di jeti, kami berjalan pula kira-kira 800 meter lebih kurang 10 hingga 15 minit juga. Jenuh berjalan masuk ke dalam hutan, maka tibalah kami di sekolah. Suasanya mendamaikan dan menenangkan jiwa. Jika aku ditakdirkan mengajar di sini, aku sanggup dengan anak-anaknya yang comel.hehehe.

Kami disambut dengan baik. Namun, aku agak terkejut kerana kesemua yang berada dalam bilik guru cikgu-cikgu lelaki. Ohh.. agak logiklah sekolah jauh sebegitu dihuni cikgu lelaki. Nasib baik ada sorang kerani perempuan. Cikgu perempuan seorang lagi mengambil cuti untuk ke klinik memeriksa kandungan kata mereka. Memandangkan aku perempuan, biasalah akan disoal macam-macam. Soalan pertama, masih singlekah? Waktu akhir perbincangan dan percakapan baru aku menyatakan statusku. Ohhh.. sekadar bertunang masih ada peluang lagi, gurau cikgu-cikgu lelaki di situ. Aku hanya sekadar mampu ketawa. Hahaha.


Kami pun melawat sambil melihat kawasan dan infrastuktur sekolah. Keadaannya agak serba kekurangan dan aku harap, lawatan kami kelak sedikit sebanyak membantu mencantik dan melengkapkan hal yang kurang dan perlu dibaiki. Aku juga berharap akan ada insan-insan yang sanggup menderma dan menghadiahkan sesuatu yang diperlukan di sekolah ini. Anak-anak comel di situ membuatkan aku kagum dan rasa senang. Kami juga dipelawa minum dan makan. Apa yang melucukan, pada hari itu sepatutnya aku berpuasa. HAHA. Niat itu aku batalkan setelah dijamu air kopi dan kuih, kemudian tengah hari kami disajikan ayam rendang, acar dan sayur kobis. Aku sempat mengaminkan doa yang dibacakan oleh anak-anak di situ yang ada juga sebahagian daripada mereka merupakan adik-adik yang kakak, abang mereka aku ajar di SainsKu. Ya, aku ingin pergi lagi di sini. Kalau boleh, aku ingin menanda, menyemak kertas PT3 di sini sambil mendengar bunyi-bunyi cengkerik yang menyamankan. Sekian.






No comments:

Post a Comment

common!