Tuesday, October 21, 2014

Masa bersama kawan dan insan tersayang :) serta kesibukan

Hujung minggu kuhabiskan masa berfoya-foya dengan kawan-kawan yang datang dari jauh menjelajah ke mana saja mereka suka. Semoga mereka membawa rasa suka pulang ke sana hari ini. Aku mengambil kesempatan untuk turut serta merasa senang, tenang dan gembira kerana aku sendiri bukannya selalu punya masa untuk bersuka-suka setelah bergelar pekerja. Hujung minggu yang indah sekali.

Semalam, aku menghadiri mesyuarat penyelarasan skor PT3 dan guru-guru yang turut sama berada di bawah tampuk daerah Padawan meluah dan bertukar rasa serta idea untuk menetapkan skor mengikut keberkesanan dan kerelevanan jawapan pelajar. Bertelagah itu perkara biasa untuk mendapat hasil dan kualiti terbaik. Ada juga yang menunjukkan kebocorannya di sini sana. HAHA. Guru mana yang tidak mahu anak-anak didiknya cemerlang dalam hidup mahupun sesudah hidupnya? Integriti. Ya, terpulang.

Hari ini, aku merasa sangat penat dek merantau dan menyemak. Skrip jawapan anak-anak seolah-olah meronta-ronta untuk meminta agar disemak dengan segera. HAHA. Pagi tadi, aku dan pasangan pengacara majlis, Hafiz sibuk menyediakan teks bagi melaksanakan raptai penuh sempena Majlis Graduasi yang bermula jam 10 pagi. Oleh sebab merasa terlalu mengantuk, aku mengambil kesempatan untuk tidur pada pukul 930 pagi sementara menunggu pukul 10 pagi. Aku tidur di dalam bilik rehat berpelukan dengan patung beruang besar kepunyaan anak murid yang dipinjam oleh seorang guru bagi melaksanakan satu program. Tiba-tiba kedengaran deringan telefon menyanyikan rentak irama nananana. Aku menerima panggilan daripada seorang guru yang meminta aku segera ke dewan sekolah untuk mengacara majlis. Jam menunjukkan 11 pagi. Hafiz selaku juniorku turut mencari aku. Aku sudah lewat sejam. Maka, akulah VVIP yang dinanti-nanti oleh puan pengetua, penolong kanan-penolong kanan, guru-guru dan murid-murid. Sekian. Akulah VVIP itu 


#hidup ini indah kendatipun perlu merasa gundah 
#Semoga majlis yang bakal berlangsung esok berjalan dengan lancar 
#fi hifzillah 

No comments:

Post a Comment

common!